Iklan

Iklan Nuffnang

2 Apr 2014

Nasi Dagang Terengganu Lagi




Semasa ke Pasar Taman Tun untuk mencari sotong bertelur, saya ternampak ikan tongkol hitam yang berbatik. Ikan tongkol ini yang mempunyai isi putih lembut banyak digunakan untuk masakan nasi dagang Terengganu. Sedangkan nasi dagang Kelantan pula banyak menggunakan ikan tongkol silver yang mempunyai isi hitam. Banyak juga perbezaan nasi dagang Kelantan dan Terengganu. Kalau di Kelantan, dihidang sekali dengan telur rebus, hirisan timun dan juga sambal kelapa. Kali ini, kiranya macam versi kahwin lah antara 2 negeri kerana saya menghidangkan seperti nasi dagang Kelantan.

Tiba tiba teringin nak menyediakan nasi dagang sebab dah banyak kali mengajak hubby makan nasi dagang di USJ tapi asyik tak berkesempatan. Saya pun tak tahu kenapa susah nak mencari nasi dagang yang sedap. Kebanyakannya hanya sekadar nasi dagang tapi tak sedap langsung dan tak berasa macam nasi dagang pun. Membuat nasi dagang ni sebenarnya tak lah sesusah mana, itu yang saya tak faham kenapa orang yang mahu menjual nasi dagang, tidak belajar dan membuatnya dengan sedap. Pasti ramai yang akan mencari. Kalau mahu tengok nasi dagang yang saya sediakan sebelum ini, boleh klik di SINI dan SINI.

Hari ini kami menikmati hidangan tengahari bersama Aween, Juita dan Nana. Nana bekerja sebelah malam. Tapi macam biasalah, Nana bertanya tak ada lauk ayam ke. Hmm tak ada ayam, seperti tak ada lauk pada anak anak. Sedang menikmati hidangan, Nelly menelefon bertanyakan kalau saya mahukan buah apa apa dari Tapah. Dia dalam perjalanan balik menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat di Taiping. Sungguh terharu dengan keprihatinan Nelly. Dia memang seorang anak yang sangat mengambil berat pasal kami dan juga adik adik. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ingat untuk membeli buah tangan untuk dibawa balik. Semoga dia akan terus kekal dengan sifat prihatin pada keluarga ini sampai bila bila.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini. 



Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 inci halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) - dicampur ke dalam santan pekat

Cara cara:
Beras dibersih dan direndam dgn air seketika sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.

Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dari tepi perlahan lahan sambil digembur gemburkan.





Gulai Ikan Tongkol
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam (lebih kurang 1 kg) 
1 kotak santan kotak  - air secukupnya
3 sudu besar cili kering kisar - tambah jika suka pedas
1 pek rempah gulai cap bunga rose (bancuh dg sedikit air)
8 gram rempah masak cap bunga rose 
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
6 - 7 biji belimbing buluh
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 hiris lengkuas 

Cara cara:
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam keping dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 

Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. Nota: Resepi asal Terengganu, santan dimasak sehingga pecah minyak sebelum dimasuk bahan kisar dan serbuk.





Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam, gula Melaka dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 

Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.





Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.






20 comments:

  1. sedapnya nampak nasi dagang ganu nih...

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Azie..
    Terima kasih atas perkongsian resepi. Tapi di mana nak dapatkan rempah gulai dan rempah masak cap bunga rose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Setahu saya hanya ada dijual di Terengganu. Saya kirim pada kawan. Cuba google kalau ada dijual di sini.

      Delete
  3. Salam Puan Azie,

    Suka sangat tengok resipe kak azie..tapi belum berjaya nak mencubanya

    ReplyDelete
  4. Hi Azie! Somehow since I was young I don't like ikan tongkol. I will only eat nasi dagang with the kuah but not the fish. Whatever it is, your serving of the nasi dagang and the gulai ikan tongkol is lovely and looks so appetizing. I especially like the cili padi in the last pic :)

    ReplyDelete
  5. As salam Kak Azie...sy memamng peminat setia blog akak..kalau saya mau masak sesuatu sy mesti klik 'Azie Kitchen" and then baru search resepi,pasti tidak mengecewakan :)

    ReplyDelete
  6. Assalam, kt mane nk beli rempah cap rose tu ye...




    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, ada dijual di KT. Rasanya ada juga orang yang jual di sini. Kena tanya tanya

      Delete
  7. Sekadar berkongsi..rempah gulai rose tu boleh beli di pasar ikan seksyen 6 shah alam.50 sen sepeket

    ReplyDelete
  8. sy dah try gulai ikan ni ..sedap...tp sy mkn gn nasi putih ..makan pagi jd nasi belauk hehe

    ReplyDelete
  9. Saya ada jual rempah cap bunga rose ni.. boleh postage ...boleh cod di klang shah alam... terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sy nk order rempah bunga ros blh?? Wassap sy liza 0195738589

      Delete
    2. Sy nak order jgk boleh? Tolong wasap sy 0174593835

      Delete
    3. Saya sgt2 nk order gak rempah tu...pyh nk dpt...saya kt kedah...0124630662...tqsm..

      Delete
  10. Asslm tolong wassap Sy 0166884989 mohd hatta..Sy nak beli rempah nasi dagang

    ReplyDelete
  11. Salam kak azie, kalau guna beras siam bird of paradise ni, mmg dah x payah campur beras pulut ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.