Iklan

Iklan Nuffnang

9 Sep 2014

Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap






  
Sebagai menunaikan janji di SINI, saya hari ini ingin berkongsi resepi Kuih Kaswi. Walaupun saya pernah beberapa kali menyediakan kuih kaswi di SINI dan di SINI, namun resepi kali ini lebih istimewa kerana ianya adalah salah satu resepi kuih tradisional yang dikongsikan oleh Kak Sharifah Lok. Menurut Kak Lok, kuih kaswi adalah salah satu dari kuih yang sering menjadi pujaan ramai dan paling disukai oleh mereka yang menempah kuih dari beliau. Saya memang sangat sangat gembira mendapat resepi ini dari Kak Lok kerana ianya adalah Kaswi yang paling "perfect" pada selera saya and the best ever kaswi yang pernah saya makan. Hahaha saya memang cerewet sikit bab makan....






Saya menyediakan kuih ini untuk dibawa ke majlis raya serta majlis perpisahan sempena persaraan rakan sepejabat. Memang sedap dengan rasanya yang kenyal kenyal. Saya namakan kuih ini sebagai Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen. Yang pastinya resepi turun temurun Kak Lok ini akan menjadi "a keeper recipe" untuk kuih kaswi saya di masa hadapan. Saya suka kaswi yang sedikit lembik seperti ini. Tak perlu risau jika semasa dipotong akan sedikit comot. sebab bila bersalut dengan kelapa akan menjadi cantik juga. Kemanisannya juga secukup rasa. Saya kena tambahkan gula pasir kerana saiz gula Melaka yang saya guna mungkin tidak sama dengan saiz gula Melaka yang Kak Lok guna. Gula Melaka kan ada dalam pelbagai saiz dan bentuk. Rakan rakan sepejabat pun memberi maklumbalas yang sama. Alhamdulillah...






Saya sangat berterima kasih pada Kak Lok kerana sudi menurunkan resepi dan cara cara penyediaan serta petua kepada saya. Semoga Kak Lok diberi ganjaran pahala yang banyak dari perkongsian ini....



Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen
Loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. 

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.






45 comments:

  1. Nampak sedap sangat kuih tu Puan Azie, arwah kakak saya cukup suka kuih ni...:)

    ReplyDelete
  2. salam kak azie..cawan ni cawan teh ke measuring cup tu?
    Thanks

    ReplyDelete
  3. Terimakasih pd azie kerana sudi share resepi2 yg ada oomph dan telah d cuba. Moga usaha azie d berkati dan teruskan ... teruskan ...

    ReplyDelete
  4. ...terus mengidam kueh kaswi pulak.....ehemmmm...

    ReplyDelete
  5. Saya sgt suka kuih kaswi. Terima kasih kerana tak lokek berkongsi resepi. Moga dimurahkan rezeki kak Azie.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak..terima kaseh sbb sudi kongsi resepi. tapi saya xfaham gula melaka tu nk letak banyak mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam resepi tu dah tulis pasal gula Melaka. Saya pun tak faham apa yang Anis tak faham.

      Delete
    2. biasa gula melaka bli dlm bentuk buku mcm tebu...

      Delete
    3. Sesetengah tempat jual gula melaka sekeping2 macam belacan tu. 2 keping yg Pn Azie maksudkan adalah 2 keping yg bentuk belacan

      Delete
  7. Terima kasih kak share resepi...akhirnya keluar juga resepi kaswi ni :) ...tgk gambar pon dah terliur

    ReplyDelete
  8. sedap ni, teringat pada sorangkawan yang sangat suka buat kuih ni dan sllu bw kepejabat....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak azie...saya silent reader akak sblum ni...suka sangat tgk resipi2 yg akak share.....salam perkenalan kak azie...saya suhaila...jemput jengah blog saya...saya budak baru belajar..hihihihi...suemanap.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. As'kum k.zie...nk tnya..resepi kuih ni x guna santan ye...sbb biasanya mak sy buat guna santan..tp elok jugak utk kesihatan kn..

