Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

3 Mac 2012

Best Moist Chocolate Cake Ever





Saya masih dalam telekung selepas solat subuh, terus dengan ipad mencari resepi yang menggunakan buttermilk. Ini adalah kerana saya mesti nak habiskan buttermilk sebelum expiry date. Google resepi menggunakan buttermilk, tak kisah apa pun. Tapi bila terpandang resepi chocolate cake, jadi terus teruja. Apalagi ditulis sebagai World's Best Moist Chocolate Cake. Terus jer melihat video on step by step. 

Terus masuk dapur untuk mula mengeluarkan bahan bahan dari peti ais supaya berada di suhu bilik sebelum saya mula membuat kek. Sebetulnya, saya tak berapa beria ia nak membuat kuih muih yang heavy dalam sehari dua ini kerana sedang dalam program diet yang baru bermula.  Tapi ini dah kira terpaksalah, sebab nak elakkan pembaziran.  Maklum lah, buttermilk tu bukannya murah.


Apa yang saya nak katakan berkenaan kek ini adalah ianya sangat sedap, sangat gebu dan sangat lembab. Pendek kata semuanya secukup rasa dan menepati kek coklat yang sesuai dengan selera saya. Rasa kek ini lagi sedap dan enak, selepas sehari disimpan. Yang paling penting juga,   membuatnya tersangatlah mudah. Masukkan kesemua sekali kecuali air mendidih dan putar. Setakat ini, saya pasti tak akan mencari resepi kek coklat yang lain lagi lah. 


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER
sumber: Happy Cooking Time
resepi asal: http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/

Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula 
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk 
1 cawan Mazola vege oil 
1 1/2 tsp vanilla extract
1 cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe) 

Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.


bahan bahannya

gandum dan gula

serbuk koko

2 biji telur

extract vanila

minyak mazola

buttermilk

haa semua dah ada, kecuali air mendidih jer lagi

Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati. 


putar 

last sekali, air mendidih. mudah kan?

Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.


cantik gambar ni

siap untuk dibakar

bakar tadi 1 jam 10 minit.


Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.




ICING YANG DIGUNAKAN

1 buku butter
1 ketul cream cheese
4 cawan confectionary sugar
2 sk vanilla extract

Satukan kesemua bahan dan di whisk sehingga mencapai kepekatan yang bersesuaian.



RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
Bahan-bahan : 
1 cawan susu segar  
1 sb cuka masak atau jus lemon 

Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.

Biarkan larutan berehat selama 5 minit sebelum boleh digunakan.

 

CADANGAN LAIN ICING
¼ Pound Stick of Butter (Softened)
1 sk Vanilla Extract
Secubit garam
Susu
1½ lbs. (24 oz ) gula icing

Cara penyediaan
Masukkan gula, butter dan vanilla ke dalam mixing bowl. Masukkan sedikit susu. 

Putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan ber krim. Tambah susu, jika perlu sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.






Enjoy ...



45 ulasan:

  1. Hasil yg sungguh mengujakan!
    Jun Kajang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi ini adalah keeper recipe for our chocolate cake

      Padam
  2. Sy dh cba tapi kek merekah...siap limpah kuar lg..mgkn loyang sy kecik ker?
    Atas kek mcm hangit skit la kak...kena guna api atas bawah ke...bawah saja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin loyang kecil. Saya biasa guna loyang 9 inci. Suhu oven bergantung kpd oven masing masing

      Padam
  3. Sy guna loyang 9" jg...kak guna api atas bawah ker?

    BalasPadam
  4. Sis..saya dah cuba..memang moist dan sedap tapi saya buat versi cupcake..memang marvelous sebab inilah yang saya cari..saya akan buat lagi..thanks so much..

    BalasPadam
  5. Sgt2 puas hati dgn resipi akak..sy buat versi cupcake..tanx so much akak!

    BalasPadam
  6. Kak Azie, substitute buttermilk tu kalau xde susu segar, pakai susu cair boleh ke...

    BalasPadam
  7. Kak azie,versi kukus blh x. buttermilk ganti dgn susu segar blh x.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat butternilk sendiri. 1 cawan susu segar dicampur dg 1 sudu besar cuka atau lemon jus.

      Padam
  8. Assalamualaikum. Kalau guna microwave macamana? Berapa lama dan suhu berapa? Saya tak de oven.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya tak pernah pulak bakar kek guna microvave oven.

      Padam
  9. aslmkm.. akak.. api guna atas bawah...? atau bawah sahaja..?

    BalasPadam
  10. Salam Kak Azie. Hari ini baru terpanggil utk memberi komen setelah mencuba beberapa kek dr blo kak azie. Semua yg telah saya xuba memuaskan hati keluarga saya. Asik mencuba tanpa mengucapkan terima kasih seperti mencuri resepi pulak.....Ketika ini kek coklat masih di dlm oven. Saya harap ianya menjadi dan sedap seperti selalu...terima kasih di atas perkongsian yg amat berharga...semoga Allah melimpahkan rahmat kembali kepada kak azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Terima kasih kt sudi meninggalkan komen. Saya ikhlas berkongsi. Malah saya gembira jika ianya dicuba oleh pembaca blog saya.

