Iklan

Iklan Nuffnang

30 Jun 2014

Rendang Daging Untuk Juadah Bersahur




Sehari sebelum menjelang Ramadhan, sahabat surau dan jiran kami menanyakan kalau ada sesiapa mahu memesan daging lembu segar. Saya cepat cepat menjawab mesej dalam WhatsApp jemaah surau memesan 2 kilo daging batang pinang. Dalam tercari cari resepi, teringatkan resepi rendang daging yang saya masak semasa berhari raya di rumah arwah Bonda Mertua. Itulah kali terakhir, saya dan Nana balik kampung dan memasak juadah hari raya. Resepi ini diambil dari Myresepi yang telah dicuba oleh ramai orang. Berdasarkan komen, saya menyalin resepi dan menambah kiub ayam Knorr seperti yang telah disarankan oleh seorang pembaca yang telah mencubanya. Boleh klik di SINI untuk melihat entri berkenaan rendang daging menggunakan resepi ini. Satu kelainan dalam resepi ini ialah, ianya ada menggunakan rempah kurma. 







Saya memasak kesemua 2 kilo daging untuk dibuat stok hidangan sahur. Kebiasaannya saya tak berapa gemar hidangan sahur yang berkuah. Cukup sekadar lembab lembab seperti sambal tumis udang atau kuah rendang yang pekat. Dapat juga 5 bekas dan disimpan dalam freezer. 

Sebelum kita tengok resepi, saya ingin kongsikan intipati Tazkirah Ramadhan di Surau Ad Dhuha pada 30 Jun 2014 berkenaan ramai orang berpuasa tapi tak mendapat apa apa kecuali lapar dan dahaga. Antara sebab utama puasa gagal mencapai matlamat taqwa ialah kerana kita gagal memahami makna taqwa itu sendiri. Perkataan taqwa wajib di dengar bagi orang lelaki 4 kali dalam sebulan dalam kutbah jumaat. Taqwa sangat berharga dalam Islam. Jadi kita disaran bersungguh sungguh untuk mencapai KPI Ramadhan tahun ini. 4 peringkat untuk fahami erti taqwa berdasarkan kata kata Saidina Ali, iaitu:

1. Takut pada Allah. Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Bila takut dengan Allah, kita kena semakin dekat dengan Allah. Ianya berbeza dengan takut pada makhluk, di mana kita akan menjauhi makhluk berkenaan, contoh seperti harimau. 
2.  Beramal dengan Al Quran. Kena yakin dengan apa yang ada dalam Al Quran. Tak boleh ambil sebahagian dan buang sebahagian. Masuk dalam agama Allah secara menyeluruh dari semua aspek. Islam adalah cara hidup, semua Islam cover yang mengatur kehidupan kita. Contoh, sistem perbankan berasaskan Islam. Sistem kewangan Islam mampu membela termasuk orang bukan islam. Undang undang Islam untuk melindungi, bukan mendera, jadi kenapa kita tak yakin dengan apa yang disebut dalam Al Quran. Cth zina, kena sebat 100 kali. Bila hukuman Allah diketepi, berapa ramai bayi dibuang hasil perzinaan. Semua ni adalah di kalangan orang Islam. 
3. Cukup dengan yang sedikit iaitu Qanaah. Ramadhan untuk membawa kita on track. Bangun sahur supaya kita bangun awal pagi. Boleh solat Subuh berjemaah di surau. Allah syariat untuk kita berbuka puasa. Tak boleh tak berbuka. Balik rumah untuk berbuka dan solat maghrib berjemaah. Allah atur supaya ia dapat menjadi jadual kita selepas Ramadhan. 
4. Bersedia untuk hari akhirat. Jumaat kita baca Surah Yasin. Cuba fahami makna dalam ayat 65. Disebutkan "Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan". Itu sebab kena ada bekalan di dunia supaya kita akan selamat di akhirat. 





Rendang Daging
Oleh: Azie Kichen

Bahan bahan:
1 kg daging - potong kecil 
2 pek kecil rempah kurma 
1/4 cawan kerisik 
Santan - 1 biji kelapa 
Garam 
Gula melaka/gula 
½ cawan air asam jawa/1-2 kpg asam
1 kiub ayam knorr - opsyenal

Bahan kisar:
2 labu bawang besar 
5 ulas bawang putih 
5 batang serai 
1 1/2 cm halia 
1 1/2 cm lengkuas 
15-20 biji cili kering

Bahan mayang: 
3 helai daun limau purut 
1 helai daun kunyit

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.




Rebus daging seketika dengan pressure cooker (tak perlu jika guna daging batang pinang). Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata. Biarkan 2-3 minit.

Kemudian masukkan santan. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.

Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata. Masakkan sehingga kuah agak pekat.




Akhir sekali masukkan daun yang dimayang dan dikacau seketika dan boleh tutup api.






12 comments:

  1. yummy..dapat 5 kontena tu kira dah banyak..bleh guna untuk buka posa lagi..

    ReplyDelete
  2. Brp cwn agak2 utk satu bj kelapa tu ye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah sangat lah. Kalau nak lebih lemak, guna lebih sebab akhirnya ia akan dikeringkan.

      Delete
  3. ooo, masukkan rempah kurma yer..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak...sy suka tgk n try resepi akk...blh copy / share tak resepi akk?

    ReplyDelete
  5. Salam....saya mmg dah cuba resepi ni....mmmg sedapppp....

    ReplyDelete
  6. Nk share & nk cuba buat tuk hr ini. Yuuummmeee

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.