Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Kasturi


Kuih Kasturi


Kenapa risau dan jiwa rasa kacau memikirkan sesuatu hal dunia yang belum pasti berlaku. Sedangkan mati adalah suatu yang pasti. Syurga neraka juga suatu yang pasti. Sepatutnya inilah yang difikirkan dirisau dan ditakuti sehingga hilang selera untuk makan. Tapi kenapa ianya tidak berlaku sedemikian. Saya mengemukakan persoalan ini pada diri saya sendiri. 

Sahabat saya menulis mesej yang sangat padat sebagai menjawab persoalan di atas dimulakan dengan, "Then start changing your thought". Mulai hari ni ingat bahawa syurga itu benar, neraka, mati, kiamat, hidup semula, hisab semua benar, janji Allah akan seksa azab adalah benar. Adakah aku bersedia jika Allah SWT ambik nyawa aku sekarang?

Hidup dunia kita plan apa hendak dibuat hari ini, esok, tahun depan hatta 5 tahun akan datang. Kerja dan jadual di pejabat juga kita rancang dan ingat satu satu Tapi kenapa tidak kita ingat dan plan untuk akhirat. Sekarang dah umur 50, Rasulullah wafat pada umur 63 tahun, kalau lebih kurang 13 tahun lagi hidup, apa hutang aku dengan Allah ie hal hal hablum minallah seperti solat, zakat tertinggal yang semuanya perlu dianggap hutang dengan Allah SWT yang kita kena lunaskan. Ini baru bab hutang dan belum lagi amalan penghambaan kita kepada Allah SWT. Hablum minannas hutang kita dengan sesama manusia, hutang duit, hutang orang marah kat kita, hutang mengata dan mengumpat orang dsb. Semua kena clear. Kalau diri sibuk nak prepare untuk sifar dosa, adakah lagi masa untuk memikirkan hal dunia? Ada zie buat list nama orang yang zie hendak jumpa untuk meminta maaf? Itulah mesej yang ditulis oleh seorang sahabat yang sangat ikhlas dalam persahabatan yang ingin melihat saya membuat detox pada diri saya dengan tidak bertangguh lagi.

Sekarang kita beralih bab kuih pula. Kuih kasturi adalah salah satu dari kuih yang jadi pilihan bila membeli kuih muih terutama semasa bersarapan di gerai di tepi jalan ke Padang Merbok. Asalnya bukan kerana saya suka kuih ini tetapi kerana tak ada banyak pilihan makanan untuk bersarapan. Jadi bila selalu makan, lama lama jadi suka. Teringat beberapa minggu lepas jiran dan sahabat saya, Datin Dr Sharifah Norul Akmar membawa kuih kasturi yang dibeli dari Restoran Santai yang sangat sedap. Sejak itu, saya dah mula mencari cari resepi untuk cuba menyediakannya sendiri. Lebih lebih lagi kerana masih menpunyai inti kacang hijau semasa membuat kuih bom. Itulah kisah di sebalik penyediaan kuih kasturi hari ini. 



Kuih Kasturi


Resepi ini saya ambil dari blog Hasue. Inti pula adalah lebihan dari kuih Bom saya di SINI. Sedap kulitnya yang rangup. Tapi biasalah, bila pertama kali membuatnya, pasti ada yang tak sempurna. Isinya terkeluar semasa digoreng yang mungkin disebabkan ianya tidak bersalut sepenuh kerana saya menggunakan tangan, bukan senduk. Jadi batter yang terkena jari kita, menjadi nipis. Apa apa pun, memang puashati.

Jom layan resepi di bawah ini...


Kuih Kasturi

Kuih Kasturi

Bahan bahan:
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
Secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning telur

Cara cara:
Dalam bekas, campurkan tepung, marjerin, garam, gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning. 





Panaskan minyak dalam kuali sehingga benar benar panas, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan. 

Kuih yang sudah dicelup pada adunan tepung sedia untuk digoreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan. Goreng sehingga rangup. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.  Nota: guna sudu untuk celup dan angkat kuih dari adunan tepung untuk mengelakkan tepung nipis di bahagian yang terkena jari kita.



Kuih Kasturi

Selamat menjamu selera dengan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalamnya. 



