Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Apam Balik Lembut Dan Mudah


Apam Balik Lembut Dan Mudah


Entah kenapa sejak terpandang resepi Apam Balik yang dikongsikan dalam group masakan di facebook, saya jadi asyik teringatkan Apam Balik sahaja. Maklumlah kalau apam balik yang dibeli di pasar malam, memang tak sedap langsung dan bahan intinya sangat sedikit. Bila disediakan sendiri, memang puas kerana dapat dimasukkan inti banyak banyak. Pendek kata, sangat mewah lah. Saya pernah menyediakan kuih Apam Balik sebelum ini, boleh klik di SINI. Kali ini, ianya dibuat bersaiz kecil comey jer agar senang dimakan tanpa perlu dipotong.



Apam Balik Lembut Dan Mudah


Sebenarnya kuih ini disediakan Juita apabila saya menyediakan Kuah Kacang, Kuah Lodeh dan Rendang Ayam baru baru ini. Disiapkan sudah hampir waktu berbuka puasa, jadi saya biarkan Juita menyiapkannya. Walaupun rupanya tidaklah nampak cantik menawan tapi rasanya sangat sedap dan lembut sahaja. Memang terbaeekk gitu...

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ni, kot ada yang ingin cuba menyediakan sendiri buat hidangan petang keluarga masing masing. Lagi pulak, masih suasana raya, agak sukar untuk mencari makanan dan kuih muih. Kedai masih banyak ditutup, agaknya masih beraya di kampung.



Apam Balik Lembut Dan Mudah

Apam Balik Lembut dan Mudah

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Bahan tabur:
Kacang tanah yg telah di kisar
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega

Cara cara:
Blend telur dan gula hingga kembang. Masukkan baking powder, yis, minyak dan garam. Blend lagi dan masukkan air. Blend lagi.

Masukkan tepung, blend lagi dan akhir sekali, masukkan pewarna. Blend sebati. Perap selama 1 hingga 2 jam.

Dengan menggunakan kuali non stick, tak perlu letak minyak. Buat saiz kecil kecil, letak inti banyak banyak.





Apam Balik Lembut Dan Mudah

Bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan panas panas bersama teh O. Memang terbaik.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Apam Balik Lembut Dan Mudah"

  1. sedapnya kak azie...sok kena cari apam balik ler plak ni...teringin ler pulak..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Selepas bubuh gula atau kacang atau jagung, boleh masukkan.

      Padam
  3. Salam... Nak ambil resepi. Harap2 menjadila

    BalasPadam
  4. Mcm mana nk jadikan apam balik ni rangup ye kak azie?

    BalasPadam
  5. Dah buat tggu sejam lgi hehw

    BalasPadam
  6. Bolehla buat menu dessert berbuka nanti..in shaa Allah.. puasa ganti...hewhewhew

    BalasPadam
  7. Terbaik la...sya pon nk try buat

    BalasPadam
  8. Tak yah boh mentega blh tak sis azie..

    BalasPadam