Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

9 Jun 2012

Homemade Apam Balik



    


Alahaai pantang tengok gambar makanan atau masakan, mesti terus nak cuba membuat sendiri. Kalau macam ni, tak boleh cari makan lah orang yang menjual makanan. My laling hubby memang rajin membeli apam balik ni kalau dia ke pasar malam atau mana mana yang dia terjumpa. Itulah lagi lagi terasa nak membuat sendiri untuk hidangan suami tercinta. Nak tunjuk yang isteri kesayangan dia ni serba boleh, siapa kata dia tak pandai memasak kan? Yang mana dulu kata dia tak pandai masak tu, haaa telan sendiri apa yang dikata. ngeh ngeh .... Apa apa pun my laling sangat sporting kerana dia tahu isterinya wanita berkerjaya yang sibuk.

Tapi nak tahu tak, apa Aween cakap dengan saya malam tadi. Dia kata saya kena memasak untuk dia kerana memasak tu tanggungjawab saya. Haaa boleh gitu pulak. Bila saya jawab, bukan mama yang kena masak tapi papa yang kena ambil pembantu rumah. Dia kata " taaak, mama yang sebenarnya kena memasak untuk anak anak". Aduhaaai budak budak generasi Y, pandai berhujah dan berkata kata. Apa yang dikatakan Aween ada benarnya, walaupun berkerjaya saya kena juga meluangkan sedikit masa untuk memasak dengan air tangan sendiri untuk hidangan anak anak. 



Apam balik ni saya sediakan pagi pagi lagi sebagai menu sarapan, lebih lebih lagi pagi esok Boy akan berangkat kembali ke kampus. Saya sebenarnya sudah mula terasa sedih dan sayu bila mengenangkan waktu balik dari pejabat, Boy tiada lagi di rumah seperti hari hari sebelumnya selama 2 bulan dia bercuti semester. Tahniah pada Boy dan mama sangat bangga kerana Boy berjaya meneruskan pengajian di tahun kedua dengan keputusan cemerlang. Saya melihat laling hubby masuk dapur dan keluar dengan apam balik di tangan. Memang kuih kesukaan dia ni... Bila menyediakan sendiri, bolehlah diletak bahan taburnya lebih lebih sikit. Saya suka kalau apam balik yang diletak banyak jagung manis berkrim tu... Lemak manis jer rasanya.





Apam Balik 

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur:  
Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin 

Cara-cara
Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.

 
Siap untuk dipotong dan dihidangkan dengan teh O Ahmed Tea panas panas...


 

16 ulasan:

  1. Slmt berhujung minggu sis.baru nak komen kek pandan layer dan muncul apam balik.licin elok kek pandan layer tu.sy suka kek pandan layer tp belum pernah buat. kalau apam balik dah lama tak buat.teringin nak buat lagi sbb anak2 pun suka tp asyik tertangguh.buat sendiri sedapkan boleh letak kacang dan jagung byk2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis, entah kenapa semalam, mata jadi rabun. Bila dah dikacau berlebihan untuk menghancurkan tepung yang dimasukkan kemudian tu, adunan kastard jadi keras sikit. Bila dilapis dah tak masuk ke celah celah kek. Itu yang nampak macam ada garisan di tepinya. Memang kesilapan teknikal lah. Kalau ada kelapa kering, bolehlah ditutup bahagian yang tak sedap dipandang itu...

      Padam
  2. salam Zie,aduss sedap ni apam balik kak Noor selalu beli je tk pernah buat seumur hidup,sejak ber blog ni macam2 masakan nak mencuba dah jadi rajin lah pulak,insyaallah suatu hari akak nk cuba jugak ni thnaks resepi nya Zie,nampak menawan sungguh dan comey lotey apam balik,macam akak nak duduk kat sini tak mau balik hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kak Noor. Betulkan, ada baik juga berblog ni ya. Jadi rajin semacam. Tengok kuih muih dan lauk pauk, semua nak dicuba. Berderet deret senarai yang sedang menunggu ... Alhamdulillah, banyak faedahnya pada diri, pada keluarga dan sahabat handai yang membaca blog kita juga kan.

      Padam
  3. wahhhhh xpenah terpk nk buat apam balik sendirik biler tgk Azie nyer resepi rase nk buat jer but byk dah resepi yg kate nk buat tak buat2 ekekkekke maklumler big M tgh bermaharajalela lah kate kan ekekkek...Best arrr ade je idea dr Azie ty ty ty tyt :D..

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, jom projek mengapam pulak. Minum dg kopi O atau Teh O selepas mencuci peti sejuk tu, mesti ngaaam nyer. I pun dah lama tak mengemas peti. Ada 2, yg kat dry kitchen tu, my children yang buat spring cleaning. Yang kat wet kitchen tu, kena I sendiri yang buat sebab banyak bahan masakan di dalamnya.

      Padam
  4. Hah tu lah dia mmg mengancam sungguh, semalam d5 beli ragi konon nk buat apam beras tah biler tahun ler manjadik ekekkke...nk buat apam balik d5 xde soda bicarbonate n baking powder nnt d5 nk beli br leh buat hehhe..sonok kan biler tgk peti ais tersusun rapi cam tgk movie je rase nyer muhahhahhahah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, cakap pasal ragi ni, I dah lama terperap dalam peti. Saja beli kat Kelantan, kekonon nak belajar buat tapai beras. Tapi kalau pakai bekas kecil kecil tu, macam tak real pulak. Bila nak guna daun pisang, tu yang asyik tertangguh.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Azie d5 suker sgt apam beras tu but xtau ler nk guna kan ragi tu byk mana..satu lg camne ek nk buat tapai pulut hehhehe sumer pebret d5 tu..:D

      Padam
  5. ira duk perati tengok blog kak azie rasa macam memasak ni mudah ja.. mcm nak cuba semua ja yg kak azie buat ni.. hehehe.. rase cam tahu dah apa nak dimasak kawin nnti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ira, kak zie dari kecik mmg tak suka ke dapur. Masa ada maid, 2x setahun pun susah. Tapi bila dah masuk dapur, mmg jadi mcm gian nak memasak. Semua benda nak dimasak sendiri, mcm tak heran lah makanan dijual di kedai. Bila timbul cinta, tiada lagi rasa penat, yg ada hanya excitement. Practice makes perfect. Lagi kita memasak, lagi menjadi mudah kerana kita belajar dari kekurangan dan kesilapan sebelumnya. Jom masuk dapur dengan Azie Kitchen

      Padam
    2. salam kak azie. kak azie buat tu guna cawankan. cawan yg mvm mne ye kak.

      Padam
  6. Tima kasih resepi apam blik..sy suka2.bt kt umah lg bes.asik beli kt pasar mlm jer

    BalasPadam
  7. Slm k.azie.dh lama sy follow blog ni.memg best resepi2 yg k.azie post.mudah faham nk mbuatnya.gmbr pon cantik2.thanks bebyk k.azie..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.