Kuih Kasturi


Inti Kacang Hijau:

Bahan bahan:
250 gm kacang hijau - rendam
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula pasir - ikut manis disukai
Sedikit garam

Cara cara:
Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur. 

Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat sebesar ping pong dan kemudian dileperkan. 



Kuih Kasturi

Nota;
Boleh masukkan kelapa parut dan tepung gandum, jika suka. 

Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih ketayap, koci dsb.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

17 ulasan for "Kuih Kasturi "

  1. wahhh ... senang jer kalau buat sendiri kecuali bila ada penyakit M.....S!!!

    akak kena cuba tepung salutan ni, nampak macam sedap snagat. Akak selalu buat tak ada bubuh butter. Mesti gareng kan??

    BalasPadam
  2. Aunty,nisa ni :) Dah cuba dah resepi ni.. Resepi sgt ringkas&sedap. Tq aunty!

    BalasPadam
  3. Xpasti comment td dah post ke tidak hehe.. dah cuba resepi ni! Sedap & garing.. plg best resepi simple je.. tq aunty!

    BalasPadam
  4. Assalam kak Azie, sy ni silent reader blog akak since last yr lg.. Hari ni kuatkan semangat nk komen n nak berterima kasih atas resepi2 akak, bnyk yg sy da cuba n Alhamdulillah menjadi, especially RV kek n nasi kerabu๐Ÿ‘Œ. Mohon halalkan ye kak. Moga akak n family di rahmati Allah sentiasa. Thanks utk nasihat2 yg bguna
    Wan Julytati

    BalasPadam
  5. Tlong hlalkn ambl recpi .keiklsan azie bge recpi nmpk ikls .smoga keluarga drhmati Allah Amiin.

    BalasPadam
  6. Mmg sedap..google2 terjumpa plak resepi ni..tq..dpt la mngubat rindu kuih Malaysia..kuih peberet ni..

    BalasPadam
  7. Jazakallahukhair for all d recipies. I have tried most of ur recipies and Alhamdulillah...tasty n delicious! MasyaAllah tabarakallah ur a great chief. May Allah bless u n ur family always...ameen. Please do halal d recipies for me to try it out again!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Azie..Sy nk ucapkn b'bnyk trima ksih sbb k.azie sdi kngsikn rsepi utk kmi smua yg bru nk m'jnak2 dlm m'buat kuih-muih ni..Minta halal ya sis rsepi2 sis sy gna..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kak Azie..Sy nk ucapkn b'bnyk trima ksih sbb k.azie sdi kngsikn rsepi utk kmi smua yg bru nk m'jnak2 dlm m'buat kuih-muih ni..Minta halal ya sis rsepi2 sis sy gna..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..sy pengemar hampir semua resepi k.azie ..mohon share..tkasih

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.. saya minta halalkan semua resepi azie yg saya ambil ye.. Klu nak try buat masakan baru mesti cari azie punye blog.. tq

    BalasPadam
  12. Cnfirm sedap ni...tq sudi share kak zie ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
  13. Resepi ni pakai marjerin untuk apa ye? Pastu tak pakai air kapur...ok jugak try yang nih...sbb sblm ni saya buh air kapur...tk ye share resepi...nnti nak try resepi ni untk buka pose...hihi

    Jemput ke blog saya
    http://www.mamavitashoppe.wordpress.com

    BalasPadam
  14. Asaalamualaikum kak azie saya mmtk halal kan segala resepi yg akk share kt blog akk ni ye seblm ni dh selepas ni sbb saya dh join blong akk hmpir 8thn saya silentreader x penah komen,cme sejak dh berniaga ni saya rasa saya wajib mntk halal kan ilmu akk ni sbb sikit sebanyak ilmu akk ni saya guna untuk perniagaan saya jd bila org kata ok sedap makan saya rasa saya tu ajaran dr blog akk...tq kak azie,for me azie kitchen blog the best...๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    Siti najwa from simpang renggam kluang๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi follow blog saya wp sebagai silent reader. Saya doakan semoga business maju dan cemerlang. Aameen

      Padam
  15. Nak lagi sedap letaklah kelapa parut muda. Nenek saya memang pakar buat kuih Rengas atau Gendang Kasturi ni..minum petang² memang wajib ada

    BalasPadam