Iklan

Iklan Nuffnang

23 Sep 2014

Kuih Bom Inti Kacang Hijau Sedap





Orang beriman akan tengok apa pengakhiran. Jika di akhir, kita ingin hidup kekal di syurga, kita akan merasa dunia adalah sementara sahaja. Anggapkan diri kita sebagai seorang ahli kubur, kerana di dunia hanya tempat melintas sahaja. Jika kita ada rumah, fikirkan berapa lama kita mahu tinggal di rumah berbanding dengan tempoh kita akan tinggal di dalam kubur. Lihatkan nenek moyang kita atau mereka yang telah lama meninggal dan kirakan berapa lama mereka telah berada di dalam kubur. Sesungguhnya orang yang bijak ialah orang yang banyak mengingati mati dengan membuat persiapan untuk menghadapi kematian. Dengan banyak mengingati mati, akan melenyapkan nafsu dan kesombongan kerana Allah tidak suka manusia yang sombong. Cerminkan diri dan buat muhasabah diri.

Orang orang mukmin tidak pernah berputus asa dengan ujian dan dugaan yang melanda kerana tahu semua yang terjadi, telah ditetapkan Allah. Mereka akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan serta redha dengan takdir Allah. Justeru kenalah sentiasa tenang dan berlapang dada menempuh ujian dengan memperbanyakkan sabar dan solat serta berdoa. Ini adalah kerana doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Terdapat lebihan inti kacang dari kuih Asam Guppa di SINI yang saya simpan dalam freezer. Oleh kerana masa cuti Hari Malaysia, kami tak ke mana mana sebelah petangnya, jadi saya ke dapur menyediakan separuh adunan doh untuk dibuat Kuih Bom. Dapatlah 9 biji kuih bom yang bersaiz sebesar biji ping pong. Sebelah pagi saya dan Nelly ke rumah Suraya yang mengadakan majlis tahlil sempena pemergian beliau dan anak lelakinya ke Tanah Suci. Sebelum itu, kami singgah rumah Kak Elani mengambil pembaris dan pisau pemotong kuih muih yang dibeli dari Chef Asma.





Siap jer menyediakan kuih, saya terus menggoreng kerana dah tak sabar nak makan. Seperti dijangkakan, bom telah meletup sedikit. Sebaiknya kuih bom dibiarkan beberapa jam dalam bekas bertutup sebelum digoreng supaya ianya tidak meletup. Tak apalah, nama pun kuih bom kan. Mestilah bom yang hidup menghasilkan letupan. Yang penting, kuihnya sedap dan lembuuut jer. 

Jom layan resepi dulu. Boleh klik di SINI, untuk kuih Bom yang saya sediakan sebelum ini.... 




Kuih Bom Inti Kacang Hijau

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.



Inti Kacang Hijau:
250 gm kacang hijau - rendam
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
Sedikit garam

Cara membuat Inti:
Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur. 
Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat

Nota;
Boleh masukkan kelapa parut dan tepung gandum, jika suka. 

Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih ketayap, koci dsb.


Cara membuat kuih bom:
Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi. 




Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas. 

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri. 






Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.

Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.

Nota Dari Jurnal Resepi Bdaria:
Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.



8 comments:

  1. kueh fav ni. suka buat kueh ni dengan mak... =)

    entry terkini...Makan je kerja aku ni!!!

    ReplyDelete
  2. assalam azie, sedapnya kuih bom fav kaknoor ni, tapi jarang buat sbb sorang je makan, anak2 tk gemo jadi kalau sendiri nak makan beli je

    ReplyDelete
  3. kita tak pandailah nak buat kueh ni Azie, tapi suka makan...:)

    ReplyDelete
  4. assalam.peberet kuih bom ni.Tak pernah cuba buat sendiri lagi..dah ada resepi ni macam teruja la nak try.Saya amik resepi ya.terima kasih.

    sudi2 lah ke blog saya juga ya...resepi tak banyak,saya just sharing info tentang kesihatan...https://zaizamrichvitashop.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian. Teruja nak buat :)

    ReplyDelete
  6. Azie saya telah ambil resipi kuih kaswi awak dan mencubanya... Dtglah tengok kat blog saya. Terima kasih ya...

    ReplyDelete
  7. Insyaallah km akan cuba resepi ini..tq..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.