Iklan

Iklan Nuffnang

2 Sep 2014

Terima Kasih Atas Ucapan Takziah dan Kek Butter Yang Lembab dan Sedap





Kalau diikutkan, saya ingin berehat seketika dari menulis di blog tetapi saya menulis entri ini khusus untuk mengucapkan jutaan ucapan terima kasih tidak terhingga atas kesudian kawan kawan dan pembaca blog Azie, rakan facebook, group WhatsApp, sms, email dsb yang sudi mengucapkan takziah dan mendoakan arwah Bonda saya. Di dalam situasi yang sukar seperti ini, ingatan semua sangatlah bermakna dan memberikan saya kekuatan. Walaupun saya tidak membalas komen dan message yang ditinggalkan, namun saya membacanya satu persatu dengan hati yang sebak dan pilu kerana terasa yang saya tidak dibiarkan bersendirian. Masih ramai yang prihatin akan kedukaan yang dialami. Semoga Allah membalas segala keprihatinan anda semua dengan ganjaran yang besar. Walaupun pemergian Bonda bukan dalam keadaan mengejut, kerana telah hampir sebulan terlantar lemah, namun ianya tetap sesuatu yang sukar dihadapi. Apa apa pun saya bersyukur kerana Bonda dapat melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang lalu serta mengaji Al Quran walaupun tidak sempat khatam seperti tahun tahun sebelumnya. Bonda juga sempat menghafal doa yang saya kirimkan sebelum Ramadhan. Saya juga berdoa khusus untuk Bonda di hadapan Multazam semasa mengerjakan umrah bulan Ramadhan dan saya yakin Allah akan menerima doa seorang anak kepada Bondanya. Saya kini perlu kuat dan meneruskan kehidupan yang ada walaupun terasa seolah sebahagian dari saya juga hilang dengan pemergian Bonda. Namun saya berazam untuk memberi bakti yang terbaik buat kedua ibubapa saya walaupun mereka telah tiada lagi.

Sekarang kita tinggalkan dulu bab arwah Bonda dan kongsikan sedikit berkenaan Kek Butter. Saya meminta Juita menyediakan kek Butter untuk saya sekembalinya kami dari kampung selepas selesai urusan tahlil arwah Bonda. Walaupun terasa sangat sayu di hati, namun saya gagahkan juga ke dapur untuk memasak Mee Sup Tulang sementara Juita menyediakan kek untuk hidangan saya berbuka puasa.  

Telah lama saya teringin untuk makan kek butter. Hampir setahun juga saya menjauhkan diri dari makan kek sejak disahkan mengalami allergik dengan tepung gandum. Kalau saya menjamah pun, hanya sesudu dua sahaja. Tapi sejak saya kembali dari menunaikan umrah bulan Ogos baru baru ini, tiada lagi allergik baru yang muncul walaupun selepas memakan seafood atau kuih muih yang dibuat dari tepung gandum. Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang untuk saya menikmati makanan kegemaran. 






Saya masih menggunakan resepi yang sama yang telah pernah beberapa kali digunakan. Boleh klik di SINI. Resepi ini adalah resepi yang terbaik pada saya kerana menghasilkan Kek Butter yang lembab dan gebu serta secukup rasa sahaja kemanisannya. Kalau yang suka kek yang agak manis, boleh guna 200 gm gula mengikut sukatan asal resepi. 

Jom layan resepinya di bawah ini...



Kek Butter Moist dan Sedap

Bahan bahan:
250 gm pure butter 
250 gm tepung naik sendiri
180 gm gula kastor - asal 200g
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed). 

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

Masukkan dalam loyang dan bakar suhu 180 selama 40 minit. Kali ini saya guna loyang saiz 10x10" sebab mahukan kek yang lebih nipis. Masa membakar juga perlu dikurangkan.

Nota:
Jika menggunakan tepung gandum, masukkan 1 sudu kecil baking powder. Lebih sedap dan lembab jika kek dibungkus dan dibiarkan di dalam peti sejuk semalaman.






17 comments:

  1. Hi Kak Azie! Apologies for my late visit. I am so sorry for your loss. This is a difficult time for you and your family. Please take care.

    ReplyDelete
  2. Azie...Takziah daripada Akak...
    Semoga arwah bonda Azie ditempatkan di kalangan beriman, Amin...
    BTW, suka your blog sebab fruitful with foods...Heeee...
    TQ for sharing, nak cuba kek keju tu...menarik sungguh nampak.

    ReplyDelete
  3. Takziah Kak Azie.. semoga roh arwah di cucuri rahmat.. Al Fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah ...kak aziq...semoga arwah berada di kalangan org yg beriman..

      Delete
  4. Salam kak azie...
    bru berbw...salam takziah.semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-fatihah

    ReplyDelete
  5. Salam takziah ye.. moga tabah menghadapi kehilangan org tersyg..
    Penulisan blog yg sgt sy suka.. teserlah keikhlasan dlm menulis.

    ReplyDelete
  6. salam takziah kak....al fatihah utk arwah bonda akak...saya cuma nk bgtau semlm dh cuba buat kek ni...sgt sedap cuma kek saya mcm krg masak....in shaa Allah esok nk cuba lg...tq 4 sharing

    ReplyDelete
  7. Salam takziah kak azie, Saya juga nk ucapkn byk terima kasih, saya dh buat kek ni hari tu, memang sedap dan memang gebu.

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Azie, nak tanya la telur tu saiz A ke B?..terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Salam, apa jadi kalau saya pakai butter brand buttercup?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, salam takziah ya puan Azie, saya mohon copy resepi ya dan pohon halalkan resepu yg saya ambil sebelum ni. Saya sangat meminati blig puan dan byk mmbantu saya dlm mmbaking. Tqvm ya puan kerana tidak loket ilmu. Ini adalah saham akhirat untuk puan.

    ReplyDelete
  11. Puan azie. Terima kasih utk resepi ni. Saya baru saja buat kek ni.alhamdulillah. mmg best

    ReplyDelete
  12. As salam sis azie, saya wiya.. Tq utk resepi kek butter sis. Smlm mak ckp dah lm tak mkn butter cake, mmg fav dia. Saya try la google than jmpa resepi sis ni, tgk mcm simple je. Try buat.. alhamdulillah jadi, naik dgn cntik, gebu, n best sgt lembab je. Tak bleh tepek gambar plak kat sini.. Masa baked pn x lama. Saya just guna tpg gandum+b/powder je sis. Butter saya guna buttercup. Saya modify sikit letak koko separuh adunan. Mmg mabeles. Tak lama lg besday ank saya bleh guna resepi sis ni . Tq sis krn share the recepi. Smoga sis d murahkan rezeki ,amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Aamiin. Alhamdulillah sangat gembira membacanya.

      Delete
  13. Sedapnye...nak kne cuba nanti. Saye suke kek butter:)

    >>penawarhimax5.net<<

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.