Iklan Nuffnang

Revenuehits html

6 Jan 2014

Nasi Kerabu Kelantan Yang Terlajak Sedap



Sebenarnya semasa menulis entri ini, saya tengah dalam kesedihan selepas Nana memberitahu yang dia akan berpindah ke Asrama Doktor di hospital. Kebelakangan ini waktu kerja Nana agak panjang. Dia keluar rumah pukul 6 pagi dan balik pukul 11 malam. Saya merestui hasratnya kerana bimbangkan keselamatan dia selepas berlaku banyak kejadian pecah cermin kereta di traffic light depan hospital. Salah satu dari kejadian yang menimpa kawan kawannya berlaku di hadapan Nana sendiri. Ketika itu, kereta Nana berada di belakang kereta kawannya. Malahan Nana pernah diekori 2 buah motosikal di persimpangan traffic light sehingga dia terpaksa memecut laju. Aduhaai kenapalah manusia zaman sekarang terlalu materialistik. Kalau merompak kerana kebulur tu, boleh lah juga faham tapi ini kerana mahu memuaskan kehendak yang tidak terbatas. Sebak rasanya hati bila Nana meminta dihantarkan barang barangnya ke asrama malam tadi. 

OK sekarang kita beralih pada resepi nasi kerabu yang terlajak sedap pulak. Hahaha tumpang iklan di TV yang Terlajak Laris tu... Memang sedap dan betul betul rasa nasi kerabu Kelantan sehingga saya menambah 2 kali dan sebelah malam makan lagi nasi kerabu yang dibekalkan untuk Nana tanpa rasa bersalah pada diri sendiri pun. Nasi Kerabu ini dimasak oleh sepupu saya, Cikgu Wan Faizah untuk hidangan buat kami sekeluarga. Dia memang tahu kegemaran saya. Maklumlah kami berkawan sejak kecil dan rumah kami ketika itu bersebelahan sahaja. Emak Faizah yang saya panggil sebagai Kak Nik  Bidah juga memang handal dalam bab masak memasak dan selalu membantu dalam urusan memasak kalau ada kenduri kendara di kalangan keluarga kami.




Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah. Memang dah lama mengidam nak makan nasi kerabu yang dibuat oleh Faizah. Nasi kerabu sedap dihidangkan bersama solok lada, bawang putih jeruk, ikan rebus goreng dan macam macam lagi. Hari ini mereka membakar daging untuk dimakan dengan nasi kerabu. Resepi Daging Bakar akan saya kongsikan dalam entri akan datang. Jadi apa lagi? Kenalah tunggu ya....



 

Saya pernah membuat entri berkenaan Nasi  Kerabu yang saya pelajari dari Faizah. Boleh klik di SINI. Memang dah ramai yang mencuba dan berjaya menyediakan nasi kerabu Kelantan. Sekarang ini memang agak susah sekali untuk mencari nasi kerabu Kelantan yang diletakkan sekali dengan sambal tumis. Kebiasaannya saya akan menghidangkan nasi kerabu dengan meletakkan ulam di atas nasi, diikuti dengan sambal kelapa dan sambal tumis serta akhir sekali sambal cili. Kalau di Kelantan, budu akan diletakkan di bahagian atas sekali selepas sambal cili tapi dalam resepi ini, budu telahpun dimasukkan ke dalam sambal tumis.

Jom kita layan resepi yang digunakan oleh sepupu saya ini. Hahaha saya menyalin satu persatu tu..


 
Nasi Kerabu Kelantan

Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain.





Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
 
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 



Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
 
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. 

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.


 
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. 



Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 


Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk





47 comments:

  1. adoiii terlajar terliurrrr dah niii

    ReplyDelete
  2. wahhhh mcm iklan tv pulak kak azie...kuah sambal tumis kalau org ganu panggil sambal tahi minyok..wat peket2..kkegi nok try hok nilah pulok...nampok sedappp sgt

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa...kat mana nak cari yg sedap ni mcm yg original pantai timur punya ni...telan air liuq kita nengok...

    ReplyDelete
  4. terlajak kecurrrrr dah saya, hehehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Azie,

    Nak tanya, bukan ke bunga telang tu akan menghasilkan nasi berwarna ungu dan bukannya kuning?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga telang berwarna biru dan menghasikan warna biru juga...

      p.s. tolong jawab kan. jgn marah

      Delete
  6. Saya dah cuba buat.cuma edit sket2 la...heheh..puas hati kalini mkn nasi kerabu.sbb dok beli pagi2 sambal kelapa semata2..
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Salam puan...boleh tak saya dan isteri ingin belajar resepi masakan puan ini untuk kami gunakan dalam perniagaan kami nanti. Saya dan isteri tinggal di Sungai Petani Kedah dan di sana tiada nasi kerabu. Saya dan isteri amat berminat dengan masakan ini dan kami ingin belajar. Apabila membaca blog puan, saya terus mencari benih dan anak pokok Telang yg mana bunga tersebut digunakan untuk membuat pewarna dalam nasi dan saya telah mendapat pokok tersebut dari seorang blogger di Semenyeh.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Silakan lah. Mudah mudahan berjaya dalam pernigaan yg diceburi. Ameen

      Delete
  8. Boleh tak saya nk belajar secara buat nasi ini

    ReplyDelete
  9. sedapnya..tapi saya tak pandai makan nasi kerabu..saya ada jual produk shaklee..boleh layari blog saya http://Noorzamris.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Thanks. Saya menggunakan resepi di blog puan sebagai guidelines masakan nasi kerabu saya. pernah belajar sewakru sekolah di Kelantan berpuluh tahun yg lalu dan ada yang terlupa. Halalkan ye...

