Iklan

Iklan Nuffnang

1 Mar 2014

Kuih Lompang Sedap Resepi II






Saya memang tak merancang langsung untuk membuat kuih lompang hari ini. Sebaliknya saya meminta hubby membeli kelapa parut untuk dibuat Kuih Bom berinti Kacang Hijau. Selepas menyiram pokok pokok sekeliling rumah, memberi ikan ikan makan, saya mula ke dapur untuk menyediakan Inti Kacang Hijau. Inti ini hanya menggunakan 1/2 cawan kelapa parut sahaja. Tapi selepas dilihat masih ada baki sedikit kelapa parut, rasa sayang pulak kalau tak dibuat apa apa. Saya memang tak suka membazir, rasa sayang sekali. Lagi pulak, saya masih belum bersarapan kerana hubby bersama geng ETHICA, Alumni Kolej  Ketiga ke Pekan untuk menjayakan satu program amal bersama ahli ETHICA yang memerlukan semangat dan sokongan. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya ada menyalin beberapa resepi Kuih Lompang. Jadi kali ini, saya menggunakan pula resepi ke2 yang diambil dari blog Ruhayu





Saya lebih menyukai resepi ini yang tekstur kuihnya agak lembik semasa di angkat dari pengukus. Lagipun saya yang tak sabar untuk menunggu ianya sejuk untuk dimakan sebagai sarapan. Kemanisannya pun sangat bersesuaian dengan selera saya. Tapi setelah diletakkan kelapa parut, telah betul betul sejuk, kelembutan Kuih Lompang ini telah menjadi sangat OK. OK bagi saya lah. Saya hanya membuat 1/2 adunan, dapatlah 15 biji. Kalau ada yang nak rujuk resepi yang saya guna sebelum ini  boleh klik di SINI. Lagi berwarna warni dibuatnya. Tapi kali ini, saya hanya menggunakan Pandan Paste sahaja. 

Jom kita salin resepinya. Perbezaannya ialah adunan ini tidak langsung menggunakan tepung gandum. Jadi mungkin lebih sesuai untuk saya yang mengalami masalah allergik tahap maksimum pada tepung gandum. Jom layaaann....



Kuih Lompang Resepi II

Bahan bahan:

Bahan A:
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Bahan B:
2 cawan tepung beras
1 sudu teh kapur makan
2 cawan air 
Sedikit pandan paste

Bahan C:
100 gram kelapa parut (campurkan sedikit garam dan kukus)

Cara cara:
Masak dahulu bahan A hingga gula larut. Biarkan sejuk. Sementara itu panaskan air dalam periuk pengukus.

Satu dan kacau Bahan B di dalam mangkuk. Kemudian tuang bahan A ke dalam mangkuk tadi. Kacau sehingga sebati. 

Tapis dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Sedia untuk masukkan dalam mangkuk kuih lompang yang telah dilumur minyak. 

Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 20 minit. Tuang dalam acuan hanya sebelum dikukus untuk mengelak adunan dari mendap. Sebelum diangkat, saya buka tutup pengukus dan kukus tanpa penutup selama beberapa minit untuk mengeringkan air di permukaan.






Sedia untuk dihidang dan diletakkan kelapa parut seperti bahan C.

ps: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan ke dalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.





7 comments:

  1. salam Azie, singgah petang kesini utk testing lompang tu macam sedap je, akak suka ni kalau kuih yg ada kelapa parut, lompang ke, apam ke mmg selera sangt kalau makan

    ReplyDelete
  2. saya kena cuba buat...minta resepi ye kak azie :-)

    ReplyDelete
  3. banyak kali saya ikut resipi puan azie ni..alhamdulillah semua menjadi. ringkas dan sedap.. maaf ya,saya amik tanpa minta izin dulu.harap di halalkan ^^,

    :: zaza

    ReplyDelete
  4. nampak sedap..nak cuba buat untuk berbuka nanti..:)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum azie,
    kalau saya tak suka kapur makan boleh tak gantikan dgn bahan lain.

    ReplyDelete
  6. Kerap kali saya mencuba resepi puan..mohon dihalalkan ilmu.tq

    ReplyDelete
  7. wah perlu di coba, makanan favorit aku ini

    regard
    resepi kuih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.