Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 19 February 2012

Aduhaaiii Sedap Nyeerr Nasi Dagang Terengganu Dengan Gulai Ikan Tongkol


Sedap memang sedap.  Saya memang tak boleh tahan, 3 pinggan habis tadi.  Minta ampun lah, esok saya akan diet.  Ini lah kali pertama saya memasak sendiri Nasi Dagang Terengganu dengan Gulai Ikan Tongkol serta Acar Timun.  Lama dulu saya pernah memasak nasi dagang Kelantan semasa majlis open house rumah kami di USJ.  Itu pun dah berbelas tahun lamanya.  Bukan apa, saya malas nak memasak sendiri nasi dagang kerana anak anak bukan suka sangat makanan macam macam ni.  Mereka suka masakan moden dan western jer.

Rasa macam tak percaya hari ini saya berjaya memasak nasi dagang yang memang rasa macam nasi dagang yang dimakan di Terengganu atau di USJ yang memang dijual oleh emak Nadia yang berasal dari Terengganu.  Projek memasak nasi dagang ni bermula dalam pukul 4 apabila dapat mesej inbox dari Rozilah yang dia telah hantar rempah gulai cap bunga rose.  Oleh kerana beliau tersalah rumah, saya terpaksa menjejak rumah yang dikatakan oleh Rozi.  Nasib baik jumpa dan dapat berkenalan dengan tuan rumahnya, Azlina yang baikhati.  Dari situ, kami terus ke kedai runcit mencari ikan tongkol yang berbatik yang biasa diguna sebagai ikan untuk gulai nasi dagang Terengganu. Memang susah nak dapatkan ikan ni.  Sesampai di rumah terus ke dapur untuk mula merebus ikan dan mula memasak gulai dan nasi dagang.  Pukul 5, siap untuk dimakan panas panas lagi.  Jangan tak tahu, saya menambah sampai 3 kali dek sedap nya yang tak terkata, baunya yang sangat semerbak terutama bau halba ... 

Jom lah kita layan resepi dan gambar gambarnya ...   

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat

Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.



Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.






Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.




Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.






Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.




Gulai Ikan Nasi Dagang 





Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg) 
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)
8 gram rempah masak cap bunga rose 
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
2 hiris lengkuas -kisar
2 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 cili kecil
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya: 
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam  gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 



Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.






Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 

 


Masukkan cili padi. Renihkan sebentar.  Bolehlah angkat dan dihidangkan.




Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.




Acar Timun




Timun - hiris memanjang
Karot - hiris memanjang
1/2 biji bawang besar
Gula
Cuka secukupnya
Garam

Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.


Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur.  Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.

Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.  






Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.




Selamat menjamu selera dengan nasi dagang yang sangat lembut dan wangi ini. Cubalah, pasti makan menambah nambah 




Enjoy ...


31 comments:

  1. Gulai ikan tongkol ni kalau masukkan belimbing buluh lagi sedap. Tak pernah masak tapi masa berkunjung ke rmg cikgu xmrsmkt, dia masak sedappp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DuRa,ohh gitu yer. Mungkin juga, sebab lemak lemak masam. nanti lain kali boleh cuba kalu ada stok belimbing buluh. kat kawasan rumah kami, tak ada yang jual. hari tu minta dari kawan utk buat masak lemak telur itik dg belimbing buluh

      Delete
  2. Saya nak mencuba resepi ni...harap dapat hasil seperti kak azie buat. Saya guna beras beli di Thai, kata khas untuk nasi dagang, boleh guna cara yang sama untuk masak nasi tu tak..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah pasti menjadi. Saya pun bercadang untuk memasaknya minggu hadapan

      Delete
  3. Sedapnya... saya kalau nak makan nasi dagang selalu beli kat SS19 Subang Jaya je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu makan di situ. Tapi kalau dimasak sendiri, boleh makan menambah dan berulang ulang kali. Yg pasti sangat menjimatkan

      Delete
  4. Puan Azie...
    Sekadar nak share la kan dari arwah mak saya dulu...
    Kami selalu buat nasi dagang bila tiba musim perayaan...
    Resepinya lebih kurang sama la...cuma kami akan tumis cili boh (atau cili kering yang di Blend sehingga pecah minyak and asingkan. Apabila kuah hampir masak...masukkan cili tersebut.Hasilnya..kuah tu akan kelihatan kemerahan sikit (x kuning sangat) dan lebih berkilat...macam kuah nasi dagang yang jual di Terengganu...
    :)
    suhanajohar.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Suhana. Insya Allah lain kali boleh cuba seperti yang dibuat oleh arwah bonda Suhana.