    ReplyDelete
  11. Assalam tq kak azie sbb kongsi resepi ni. Sy dah try buat mmg sedap. Tp sy xde gula melaka jd sy gnti dgn gula enau. Derhaka sikit. Tp sdap juga hehe. Fmly pon suka mkn

    ReplyDelete
  12. Kalau tepung ubi kayu boleh x...

    ReplyDelete
  13. Tgh torai buat ni thanks 4 d recepi chef ☺

    ReplyDelete
  14. Aslm. Kak Azie, saya nak tanya lah kenapa saya buat ni dah kukus lebih dua jam dia cair lagi. Dia bawah loyang tu beku lah jugak sikit-sikit tapi bahagian atas tu cair mcm putih telur je. Huhu. Sebelum ni saya ada buat dua kali jadi jadi kuehnye tapi kali ni tak jadi. Adakah kerana saya terlalu berdosa? Eh haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Kalau sebelum ini menjadi, maknanya kenalah cuba lagi. BIasa lah hari tak sentiasa cerah, kan

      Delete
  15. salam kak azie. water bath same tak dgn kukus? sbb kt rumah tkde pengukus. tp nk buat kuih ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama tp jika tak kuat apinya tak berapa menjadi. Kuih spt ini memang susah sikit jika tak diikut caranya.

      Delete
  16. Sedapnya kuih ni..dah buat ikut resepi azie alhamdulillah jadi.
    Hajah rohana amat

    ReplyDelete
  17. Salam kak azie, kalo x gune kapur boleh x? Kalau gula Melaka tu digantikan ngn gula caremel jd x?sbb di oversea ni tak jumpa bende alah tu :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer utk memberi rasa manis. Eila berada overseas di mana. Best nyer

      Delete
  18. Alhmdulillh..trimaksh sudi bkongsi ilmu.Mudh2n azie dmurahkn rzeki.

    ReplyDelete
  19. Salam kak Azie, kalau xde tepung ubi blh ganti tepung lain tak?

    ReplyDelete
  20. Salam azie...apa fungsi air kapur tu ye?

    ReplyDelete
  21. As salam Puan..nak tanya lah, Puan tak gunakan pewarna cokolat, warnanya gelap tak..trksh

    ReplyDelete
  22. Saya pun tgh bt skrg.adunan atas tmpat kukus.terima kasih kak azie kongsi resepi

    ReplyDelete
  23. saya pun tengah kukus kuih kaswi ni, untuk minum petang kononnya :)


    ReplyDelete
  24. Salam syng Azie. Terima kasih kongsi resepi. Tekak terus teringin nk mkn kuih kaswi. In sha Allah, akan ku cuba. 😊

    ReplyDelete
  25. Assalamualiakum.. k.azie saya nk ucap terima kasih sbb semua resipi k.azie sdap2.. bl wak nego(berniaga) lagi.. hihihi mntak halalkan semua nya

    ReplyDelete
  26. Kak Azie nak tnya sikit..apa yg membuatkan kuih kaswi tu kental eh? Sbb hrtu sy try buat kuih talam ikut resepi akak tp bila da sejuk dia kental gak mcm kuih kaswi..ada kena mengena dgn kalur tak? Kuih talam hrtu sy pakai secalit je pun..mohon pencerahan..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua tua dulu suruh letak kapur nak bagi kenyal kenyal kuih. Tak letak pun tak apa. Jangan terlebih.

      Delete
  27. Salam Azie. Saya paling suka makan kuih ni, arwah mak selalu buat. Terima kasih kongsi resepi. Saya selalu rujuk blog Azie untuk cari resepi. Moga Azie mendapat pahala ganjarannya.

    ReplyDelete
  28. Saya pun peminat kak azie. 2 kali buat kuih kaswi guna resepi akak memang menjadi..anak2 pun suka...terima lasih kak kerana menjadi rujukan utama utk memasak kami sekeluarga

    ReplyDelete
  29. SAYA DAH BUAT KUEH KASWI NI... SEDAP TKASIH.

    ReplyDelete
  30. salam kak azie , nk tanya laaa .. kenapa bila kita potong kuih kaswi tu .. loyang kita tuu mcm berminyak sikit ye ?? sedang kan .. time nk panas kan loyang dlm pengukus .. tak letak minyak pun .. sy yang baru nk belajar ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.