Iklan

Iklan Nuffnang

11 Mar 2015

Moist Chocolate Cake Ever





Sempena hari jadi boss di pejabat, kawan kawan meminta supaya saya menyediakan sebiji kek untuk sesi makan makan. Setelah lama berfikir, kek apa yang hendak disediakan, akhirnya saya memutuskan untuk menyediakan kek coklat. Saya masih menggunakan "a keeper recipe" yang telah lama saya gunakan dan sangat berpuashati dengan kejadiannya. Boleh rujuk di SINI dan SINI untuk melihat entri sebelum ini. Resepi asal diambil dari blog Happy Cooking Time. Ianya sangat moist dan lembut. Sesuai sahaja kemanisannya. Untuk kek kali ini, saya menyediakan 1 1/2 adunan supaya ianya bersaiz lebih besar untuk dinikmati bersama sama dengan rakan sejabatan. Tapi ianya terlalu kecil untuk saiz loyang 10x10 yang digunakan. Kali ini, saya menghias kek dengan chocolate ganache yang resepinya diambil di SINI. Saya menggunakan 4 adunan ganache menjadikan berat kek selepas dihias adalah 3.1 kg. Terima kasih kepada tuan punya blog yang berkongsi resepi coklat ganache. Sangat mudah dengan menggunakan hanya 2 bahan sahaja iaitu Dairy Whipping Cream dan dark chocolate.





 

Sebelum masuk bab resepi, seperti biasa kita jamu dulu rohani kita dengan sedikit ilmu. Dalam minggu ini, 3 kuliah yang saya hadiri berkisar bab solat. Solat adalah ibadah utama yang dihitung. Solat adalah tanda peringatan pada Allah secara berjadual sekurang kurangnya 5 kali sehari. Barang siapa cuaikan solat samada tak solat atau solat akhir waktu, bermakna mereka tidak mengingati Allah. Samada kecuaian atau terlalu sibuk dengan urusan mencari kehidupan sehingga alpa. Walau bagaimana sibuk sekali pun, jangan sampai mengabai hak kita pada Allah kerana kesibukan dengan urusan kerja atau anak anak. Itu juga dikira sebagai tidak mengingati Allah. Solat ibarat tiang agama, runtuh tiang maka runtuhlah agama. Pastikan tiangnya kuat dan kukuh. Solat orang alim adalah solat dengan makrifat seolah olah dia nampak Allah. Mereka dapat rasa nikmat ketika solat. Perasaan dan jiwa seseorang dengan Allah. Solat adalah percakapan dengan Allah, satu perjumpaan dengan Allah tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Solat adalah anugerah Allah yang sangat mahal nilainya. Ini adalah antara petikan kuliah Zohor Ustaz Salehuddin yang dapat saya kongsikan hari ini. Sama samalah kita memperbaiki diri terutama bab solat. Bila membaca kematian mengejut Arwah Harun Salim Bachik terasalah ianya sangat menginsafkan. Maklumlah jika bekerja, belum pun lagi mencapai umur persaraan wajib. Bila kematian berlaku, terpisahlah dengan alam dunia dan tiadalah lagi peluang untuk membuat amalan soleh sebagai bekalan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. 

Jom layan resepi yang saya sertakan sekali lagi di bawah ini. Sangat mudah menyediakannya, jadi bolehlah disediakan untuk hidangan petang buat keluarga...





Best Moist Chocolate Cake Ever

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kaster
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk (1sudu besar cuka + 1 cawan susu segar)
1 cawan minyak jagung Mazola
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih (letak 1 sudu kecil coffee/nescafe)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang kaca saiz 9 x 12 dengan butter/minyak dan tabur dengan sedikit tepung. Saya guna 10 x 10. Atau lebih baik jika dilapik loyang kek dengan kertas kalis minyak supaya ianya tidak melekat.

Masukkan semua bahan bahan kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.

Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih yang dikacau dengan sedikit serbuk nescafe sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake. Saya bakar selama 1 jam 10 minit. Untuk 1 1/2 adunan pula, saya bakar selama 1 jam 40 minit.

Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias dengan cream cheese frosting atau chocolate ganache. Kami meletakkan buah strawberry segar sebagai hiasan. Bolehlah disapu dengan glaze bagi mengilatkan buah buahan, jika suka.




Chocolate Ganache
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 cawan Dairy whipping cream
250 gram Dark chocolate

Cara cara:
Hiris dark chocolate halus halus. Kemudian panaskan cream dalam microvave on high dalam 30-60 saat. Boleh juga dipanaskan dalam periuk tapi jangan sehingga mendidih. Cukup sekadar panas.

Masukkan chocolate ke dalam cream dan biarkan dalam 1-2 minit. Lepas tu, baru dikacau sebati.

Biarkan ianya dalam suhu bilik selama 15 minit sebelum dituang atas kek. Selepas ia bersalut rata pada sudu, barulah sedia untuk digunakan.


6 comments:

  1. Kak, Boleh tak kukus if guna resepi ni?
    TQ.

    ReplyDelete
  2. as'salam kak azie. kalu guna telur gred AA boleh tak ?

    ReplyDelete
  3. Asssalam kak, saya mintak halal ye sbb dha banyak cuba resepi akak kat blog ni lupa nak cakap yima kasih sgt2 sbb mmg sedap dan menjadi tiap kali ..may Allah swt bless u always..

    ReplyDelete
  4. Sy dah cuba resepi ni..mmg sedap..tq kak azie...

    ReplyDelete
  5. Saya selalu refer resepi akak and most of the time memang menjadi. Tkasih kongsi. Nak buat kek untuk raya esok. Hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.