      Delete
  5. Terima kasih utk resepi ni. Mmg marvelous. First time buat dan suami pun puji sgt2. Tq again

    -saira-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, Saira. Nnt cuba lagi, pasti akan terhasil dg lebih baik

      Delete
  6. Mana nak Dapat Rempah Cap bunga Ros tue?? Klu Huna rempah lain Xboleh Ker Eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna rempah lain, kurang sedaplah. Boleh tengok resepi yg tak guna rempah ini tapi diguna rempah yg dicampur sendiri

      Delete
  7. As'salam kak azie.
    thanks bagi resepi.

    sebenornye tok sedara ada bagi resepi dulu, tapi ntah mane letaknya, terpaksa la google.
    Hehe.

    Tapi ada sedikit berbeza, sebab tok sedara masak santan je sampai pecah minyak, baru masukkan bahan kisar+rempah+cili kering.
    baru terangkat!
    and lagi bagus kot, sebab tak payah pakai minyak banyak-banyak.

    pastu guna nisan(gula melaka/gula gerek) lagi sedap.

    dah tutup api, baru masukkan cili api dan belimbing buluh.
    nanti cili kita cantik, tak layu =)

    Rempah saya beli kat Terengganu, bukan cap Ros, tapi rempah campur.
    boleh beli di mana-mana gerai jual rempah kat pasar payang, kabo je nak rempah nasi dagang.

    dulu MIL penah buat pakai rempah daging, tapi tak sure sukatan, sebab dia campur rempah daging dengan rempah ikan.Tu kalau dah takde rempah nasi dagang la kan.

    eh, terpanjang pulak komen.

    Thanks anyway for the recepi =) *pssst : gulai nasi dagang atas dapor, in making =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah dan menulis komen. Komen yang diberi mmg sgt berguna. Insya Allah, saya akan gunapakai mana mana yang ditulis di dalam komen ini.

      Delete
  8. AHHHH.....sedapnyer nasi dagang.... sy yang merantau ni rindu lak nak makan nasi dagang ni.....colek resipi la nak try masak kot2 jadi...tenkiu....!!

    salam singgah anak terengganu di perantauan :)

    ReplyDelete
  9. Salam...sy memang tringin nak masak ns dagang ni.tp nk ty ckt la.bleh x ikan tongkol d ganti ngn ikan ln.ikan apa ye..sj ty..mn tau ada yg penah cube

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan tongkol paling sedap. Boleh juga gunakan kembung.

      Delete
  10. Rempah cap rose wajib letak ke? Apa kta lepas ni azie biz rempah2 masakan kltn yg susah nk d temui d kdai luar dr kltn...mesti da yg beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasida,
      Ada macam macam cara. Ada yg tak perlu letak pun rempah ni, tapi kena ganti dengan rempah lain lah baru sedap. Kalau gulai nasi dagang Kelantan, lain lah pulak.

      Delete
  11. Salam kak azie, sy bru first time nk buat nasi dagang.. Nk ty nasi tu bile dah letak halba bawang n santan sume tu xpayah kukus lg ke? Or kene kukus lg? Terima kasih ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lagi. Cuba tengok gambar di atas

      Delete
    2. Oo maknanya lepas ketak halba sume tu dah blh mkn terus la yea.. Terima kasih kak.

      Delete
  12. Replies
    1. Rempah gulai dalam plastik cap bunga ros. Diyjlis rempah masak. Packaging mcm dalam gambar di atas

      Delete
  13. Mohon share resipinya ya...saya baru nak mencuba hari ini. Tapi rempah gulai cap bunga rose tu takde...terpaksa guna rempah kari biasa aje..

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Azie.... Terima kasih dengan resepi ni. Saya dah cuba... menjadi.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah menjadi jugak nasi dagang . thanks for recipe :)

    ReplyDelete
  16. Salam kak azie, apa beza - 1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air) &
    8 gram rempah masak cap bunga rose ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      Memang 2 rempah berbeza, satu rempah gulai dan satu rempah masak.

      Delete
  17. nampak sangat mengiurkan.. kena cari rempah nasi dagang ni.. mesti cuba!

    izanne76.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa berminat kami ada mengeluarkan packing nasi dagang termasuk beras, rempah dan resepi. Campuran beras kami istimewa guna beras basmati pusa 1121 + beras Wangi.. Sesiapa berminat saya saya wssup detail..

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.