Iklan

Iklan Nuffnang

10 Jan 2014

Ikan Cencaru Sumbat Sambal




Kena akui bahawa pengetahuan manusia sangat terbatas menyebabkan manusia mudah bersangka sangka. Yang diam dikata sombong atau paling teruk dikatakan sebagai bodoh. Yang banyak bercakap dikatakan peramah atau pandai. Sebaiknya kita jangan mudah membuat penghakiman pada orang lain dengan hanya melihat dari luaran. Lagi pun, siapalah kita selain insan yang penuh dengan kelemahan. Islam menganjurkan kita mengembirakan orang lain, apalagi mereka yang ditimpa musibah. Bukan dengan menambah menyakiti dan merendah rendahkan mereka. Lagi satu yang saya perhatikan, ada orang yang sangat baik di mata kasar akan hubungan dengan Allah tapi hubungan dengan manusia sangatlah lemah. Tidak tahu menghormati ketua, tidak menjaga hubungan dengan jiran, bersikap memandang rendah dan memperlekehkan pada orang lain. Janganlah nanti orang sebegini termasuk dalam golongan munafikun yang pada pandangan kasar nampak alim dan beragama tetapi hakikatnya penuh dengan kepuraan puraan apabila ilmu yang dimiliki tidak dipraktikkan. Dalam surah Al Baqarah ayat 1-10 diceritakan berkenaan jenis jenis manusia iaitu golongan mukminun, kafirun dan munafikun.
 
Kita tinggalkan kisah ragam manusia dan saya nak beralih pada topik masakan pula. Hidangan rezeki untuk keluarga. Di samping Gulai Lemak Ayam di SINI, saya juga menyediakan  ikan Cencaru Sumbat Sambal yang kali ini menggunakan cili kering kisar. Inilah kali pertama, saya menggunakan cili kisar untuk ikan sumbat sambal. Kebiasaannya, saya menggunakan cili merah hidup sebagai sambalnya. Tapi kali ini, stok cili merah dalam peti sudah kehabisan. Itulah pasal saya menggunakan cili kisar untuk resepi kali ini. 

Ikan cencaru sumbat sambal adalah salah satu dari lauk kegemaran anak anak. Memang cepat jer licin dalam pinggan. Ini adalah antara lauk yang disukai oleh semua anak anak kami. Jadi memang tak perlu risau kot ada yang tak makan pulak. Haa tapi 2 gambar atas dan bawah dalam entri ini adalah gambar Ikan Cencaru Sumbat menggunakan cili merah hidup kerana gambar yang menggunakan cili kering kisar tak cantik. Jadi saya guna gambar yang lebih cantik. Boleh lah ya... Gambar yang dalam cara cara penyediaan ialah gambar menggunakan resepi dalam entri ini.


 
Ikan Cencaru Sumbat Sambal
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.

Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.

 


Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.




Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing. 



27 comments:

  1. sedapnya..kak zie..teringat ko mama ni

    ReplyDelete
  2. assalam auntie zie...
    kalau saya, saya akan masukkan sdikit jintan manis n serai....akan bertambah wangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Mazni,
      Insya Allah, lain kali boleh cuba masukkan jintan manis dan serai pulak. Satu kelainan ni

      Delete
  3. Memg xtumbuk cili besar ke kak azie???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 jenis. Satu saya hanya guna cili besar yg tumbuk macam sambal belacan cuma masukkan bawang merah. Yg ni pulak, guna cili kering kisar

      Delete
  4. Tambah daun limau purut/serai..tumis sambal letak ats ikan lg nyummyyy....

    ReplyDelete
  5. ya allah tgugat iman bila jauh dari negara tcinta....sdap nyeeeeeee

    ReplyDelete
  6. mumme singgah sini peep resepi ikan sumbat....

    ReplyDelete
  7. nak buat resepi ni ptg ni..simple! tqvm ;)

    ReplyDelete
  8. Allah..kak..saya dah terpotong kulit keras ikan tu..agak2masih boleh jadi tak ye sumbat2 ni?:)

    ReplyDelete
  9. Sis...x terkeluar ker sambal dari ikan tu bila goreng nt?Mak saya kt kg guna tali dr batang pisang utk mngikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa rajin, saya lilit dg benang. Tapi dah lama lama, pandai adjust sendiri. Bila goreng tak trkeluar pun

      Delete
    2. Pandai adjust sndr tu maknanya isi x melimpah ke.atau minyak sikit, goreng belah ada sambal atau xde dulu.sy selalu buat, sambal terkeluar dan jadi hangit

      Delete
    3. Sy buat celup dlm telo.. mse goreng jgn balikkan ikan belah ade smbl. Pusing yg belah xdk smbal. Slow2 je.. isi xkn kua.

      Delete
  10. Assalam...

    Blog kak azie ni slalu jadi rujukan sy bile buntu nak masak...tq..
    Jemput jenguk blog saya ye...tq

    ReplyDelete
  11. kak zi, banyak resepi dari akak i dah cuba buat.maklumlah orang baru nak beljar masak.Simple and plg penting cepat disiapkan.Rasa pon Ummmpp!!

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.Nanti Nak TryLah Hehehe.Btw Thankz Sis Ilmunyj 😚

    ReplyDelete
  13. Pok cik pon nk try lol..adjus ape yg perlu.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. tm kasih kak azie..sy nk try buat..biasa tgk mak aje yg buat..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak azie..resepi dr akak antara resepi terbaik yg sy dah cuba..resepi ikn sumbat sambal antare menu wajib cuba..terima kasih kerana berkongsi ilmu masakan..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah. Blog ni memang slalunye x mengecewakan. Just nk refresh resepi. Pernah jgk buat tp x sesedap air tangan mak kt kg...hu3.... tq kak Azie.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.