Iklan

Iklan Nuffnang

15 Nov 2014

Sambal Kicap Sedap





Hari ini saya hendak kongsikan entri yang telah lama tertangguh. Insya Allah pagi ini, saya akan menyertai program teambuilding jabatan organisasi tempat saya bekerja ke Hot Spring Sungkai. Semoga perjalanan dan urusan dipermudahkan dan kami semua diberi perlindungan Allah. Ameen. Resepi yang saya ingin share hari ini adalah resepi sambal kicap. Saya menyediakan sambal kicap untuk dicicah dengan ikan Kerapu Bakar bersambal di SINIResepinya saya ambil di SINI. Sebenarnya ikan bakar tu sangat sedap walaupun dimakan begitu sahaja sebab isinya yang segar. Jarang sekali saya meratah ikan bakar kecuali ikan yang digoreng. Tapi kali ini, saya meratah ikan begitu sahaja.

Selain untuk dicicah dengan ikan bakar, sambal kicap ini juga sedap dihidang dengan pisang goreng atau dimakan bersama mee hoon soup. Memberi sedikit rasa pedas pada makanan yang sedang dinikmati. Sangat mudah menyediakannya. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri.  

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini....




Sambal Kicap Sedap

Bahan-bahan
5-10 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Perasa - Ajinomoto, kalau suka
Kicap manis
Sedikit jus limau

Cara cara:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.




Tumbuk cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir, garam dan serbuk perasa sehingga halus.  Kemudian bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.




Sedia untuk dihidang. Jika suka cair tambah, sedikit air.

Nota:
Sambal kicap ini juga boleh dijadikan sambal kicap pisang goreng dengan menambahkan sedikit air, supaya tidak terlalu pekat sangat sambal tu. Boleh juga dijadikan sambal kicap untuk mee hoon sup, mee hoon goreng dan mee goreng atau makan dengan ikan goreng.


11 comments:

  1. Salam sis azie, tqvm di atas perkongsian resepi2 yg menarik...lama dah saya follow blog sis ni. Alhamdulillah semua resepi yg saya pernah cuba, menjadi! Jazakallah khairan kathira. Moga Allah balas keikhlasan sis dgn kebaikan. Teruskan berkongsi lebih byk resepi. ♡♥♡

    ReplyDelete
  2. Salam k.azie..saya pminat setia blog azie kitchen.
    Satu negeri plk tu..bg sokongn utk 'baby blog' sya..
    http://mmama2754.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam kak..best nye tgk sambal ni..nak kena try ni..akak ada tak resepi sambal kicap yang makan dengan pisang goreng tu. kalau ada nanti akak share kan ye. tq

    ReplyDelete
  4. Nak cuba arini...tq sis

    Jom jengah blog sy
    Nutrientlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam kak azie.sangat suka baca entry akk.selalu gak mencuba resipi yg akk kongsikan.best2..

    ReplyDelete
  6. Nk sdp lg cmpur kacang tanah yg dikisar halus..nyum2

    ReplyDelete
  7. Tq sis..xpenah goreng cili n bwg putih nk buat smbl ni. Hri ni nk cuba buat..

    ReplyDelete
  8. Dah cuba.seddap sangat. Mcm kt kedai makan

    ReplyDelete
  9. Salam.. sy baru lepas buat.. menjadi..
    Suka Sgt.. terima kasih sudi kongsi respi ni sgt2 membantu.

    ReplyDelete
  10. Saya baru buat......memang sedap terbaikπŸ˜„πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.