Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 14 February 2014

Kuih Lompang Untuk Minum Petang




Kuih lompang adalah salah satu dari kuih kegemaran saya sejak kecil. Bila ke Pekan Jelawat, mesti ada kuih ini yang dijual dalam bermacam macam warna. Bila dilihat yang bahan bahannya yang tidak menggunakan tepung gandum, saya pun terus ke dapur untuk menyediakannya. Yang sebenarnya, saya panik bila sebaik bangun pagi melihat badan saya dipenuhi patches allergik. Semalaman tidak dapat tidur kerana perut kembung dan juga gatal miang. Doktor memberikan injection steroid dan juga oral steroid. Bak kata Ustaz Salehuddin di dalam kuliah Zohor, kesakitan dan kepayahan yang kita alami adalah kerana Allah ingin menghapuskan dosa dosa kecil kita. Jadi bila ada orang ditimpa musibah, jangan sesekali kita mengatakan yang padan muka kerana menerima bala Allah dari dosa yang telah dibuat. Hakikatnya Allah sayangkan orang yang ditimpa sakit, bukan balasan Allah atas kejahatan yang telah dilakukan. Syaratnya kita mestilah redha, sabar dan solat.

Selain itu, penderitaan kerana memikirkan masa depan termasuk masa depan anak anak juga dikira sebagai satu penyakit. Fikirkan masa depan anak anak seperti perbelanjaan pengajian mereka. Memikir sehingga tak dapat tidur. Memikir kehidupan masa depan adalah satu kesusahan hidup yang dapat menghapuskan dosa. Selain memikirkan masa depan, memikirkan masa lalu sehingga memberi kesusahan hidup seperti keinsafan, keresahan, ketakutan serta kekesalan adalah juga boleh menghapuskan dosa dosa kecil. Manusia biasanya akan memikirkan masa depan dan jarang mengingatkan masa lampau. Contoh masa muda yang disia siakan, tidak berbuat amal, tidak mengaji Al Quran, tidak bersolat sehingga menimbulkan rasa takut dan kesal boleh menghapuskan dosa kecil. Tapi ianya bukan lah ingatan untuk menceritakan kehebatan kita di masa lalu.  Di hari akhirat, kita akan diperingatkan semula semua perbuatan kita di dunia samada baik atau buruk, kecil atau besar. Bila ingat detik ini, kita merasa sangat takut, resah dan tak tenteram. Ingatan seperti itu lah yang akan menghapuskan dosa lalu. 





Saya ada menyalin beberapa resepi kuih lompang dan Insya Allah, saya akan mencubanya di masa akan datang pula. Kali ini saya cuba resepi ini dulu, rasanya dari Citarasawan. Lepas ini kita cuba resepi lain pulak untuk kita mempelbagaikan resepi kuih lompang. Membuat kuih lompang ini sangat mudah dan cepat jer menyediakannya.  





Jom kalau mahu salin resepi, silakan lah. Saya olah resepi supaya lebih mudah untuk saya ikuti di masa depan...




Kuih Lompang

Bahan bahan:
Bahan A:
220 gram gula pasir
400 ml air
1 helai daun pandan

Bahan B
280 gram tepung beras
60 gram tepung sagu/tepung ubi - saya guna tepung ubi
400 ml air
1 sk air kapur 
Pewarna dan perisa - saya guna pandan, durian dan pisang

Bahan C
Kelapa parut 
Sedikit garam

Gaul rata dan kukus

Cara cara:
Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.

Satukan pula bahan B dikacau rata dan ditapis. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau rata. 

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut yang disukai. Boleh juga diletakkan perasa yang digemari.

Panaskan pengukus sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak ketika hendak dikukus. Tuang sehingga penuh. Jangan tuang awal awal untuk mengelak adunan mendap.








Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana. Angkat penutup pengukus dan terus dikukus dalam 1 minit lagi tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih. 






Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama kelapa kukus.

Nota: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.




7 comments:

  1. Salam kenal Kak Azie, saya pun suka makan kuih lompang ini tapi tak pernah buat lagi, In Sha Allah lepas tengok resepi kak Azie bolehlah saya cuba..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak...Semoga akak cepat sembuh dan semoga kita semua di bawah rahmatNya...Betul tu Kak..betapa sayangnya Allah pada kita...semoga kita semua senantiasa dekat dengaNya...

    Sedapnya kuih ni..ni pun antara kegamaran saya juga ni...Tapi zaman kanak2 dululah...sekarang suka juga cuma dah susah nak jumpa..nak buat malas...InsyaAllah ada kelapangan boleh cuba juga...Resipi pun akak dah bagi ni....CnP dulu..tunggu seru

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..sy selama ni slalu baca tp x pernah komen..sakit kak azie dn saya sama saja..allergy..tambah cuaca panas..habuk bertambah..luar dalam rumah berhabuk..kekuatan iman menjadi pendiding..ingat Allah swt..ujian ini hanya utk mereka yg terpilih dan kita harus bersyukur..walau apa terjadi..
    kuih lompang menjadi kegemaraan dr dulu..tp bila setiap kali lubang dia tak berapa berlompang buat saya kecewa..tp insyaallah akn buat lg sbb dah salin resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita redha dan sabar dg ujian ini. Pasti banyak hikmah di sebaliknya. Insya Allah

      Delete
  4. Salam Kak Azie..bila lah ada rezeki nak berjumpa di Pasar Jelawat tu..hehehe sebab kalau balik kampung ia dah jadi destinasi wajib saya ...kalau dapat berjumpa saya dengan tanpa segan silu nak bergambar hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Cik Wan. Insya Allah ada jodoh pasti kita bersua. Jangan lupa tegur kalau ternampak saya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.