Iklan

Iklan Nuffnang

10 Oct 2014

Ikan Terubuk Bakar dan Pencicah Air Asam





Kuliah Ustaz Mohd Hamidi hari ini dikongsikan berkenaan tahap ikhlas dalam beribadat. Macam mana untuk kita hendak sampai  tahap ikhlas. Ada 3 maqam. Iaitu tahap paling tinggi ialah apabila semua amalan dibuat oleh seseorang adalah hanya kerana Allah Taala. Apa apa sahaja yang dilakukan akan dimulai dengan bacaan Bismillah dan diakhiri dengan kalimah Alhamdulillah. Hanya orang yang sentiasa ingat Allah yang akan membaca Bismillah sebelum memulakan sesuatu urusan. 

Tahap kedua ialah tahap pertengahan bila seseorang melakukan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu ganjaran pahala dan syurga dari Allah Taala. Contoh melakukan solat berjemaah kerana mengharapkan ganjaran yang dijanjikan Allah iaitu 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.

Manakala golongan terakhir ialah mereka yang bukan melakukan sesuatu semata mata kerana Allah dan juga bukan kerana ganjaran pahala atau syurga. Sebaliknya mereka melakukan kerana takutkan azab Allah, takut di hina orang dsb. Mudah mudahan dengan mengetahui di tahap mana kita berada sekarang, membolehkan kita meningkatkan tahap keikhlasan kita dalam beribadat. Pesan ustaz pada saya supaya jangan lupa mendoakan dalam setiap kali selepas solat, "Ya Allah bantulah aku dalam mengingati Mu dan mensyukuri nikmat Mu".

Hari ini saya membakar Ikan Terubuk dengan mengguna pemanggang ajaib sahaja selepas kesian melihakan hubby dulu membakar ikan menggunakan dapur arang sehingga habis hancur ikannya. Ikan dibalut dengan daun pisang dan kemudian lumurkan sedikit minyak di permukaan pemanggang ajaib supaya daun pisang tidak melekat. Cepat masak dan tidak perlu bersusah payah menghidupkan bara arang. Ini adalah baki ikan terubuk yang hubby beli tempohari di Pasar Taman Tun. Harganya boleh tahan juga. 




Kalau sebelum ini, saya menyediakan Sambal Kicap sebagai pencicah di SINI  tapi kali ini, saya menyediakan air asam sebagai pencicah. Saya mengambil resepi dari blog Qasey Honey dan diubahsuai sedikit mengikut cara ais asam ikan bakar yang dijual berhadapan Hospital Tangling yang sangat femes di waktu makan tengahari. Saya sangat gemar akan rasa air asamnya yang sangat secukup rasa.   

Jom kita layan resepi....



Air Asam Sebagai Pencicah

Bahan bahan:
Air asam jawa 
1 biji lada merah
8 biji cili api hijau
1 labu bawang besar 
1 biji tomato buah - potong dadu (saya tak letak kali ini)
Sedikit belacan - bakar sehingga naik bau
Garam dan gula secukupnya

Cara cara:
Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau. Basuh dan toskan. Ketepikan.

Bancuh sejemput asam jawa dengan sedikit air sehingga sederhana pekat. Masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya larut dan rata.

Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi. Perasakan rasanya. Jika rasa sudah cukup hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.




4 comments:

  1. Kecur liur tengok terubuk bakar ni tau Azie... ni yang saya selalu tak sabar nak balik kampung, nak makan ikan terubuk bakar, bukan apa spesis terubuk ni tak ada di perairan Sabah, kalau ada di coldstorage pun datangnya dari Sarawak... hanrganya pun ya ampuuun! Tapi bukan selalu ada, sekarang ni dah bertahun tak jumpa!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..walaupun saya tk mengenali azie tetapi saya rasakan blog ini begitu dekat dan istimewa di hati ini..perkongsian ilmu agama yang diselitkan walaupun sedikit tapi cukup terkesan di hati dan kadang kala meredakan gundah gulana di hati ini...saya doakan Azie sentiasa bahagia dlm menempuh kehidupan..semoga kita semua tergolong dlm golongan hamba2 yg diredhoi dan mendapat rahmat serta keampunan dariNya..aminnn..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.