Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

9 Apr 2013

Ayam Panggang Blackpepper





Bila teringatkan di dalam peti ais ada setengah ekor ayam yang hubby beli semasa menyediakan Nasi Ayam Paling Sedap di SINI, saya pun buatlah Ayam Roasted Blackpepper yang resepinya saya salin dari satu facebook tapi dah lupa facebook siapa. Menyediakannya sangat mudah. Sediakan bahan perap dan perap lama lama. Lagi lama lagi sedap. Lepas tu bakar. Sebab saya membakar ayam tanpa dipotong, jadi saya bakar memang agak lama dengan suhu yang perlahan supaya ianya betul betul masak. Sekali sekala, saya keluarkan dari oven dan siramkan dengan minyak supaya ianya tidak kering. Banyak masa untuk menunggu, jadi cukup mudah, kan? Sambil menunggu, saya berehat rehat di ruang keluarga. Sunyi sepi rumah ini, lagi pulak saya tidak suka menonton TV. Lagilah sunyi jadinya.


Ayam Panggang ini hanya dihias ringkas sahaja. Tak ada makna nyer, bukan hias apa pun cuma letak hirisan timun jer. Saya sebenarnya suka tengok gambar gambar masakan yang dihias cantik seperti blog masakan yang lain. Tapi saya memang tak berkesempatan kerana sedang dimasak, anak anak sudah tunggu di dapur untuk makan. Sempat snap gitu jer, lepas tu pinggan tu terus diletak atas meja untuk terus dihidangkan. Agaknya kalau saya sudah tidak bekerja, bolehlah saya peruntukkan masa untuk membuat props dan sebagainya. Saya memang minat fotografi tapi yang bodoh bodoh jer. Minat bergambar dan minat ambil gambar. Haa itu rasanya lebih tepat. 

Oleh kerana saya telah menyentuh bab kerja, dari pemerhatian saya adalah amat sukar untuk mencari sahabat setia di pejabat. Ramai yang hanya manis di hadapan kita. Walaupun nampak sepertinya ada pengetahuan agama namun umpat mengumpat, mengadu domba masih tidak dapat dibendung. Peringatan ini untuk saya sendiri juga. Mengata di belakang sesama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan, tetap dianggap mengumpat. Lebih jelik bagi orang Islam yang suka menjatuhkan sesama Islam. Apakah tidak percaya Allah akan menjaga rezeki masing masing? Bayangkan kalau berpuluh tahun kita bekerja, berapa banyak dosa mengumpat yang telah kita kumpul. Kiralah sendiri dan jangan ingat bermaafan secara tradisi di hari raya boleh melenyapkan segala dosa. Jangan ingat yang saya belum atau lambat lagi mati kerana kematian boleh menjemput kita bila bila masa sahaja. Saya yang sedang sakit juga tidak ingat akan mati sebaliknya ingat mahu sembuh. Beberapa hari berada di rumah, tidak memberi ruang untuk saya mendapat dosa mengumpat atau mendengar umpatan. Jadi jika anda suri rumah atau pesara, bersyukurlah kerana hanya pahala yang dikutip setiap saat jika semua kerja rumah dilakukan dengan ikhlas serta punya ruang untuk duduk lebih lama di tikar sembahyang.

OK lah harap apa yang dipaparkan di sini dapat lah juga melayan mata dan menghiburkan kita semua, ya. Kalau ada yang nak mencuba, bolehlah salin resepi di bawah ini. Serius sangat sedap dan berbaloi baloi... 



Ayam Panggang Blackpepper

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong suka hati
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.




Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Saya bakar lama dalam 1 jam dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa.





Nota:
Boleh juga dimasukkan ubi kentang, karot dan dibakar bersekali. 





42 ulasan:

  1. Azie, this roast chicken looks so delicious! I like your simple plating. You are so right about office gossip and back-stabbing. Best thing is to avoid, I don't like that kind of thing too.