    ReplyDelete
  11. sssssssedaaapnyaaaaa........

    ReplyDelete
  12. Salam puan...sy minta izin nak guna resepi puan...tqvm puan

    ReplyDelete
  13. salam azie.azie gna budu jenema apa yek?

    ReplyDelete
  14. kakak, mohon minta resepi ni yer... tq kakak

    ReplyDelete
  15. Sedap sungguh,pah ni nok try kat srek pulok

    ReplyDelete
  16. sedapnyeee,x sabar nk try buat .siyesly selalu try kak azie nye resepi yg lain2 .semua sedap dan memuaskn tau hee cuma sy gagal je dlm buat macaroon myb ade yg saya silap .btway tq sis for sharing :)

    ReplyDelete
  17. Singgah ambik resepi. Hehehe
    Jemput datang blog saya juga http://www.nininisrin.blogspot.com

    Dan

    http://www.bijaksihat.com

    ReplyDelete
  18. kenapa tak wat nasi color biru ... hehe

    ReplyDelete
  19. Salam, tq atas perkongsian ☺

    ReplyDelete
  20. sedap nasi kerabu..nak nak dengan solok lada...walaupun saya bukan org pantai timur..memang dah jadi fevret nasi nih..

    btw..jom lawat blog saya pula

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. As salam Puan Azie...
    Saya Yusliana M.Sari...
    Saya kerap mengunjungi blog resepi puan...
    Nak dijadikan cerita, saya search resepi Roti Jala kemudian terlihat gambar ikan patin goreng kunyit... tup-tup nama Cikgu Wan Faizah itu membuatkan jantung saya berdegup kencang... (teringat akan cikgu saya sewaktu menuntut di SMK Tmn Sri Muda, Shah Alam)..
    Subhanallah... bila search Cikgu Wan Faizah, ada gambar cikgu saya dalam ruangan resepi Nasi kerabu...
    Minta tolong Puan Azie sampaikan salam sayang dan rindu saya pada Cikgu Wan Faizah yer...
    Dia pernah mengidam "Pisang Salai" sewaktu hamil dulu dan kebetulan saya balik kg di muar dan dapat melunaskan hajatnya... TQ

    ReplyDelete
  22. Salam Kak Azie

    Terima kasih atas perkongsian ilmu..saya selalu rujuk blog ni untuk memasak..
    ni baru habis jamu kawan-kawan makan nasi kerabu Kelantan..dan ramai memuji..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  23. Saya sendiri ore kelate xpernag buat nasi kerabu. Huhuhu... tengok ni rasa mcm nak buat pulak. Hehe..

    ReplyDelete
  24. Saya sendiri ore kelate pun xpernah buat nasi kerabu. Tengok ni rasa nak buat pulak.

    ReplyDelete
  25. salam akak....ikhlas ckp 1st time abby cuba masak nasi kerabu ni..and its turn absolutely AMAZING!! Tq akak coz sudi kongsi resepi...

    ReplyDelete
  26. sedapnye... baru lepas makan nasi kerabu... beli je... kali ni nak try resepi drpd kak azie plak. huhuhu... :)

    ReplyDelete
  27. Kli prtama bt ikt resepi ni..ni n
    Bt rjukn utk bljar bt niaga lak..asben pn suka nsi krbu sjak2 jd ore klate ni..lpas ni asben xyah beli dh..

    ReplyDelete
  28. Sedapnye..Terliur pulak rasanya..

    ReplyDelete
  29. Sedapnye buat berbuka puasa ni
    😁

    ReplyDelete
  30. Terima kasih Puan Azie...sempena Ramadan tahun ni saya nak cuba buat sendiri Nasi Kerabu ni. Dulu saya pernah buat. Asyik beli kat Bazaar je...baik saya buat boleh makan tiap-tia hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya belajar buat sendiri. Jarang dapat yang sedap dan benar benar rasa nasi kerabu Kelantan. Banyak yg short cut spt sambal kelapa. Di Kelantan, hanya ada satu sahaja sambal kelapa yang ditumbuk dengan ikan, bawang merah, garam dsn gula

      Delete
  31. Assalamualaikum puan..sy mohon nk share respi puan..sy biasa mkn nasik kerabu yg ada sambal tumis ni..moga kehidupan puan sekeluarga sentiasa mendapat lindungan dari Allah :)

    ReplyDelete
  32. Teringat ns kerabu org kg sy..sdp betul..cuma smbl merah tu dia tmbh buah nns..

    ReplyDelete
  33. Nk buat solok lada guna smbl ikan tu ke puan azie? Sama ke caranya? Terima kasih.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum...kak azie,saya mhn share resepi nya dan saya dh buat memang sedap.kalau jadi saya plan nak buat untuk jual pulak lpas ni,harap kak azie halal kan resepi ini untuk saya berniaga.hanya Allah sahaja yg dpat membalas nya,tqsm

    ReplyDelete
  35. Terima kasih puan azie atas resepi ni. Dah lama teringin nak buat. ^_^

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum, menyelerakan tengok resepi puan Azie. Kak Nin selalu refer website Azie. Dulu dulunya, masa Kak Nin budak budak lagi, nasi kerabu kuning tidak di makan dengan tumis macam nasi kerabu putih. Gitu juga dengan nasi kerabu hitam. Rasanya memang sedap. Malangnya nasi kerabu gini sudah pupus. Itulah, Kak Nin harap Azie boleh carikan resepi asli nasi kerabu kuning yang di makan dengan sambalnya dan share dengan kami.

    ReplyDelete
  37. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.