      Padam
  11. Salam sis Azie, Maaf sebab saya mencuba resipi sis tanpa memberi tahu.. tp mmg sedap sgt kek2 tu... n saya puas hati dgn outcome nya... terima kasih sebab share resipi nya... n saya mohom share dgn kawan2 saya di fb... any way saya harap sis Allah sentiasa memberi kesihatan yg baik pada sis supaya boleh share lagi resipi yg best2 di blog sis nie.. memang semuanya superb... thanks yer sis... Nora

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak Azie. Saya minta izin cuba resepi kak Azie ya. Dah cuba dan memang sedap. Terima kasih kak Azie kerana tak lokek berkongsi resepi. Moga kak Azie dikurniai kesihatan dan rezeki yang baik hendaknya. :-)

    BalasPadam
  13. Salam sis,thanks berkongsi resepi,sume sdp2..sy pn bnyk guna sis punya resepi

    BalasPadam
  14. Salam Kak azie.terima kasih atas resepi kek yg sngt sedap ni......resepi kek coklat yg paling best.azimah

    BalasPadam
  15. Salam boleh tak sesape bagitau kat mana sy boleh beli cawan sukatan buat kek tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh beli di kedai bakeri mcm Bagus, Bake with Yen, City baker dll

      Padam
  16. Salam kak azie kalau sy guna cawan minum biasa boleh tak ?

    BalasPadam
  17. Assalam kak.Saya peminat setia blog kak.Saya banyak kali cuba resepi akak,semuanya menjadi.Mohon halalkn resepi yg saya ambil dari blok akak tanpa kebenaran & sebarkn resepi pd ahli keluarga.Tak sabar rasanye nak cuba resepi kek coklat ni.Harap akak halalkn resepi yg akak berikn.Moga byk lg resepi & tazkirah yg dapat akak kongsikn utk kebaikn bersama.Terima kasih byk2 kak.
    noor,rawang

    BalasPadam
  18. saya pun dah cuba. menjadi dan memang sedap. terima kasih banyak ye

    BalasPadam
  19. kak zie.. resipi akak mmh terbaik!! siap dh pujian dr ayah sy.. thanks so much kak zie

    BalasPadam
  20. Tkasih atas perkongsian resepi kek yg gerenti jadi & sedap2 belaka... kek marble kukus.... dah byk kali akk buat... tkasih

    BalasPadam
  21. Slm k.zie..sy dh cube resepi kek ni due kali..selepas kek ni dibakar kejadian kek nye mmg cntik,sy cube rse ,tp rsenye mcm kek bantat walawpun dh masak..sy nk buang,tp sy simpan smpai keesokan hari nye,sy cube lg rse kek ni sebelum sy buang,sy tkejut gak sebb rse die y mcm xsedap dn bantat tu dh xde..tp rse sedap sngt..cik suami kate jngn tukar resepi lain lg,sebb kek coklat kali ni mmg top mables nye..persoalannye,rse kek ni mmg sedap selepas disimpan satu hari?mmg mcm tu ke?sebb rse die lepas bkr mmg xsedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Nisa. This is proven and tested recipe worldwide. Sgt sedap.

      Padam
  22. Assalamua'laikum kak..nak tanya..resepi ni boleh guna cara kukus x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga. Tapi saya cadangkan you guna resepi kek coklat kukus. Mmg ada dlm blog saya.

      Padam
    2. Tpi resepi kak versi kukus x guna buttermilk kan??saya teringin nak tau result kalau guna buttermilk..tpi kalau kukus rasa n texture sama x kak dgn yg bake??

      Padam
  23. Tq resepi ni,nampak sgt sedap....InsyaAllah nak try....

    BalasPadam
  24. Assalam. Saya supply buttermilk powder. Packing 25kg 1 beg. Harga rm23.00 sekilo.

    BalasPadam
  25. Assalam. Saya supply buttermilk powder. Packing 25kg 1 beg. Harga rm23.00 sekilo.

    BalasPadam
  26. Salam sis.lau kukus boleh tak?oven murah lah..xpndai agk nk msk.hehehehe tq

    BalasPadam
  27. saya share ye kak azie . terima kasih resepinya . Nice

    BalasPadam
  28. Assalam, nk tanya. Kek ni klau bru lps msk tu mmg rasa mcm bantat ke? Or tu yg moist dia?

    BalasPadam
  29. Sya mohon guna resepi ni ye..slalu buat sponge kek je..kali ni nk kek y ada deco...smlm buat kukus kurang memuaskn. .mlm ni sya cuba y.ni...cm nk tnya bakar api atas bwh ke atau bawah sahaja

    BalasPadam
  30. Resepi akan menyatakan jika ianya dibakar api atas atau bawah sahaja. Jika tidak, bakar secara biasa iaitu atas dan bawah.

    BalasPadam
  31. terima kasih pn azie atas resepi .

    BalasPadam
  32. Terima kasih atas perkongsian. Saya guna ye resepi ni. :-)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.