    BalasPadam
  2. It is simple and yet delicious, dear. You shd give it a try. Yes, I hate the people who like to backstab others

    BalasPadam
  3. As salam dear...mengancam ayam panggang azie ni, tengok gambar pun dah terliur ..insya Allah boleh cuba. Banyak2 sabar azie, segelintir manusia ni ada yang tak boleh tengok orang lebih darinya seakan semburu..ermm kalau di hati tersematnya irihati dan buruk sangka tentunya ada saje yang tak kena. Biarlah siapapun kita pada su budi bahasa dan berbaik sangka itulah dipandang dan diingati. Semuanya ini pinjaman sementara je yang Allah berikan. selalunya kalau su bila berhadapan dengan orang yang suka mengumpat ni su istigfar je dalam hati, Kesian pada orang yg suka mengumpat dan mengadu domba ni sebab mereka menginiaya diri mereka sendiri semuga Allah memberi mereka pentunjuk sebelum terlambat..

    Be safe.
    Love

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Really appreciate your advice. Walaupun dah tahu, sometime we need to be reminded again and again. Terhibur hati membacanya

      Padam
  4. Assalamualaikum...nampak sedap sangat ayam ni...Simpan resipi dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan lah sedap ala ala Kenny Rogers

      Padam
  5. Salam Kak Azie
    Saya tertanya-tanya, agaknya boleh tak saya guna pemanggang ajaib untuk masak ayam ni..memang nampak sangat menyelerakan..
    Di ofis memang sentiasa terganggu dengan suara-suara di belakang ini. Kalau saya, saya lebih suka berdiam saja, kalau dengar pun malas nak komen..nak elak suah pula..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh kot sebab steaknpun boleh dibakar dalam tu juga. Mmang lah kan. Saya kadang kadang dalam tugas harian, terpaksa bercakap pasal orang lain. Sedaya mungkin, nak cuba elakkan dari mengumpat, takut sgt dengan larangan Allah ini.

      Padam
  6. Ayam tu nampak juicy jerk dan tak terlalu kering.. yummy !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak lebih juicy, kurangkan masa membakar. Saya bakar agak lama dengan api perlahan dan selalu disiramkan minyak supaya tidak kering

      Padam
  7. As salam kak azie.. lama x jenguk blog kak azie.. kak azie dah sihat ke? terkejut sy bila baca catatan akak kat ward tu.. semoga akak diberi kesihatan yang much much much better utk hari ini dan akan datang.. amin... berbalik pada coretan akak pada sahabat setia mmg totally correct!! sy sokong sgt2.. sy pn dh merasai nyer berada di dunia pkerjaan G sector.. mmg perasaan hasad dengki, manis mulut di depan, belakang kita umpat, mgata kita.. entah lah agk ssh nak mmuaskan hati semua org.. pgalaman bkeje di private sector lg baik rasa nya.. kawan2 yang truly honest bkawan dgn kita..sampai skrg sy rindukan kmesraan psahabatn begitu selain psahabatan yg akrb di waktu bgelar student.. ok lah kak azie.. Ayam Panggang Blackpepper totally mabeles!!!! :)

    salam org pantai timur,
    izati-kemaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Izati,
      Itu sebab Allah memberi peringatan kpd kita tentang dosa mengumpat kerana Allah Maha Mengetahui kelemahan manusia yg suka bersifat hasad dengki dan iri hati. Kadang kadang rasa takut kerana di dalam tugas harian, kita ada melakukan perkara ini selagi kita berurusan sesama manusia. Kita sendiri juga lemah namun kena tanamkan kebencian kita kita kpd perangai buruk ini.

      Padam
  8. Tadabbur ayat-ayat suci Al-Qur'an

    Firman Allah yang bermaksud:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
    (Surah Al-Hujurat, ayat 12)

    "...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...(Surah Ar-Ra'd)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank Tuan Haji for the reminder. Your are right, mengumpat adalah umpama memakan daging saudara sendiri.

