Iklan

Iklan Nuffnang

18 Jan 2014

Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal




Resepi ini saya pelajari dari Linda kawan sepejabat saya selepas melihat resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal saya di SINI. Linda selalu mengikuti blog saya dan akan memberi komen atau pandangan beliau melalui email. Saya telah membuat sedikit pengubahsuaian dari resepi asal Linda dengan memasukkan sedikit belacan. Kata Linda, lebih sedap kalau dimakan bersama sayur tumis air dan nasi putih panas panas. Atau jika suka boleh juga dimasukkan sedikit santan dan masak sehingga sambal pecah minyak. Mana mana pun boleh. Ikutlah selera dan citarasa masing masing. Saya membakar menggunakan kuali ajaib. Bila dibakar menggunakan kuali ajaib ni dah macam goreng juga sebab minyak dari sambal akan keluar sedikit. Bezanya ia tidak digoreng dalam minyak yang banyak seperti biasa. 

Memang sedap sangat ikan bakar bersumbat sambal ni. Saya cuma menyediakan Sotong Masak Kicap untuk dihidangkan bersama Ikan Bakar Sumbat Sambal ini. Hidangan ringkas ringkas sahaja. Yang penting ianya disukai oleh anak anak.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.



Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Bahan bahan:
4-5 ekor ikan cencaru - belah belakang
1 senduk (5-6 sb) cili kisar
1 biji bawang besar
3-4 bawang putih
2 batang serai - potong-potong
1 inci halia
Sedikit belacan bakar - jika suka
Beberapa tangkai daun kesum - jika suka
Asam keping
Gula
Garam

Cara cara:
Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar dan tumiskan sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili betul betul masak. Bila dah pecah minyak masukkan gula dan garam secukup rasa.  





Masukkan daun kesum dan sedikit asam keping atau air asam jawa. Masak sehingga kering dan garing.

Bila sambal dah masak sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam pemanggang ikan ajaib/kuali leper. Kalau nak sedap lagi bungkus ikan dengan daun pisang/daun kunyit.






Sedap jer dimakan dengan nasi panas dan bak kata Linda, makan dengan sayur tumis air.... memang laju jer makan....

Nota:
Ikut kesesuaian banyak mana sambal yang hendak dibuat..... kalau mahu banyak sambal gandakan bahan bahan.

Boleh juga diletakkan sedikit santan jika suka. 

Selain disumbat, boleh juga separuh dari sambal dilumur pada ikan dan setelah dibakar, tuang separuh lagi sambal ke atas ikan dan dihidangkan.




13 comments:

  1. Ooo. Masak dulu eh sambal tuuu. Hehe. Biasa mama biay lepas tumbuk sumbat terus. Yg resepi ni nmpak lg menarik!!! ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina,
      Resepi yang biasa saya guna pun macam tu gak. Lepas tumbuk macam sambal belacan, terus sumbat. Tapi yang ni lain sikit. Sambal ditumis garing dan ikan hanya dibakar. Bolehlah cuba versi ni pulak utk pelbagaikan masakan kita

      Delete
  2. fuhh nampak sedap bole try ni

    ReplyDelete
  3. sedap nye...salah satu makanan kesukaan tp selalu yg mak masak. Mak sya selalunya x masakkan dulu sambal..Terus sumbat dalam ikan. Selalunya ringkas je bahan sumbat spt cili kering, bawang, serai, garam..terus bakar

    ReplyDelete
  4. Hmmm...nampak macam sedap....

    ReplyDelete
  5. cli kisar ni..cli kring or cli hdup?

    ReplyDelete
  6. I need to try this recipe. ..to azura Ibrahim-guna kan Cilibo...

    ReplyDelete
  7. Wah..sedapnya akak..nak cuba la..Hihihi
    Salam perkenalan dari saya nisak..
    Jemput singgah blog saya juga ye.

    Www.wanisak.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. sy dah cuba.sedap. umi sy pn ckp sedap..
    sy emg ore klate & ska masakan kelate.
    thanks akk for the recipe..

    ReplyDelete
  9. Bakal dicuba hari ni! Harap menjadi. Tapi kuali ajaib saya dah tak berapa ajaib. Asyik hangit ja. Kena letak minyak juga.

    ReplyDelete
  10. Sedang Cuba kak...baunya sangat wangi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.