Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

7 Mac 2013

Tempahan Chicken Pie Untuk Mesyuarat Jabatan Di KWSP


   




Sebelum saya meneruskan coretan berkenaan tempahan Chicken Pie, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog Azie Kitchen yang telah memberi kerjasama untuk klik iklan Nuffnang di blog saya. Ianya telah menunjukkan peningkatan. Sejak mempunyai blog sendiri hampir setahun, saya tak pernah mengambil apa apa inisiatif untuk meningkatkan jumlah unique visitors blog saya kerana saya berblog hanya secara suka suka sahaja. Tapi selepas terbaca berkenaan bayaran yang diterima kawan kawan blogger, baru terfikir kenapa saya tidak berbuat sesuatu supaya hasilnya dapat disalurkan ke rumah rumah anak yatim, rumah tahfiz dan sebagainya. Macam orang kata lah, sambil menyelam minum air. Sambil berblog samada yang menulis atau yang membaca, kita boleh membuat amal jariah pada masa yang sama. Haaa gitew lah kira kiranya.


Sekarang kita tukar pada topik entri saya pulak. Hari selasa yang lepas, saya menerima email  dari Noor yang ingin menempah Chicken Pie dan meminta nombor hp saya. Saya membalas dengan menulis yang saya hanya ingin fokus pada tempahan kek dan cupcake sahaja. Beberapa minit kemudian, Noor menelefon saya bertanyakan berkenaan tempahan chicken pie. Saya memberitahu yang agak susah sedikit jika tempahan pada hari bekerja kerana anak anak sudah bekerja dan berjanji akan menelefon semula. Tetapi saya mula merasa tak sedap hati pula untuk menghampakan harapan Noor. Tambahan pula, pejabat kami hanya berdekatan. Jadi saya menghantar mesej memberitahu yang saya bersedia mengambil tempahan chicken pie. Balik dari pejabat hari tu, saya mengajak Nelly untuk menemani saya ke Giant untuk mencari bahan bahan yang diperlukan. Tapi yang menjadi masalahnya ialah puff pastrinya tak ada di Giant tapi Nelly berjanji untuk mencari di Jaya Grocer berhampiran dengan pejabat beliau. Semalam selepas mencari di beberapa tempat, masih tak menemuinya jadi saya meminta Nelly membeli pratha jenama Kawan sahaja. Jadi saya agak tidak berpuas hati sedikit dengan pastri hari ini.

Chicken pie adalah makanan kegemaran Aween dan telah banyak kali menyediakannya. Boleh klik di SINI dan SINI. Terima kasih pada Noor yang telah memberi kepercayaan pada saya untuk menyediakan Chicken Pie bagi hidangan mesyuarat jabatan di tempat beliau bekerja. Yang menjadikan saya lebih terharu, apabila diberitahu yang beliau mencari sesuatu yang lebih istimewa untuk hidangan mesyuarat bos bos beliau. Itu juga antara sebab yang saya tak sanggup untuk menolak tempahan Noor. Harap Noor berpuashati dengan Chicken Pie yang disediakan ini walaupun pastrinya agak kurang memuaskan. Apa apa pun, anak anak saya yang makan malam tadi memberi feedback yang Chicken Pie ini tetap sedap...




Pai Ayam Melbourne
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Untuk inti pai (filling):
1 cawam isi ayam - hiris nipis
1 cawan cendawan butang- hiris nipis
1 tin sup cendawan butang Campbell
1 tin (kecil) kacang pis
1 biji karot - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 sb serbuk lada sulah
2 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)
Secubit garam

Untuk pastri :
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air

Saya guna:
Kulit roti pratha jenama kawan

Cara cara:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.

Masukkan sup cendawan Campbell, cendawan butang, ubi kentang, kacang pis dan lada sulah. Masukkan sedikit air dan kacau sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.

Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu.

Tuangkan isi pai yang dimasak tadi ke atas base pai. Tuang agak banyak supaya nampak cantik dan mengelak menjadi kecut setelah masak.

Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakkan di atas isi pai sebagai lapisan atas. Sapukan keliling pastri dengan sedikit air sebelum diletak lapisan atas. Tekan dengan hujung garfu supaya bercantum kuat. Kemudian menggunakan pisau atau gunting, buang lebihan pastri keliling pai.

Sapukan sedikit kuning telur yg dikacau dgn 2 sk air utk mengilatkannya. Cucuk dengan hujung pisau untuk membolehkan stim keluar ketika dibakar.

Bakar menggunakan suhu 200C selama lebih kurang 25-30 minit atau sehingga pastri masak. Bakar pada jarak 1/3 dari sebelah atas ketuhar kerana pai memerlukan suhu bahagian atas yang agak panas.  Elok diguna kipas oven supaya pastri naik dan rangup.

Nota:
Supaya kulit pai sentiasa kekal rangup, pastikan isinya tidak cair atau terlalu berair kerana ianya membuatkan lapisan bawah pastri menjadi kembang.

Pai berlebihan boleh disimpan di dalam bekas bertutup dan diletak dalam peti sejuk. Keluarkan sebelum dimakan dan bakar selama 10-15 minit atau panaskan di dalam oven microvave.



11 ulasan:

  1. As salam and morning k.azie!
    Baca je tentang chicken pie ni je dah rasa terliur he2, klu sis yang masak pasti sedap. Su pun buat pakai jenama kawan tetapi tidak pernah lagi guna pratha dan pastri sendiri, kena cuba ni.

    Insya Allah kalau kita mempermudahkan urusan orang lain pasti Allah akan mempermudahkan urusan kita.

    Thanks sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna pratha, tak berapa gebu. Kena cari kulit pastri baru lah gebu berlapis lapis

      Padam
  2. kak zie kalau nk beli puff pastry boleh membelinya di yen bakeri puchong serta yen tmn tun @ yen taman mayang dipj...dkt lrt kelana jaya..selalunya dtg dlm pek yg besar..memang baik utk jualan sbb besar kakak..andai tiada di giant etc..hrp info ni boleh membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pastri ni kita boleh beli dan simpan dalam freezer. Bila bila nak membuat kuih menggunakan pastri, semua sudah tersedia.

      Padam
  3. Kakak,

    Do you have a domestic helper at home to assist you with house cleaning and other chores? Saya kagum akak boleh buat chicken pie walaupun pada hari kerja. Saya memang tak boleh, nanti stress dan output pasti tak memuaskan...

    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Sally, we decided not to have a maid. All house works are done together with hubby and children

      Padam
  4. Kak Azie, sorry nak tanya lapisan atas canai 2 cm ke atau 2 mm. 2 cm sounds quite thick.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin typing error. Tak pernah pun measure, main agak agak jer

      Padam
  5. Hi Azie, I came back to look at the picture of your pies :) So you used roti paratha in place of puff pastry? That's quite a good idea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, dear or returning. Yes, I used pratha as I could not get puff pastry. But it is quite hard to manage as it gets too soft when exposed under room temperature

      Padam
  6. salam kak azie nak tanya, pie kebiasaannya kalau org order untuk esok pagi, buatnya waktu bila ya..dan tahan berapa lama kalau disimpan dlm fridge.

    tq

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.