      Padam
  9. kak Azieeeeeeeeee

    nampak sangat sedap la ...nanti Moon nak cuba laaaaaaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap gileeer ni, Mooon. Cer buat cer buat, nnt rasa sendiri

      Padam
  10. Hi, just to singgah here to say Thank you for sharing your Nasi Kerabu Kelantan. I tried the other day, it was very yummy..I shall post it soon. Ayam panggang black pepper Nampak sedap juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear,
      This roasted chicken can go along with nasi kerabu. Do both at the same time, trust me. It is a great combination.
      Thanks for visiting my blog

      Padam
  11. Looks delicious, must be very flavorful!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baby,
      It is very tasty. Sould try and give comment

      Padam
  12. Kak, telan sir liur..
    Mcm nak buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, jgn macam macam, buat jer. Serius sedap. Boleh ratah gitu jer

      Padam
  13. salam kenalan kak azie?saya peminat blog kakak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teeima kasih peminat blog Azie. Haaa sebab tak nak letak nama. Tak tahu nak address apa. Thanks for the support

      Padam
  14. salam kak.. saya dah cuba resepi cuma buat versi saya.. thanks ye.. mmg sedap :)

    BalasPadam
  15. kak azie, saya buat akak punya resepi malam ni..tengah perapkan..hasben kata lagi lama lagi bagus. haihh tak sabar nak merasa..terliur tengok pic ayam panggan kak azie..i follow u. thanks kak utk resepi yg simple mimple ni ^_^

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum. .. kak azie.. madu takde. Xpe ke klau x letak? Ada bahan lain leh gnti tak?

    BalasPadam
  17. kak azie terima kasih untuk resipi.saya dah buat..memang awesome lah..semua cakap sedap.daging pun sedap.lembut je isi.tq kak azie for the recipe.

    BalasPadam
  18. Wah nmpk sedp sgt,syew pmint blog akak ney..semua resepi akak mudah n sedap,bhn2 pun mudh d cry..thanks untk resepi :)

    BalasPadam
  19. Wah sedaplh kak,kak law syew tukarkn minyak zaiton kpade minyak bijan bolh x.?.Takot rasew laen lk nty :/..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum. C.azie.Kak nk cuba buat le

    BalasPadam
  21. Terima kasih Cik Azie untuk nasihat dan resepi yg ikhlas.. saya selalu buka blog Cik Azie utk tgk resepi sebab semua resepi yg Cik Azie bg mmg menjadi.. terima kasih Cik Azie dan halalkan semua resepi yang saya ambil.

    BalasPadam
  22. Salam azie... nk tanya mcm mana teknik siram minyak tu... saya baru buat bisnes kebab. Guna dada. Tp mcm agak kering... boleh bantu saya..? Trima kasih azie.. kalau senang mohon whtas app 0126584840 zairi. Tq...

    BalasPadam
  23. Salam Kak. Saya dah buat resepi akak ni memang sedap alhamdulilah. Nak Tanya kalau ayam black pepper ni sedap ke kalau dimakan dengan nasi ayam? Terfikir nak perap ayam dengan SOS yang akak ajar ni. Tq ye kak

    BalasPadam
  24. K.zie, bakar dlm oven @ microwave @ pemanggang ajaib? Brp suhu & masa agk2? Kalo pemenggang ajaib sy x pernah lg cuba. Btw tq share resepi 😄

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum kak... Trima kasih share byk resepi..sy dah lama praktik masak guna resepi2 akak...minta halalkn ilmu resepi yg akak share ye.. 😊 glad to let u know that I've started cooking by using ur recipes

    BalasPadam
  26. Salam akak,terima kasih ye sbb slalu kongsikan resepi..saya selalu cuba pelbagai masakan oleh azie kitchen sbb memang sedap..minta halal ye sis..

    BalasPadam
  27. Terima kasih share resepi..boleh cuba.. jemput singgah blog sy ea..
    Dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.