Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 19 August 2011

Rendang Daging




Sebelum balik beraya pada hari raya tahun lepas, saya mencari resepi rendang daging yang baru untuk dicuba. Saya menemui beberapa resepi rendang daging yang hampir sama bahan bahan nya. Seperti biasa, saya akan gabungkan kedua dua resepi untuk menjadikan satu resepi. Resepi ini lah yang saya dan Nana masak semasa di kampung dulu.

Layaannn gambar rendang daging yang saya sediakan sebelum ini ...


Rendang Daging

Bahan bahan:

1 kg daging - potong kecil
2 peket kecil rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa - ambik santannya
Garam
Gula melaka/gula
½ cawan air asam jawa or 1-2 kpg asam
1 kiub ayam knorr/serbuk perasa - opsyenal
 


Bahan kisar:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1 1/2 cm halia
1 1/2 cm lengkuas
15-20 biji cili kering

Bahan mayang:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.

Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.

Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.

Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.