Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 29 April 2012

Chicken Pie Yang Sangat Sedap





Selain Blueberries Cheese Tart yang saya buat sebelum ini, Aween juga meminta saya membuatkan Chicken Pie yang memang digemarinya. Rujuk di SINI untuk melihat resepi Blueberries Cheese Tart.  Kalau di bulan puasa  cafe di pejabat saya ada menjual chicken pie di sebelah petangnya. Biasanya saya akan beli sehingga 10 biji setiap kali kerana tahu anak anak semua suka chicken pie.

Beberapa hari lepas, cafe ada pulak menjual chicken pie untuk hidangan petang. Sahabat saya Rohaya bertanya kalau saya ingin membelinya kerana dia tahu yang selalu membeli chicken pie yang banyak di bulan Ramadhan. Balik dari sekolah, Aween terus makan chicken pie yang dibeli dan berpesan supaya saya membelinya lagi.  Bila diberitahu yang chicken pie tidak dijual setiap hari, dia mencadangkan supaya saya belajar dan membuat sendiri Chicken Pie.



 
Hmmm macam mana tu? Ibu mana sekali pun tak sampai hati untuk tidak menunaikan permintaan anak anak, lebih lebih lagi bila kami akan meninggalkan mereka beberapa hari minggu depan. Saya mencari resepi chicken pie dalam google dan memilih resepi ini yang nampak sedap. Sebenarnya filling tu boleh jer dimasak mengikut cara sendiri. Campak jer apa apa yang dikehendaki. Yang penting crust resepi ini sangat sedap, cukup rangup. Rangup di luar dan lembut di dalam tapi tidak mudah terkoyak  Ini yang kita mahu untuk crust pie.

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, saya meminati fotografi walaupun belum berkesempatan mempelajarinya. Jadi saya meletak banyak gambar termasuk gambar step by step kerana saya suka melihat dan menghayati setiap gambar yang saya paparkan. Tetapi Aween banyak kali menegur supaya tidak meletak gambar step by step dan jangan letak terlalu banyak gambar. Sehinggakan template  blog saya juga minta ditukar, hmm katanya kurang sesuai. 

Pada saya satu kepuasan meneliti setiap gambar, bukan lah sangat untuk mengajar step by step yang mudah difahami tanpa merujuk pada gambar pun.  Tapi itulah kecintaan saya... saya mula berjinak dengan kamera sejak usia belasan tahun lagi, malah saya lah photographer di majlis perkahwinan abang dan kakak. Tapi kali ini, saya akur dengan komen yang diberi oleh anak remaja yang sangat kreatif itu... tiada lagi gambar step by step walaupun hati tidak merasa puas.





Chicken Pie
10 biji (acuan 4 inci)

Bahan Pastri
250 g tepung gandum
200 g butter - lembut
110 g yoghurt
1 kuning telur
1 sk gula (optional)
Secubit garam

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt. Gaul sehingga menjadi crumble. 

Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh yang sangat lembut. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya sehingga menjadi doh.

Simpan dalam peti ais selama 30 minit.

Sementara itu, bolehlah disediakan chicken pie filling. 

Chicken Pie's Filling:
500 g isi ayam - hiris kecil
1 karot - potong kecil
1 biji green capsicum - potong kecil
1 bawang besar - potong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
120g white button mushroom - hiris
2 sb olive oil

Perap ayam dengan:
1 sb oyster sauce
1/2 sk serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sk sesame oil
Sedikit serbuk black pepper

1 sb tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
1 telur - pukul (lenser)

Panaskan minyak olive. Tumis bawang  putih dan bawang besar sehingga wangi.

Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.

Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak. 

Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.


Membuat Pie:
Panaskan oven pada suhu 180C.

Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm  (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai  yang ditabur tepung.

Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.

Sudukan inti ayam ke dalamnya.




Tutup permukaan dengan sekeping doh lain dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu supaya kedua dua doh melekat.

Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar.

Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi. 
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi keperangan.





Bolehlah dihidangkan sewaktu panas panas. Tengok gambar gambar bawah ni .... hmmm so yummy ... saya mahukan gambar yang nampak hidup dan sharp tapi saya belum berhasil.


 
 


Enjoy.....


25 comments:

  1. Patang Azie,
    sedapnya dapat makan chicken pai yang comel gebu.... rajin Azie mengepai ye... terliurrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap lah, Amie. Sementara I nak pergi bercuti, cubalah penuhi permintaan anak bongsu kami tu. Selain tu seronok juga dapat cuba mengepai ni. First time buat pie.

      Delete
    2. kite bakar dlm oven gune api atas dan bawah ke?

      Delete
    3. Ya. Atas dan bawah

      Delete
  2. Hi kak azie..ala..saya baru nk tgk cara k.azie masak chicken pie ni..actually walaupun resepi dia x susah tapi lebih puas kalau dapat tgk cara buat sekali..pity me..hehe..anyway mcm nk try jugak la resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ee, I pun bila tengok blog atau magazine, suka sangat tengok gambar step by step selain untuk memastikan kita mengikut cara yang betul, juga kerana suka melihat gambar gambar bahan bahan diguna, cairan yang sedang tercurah. Tapi I letak juga gambar dalam proses memyediakannya kerana suka dengan gambar spt itu. Tak apa, kalau tak pasti, boleh tanya. Insya Allah, I boleh kongsikan

      Delete
  3. sy pun suka kalau kak azie tunjuk cara masak step by step mcm dulu. lebih puas tengok dan lebih bersemangat ingin mencuba.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Amsal, thank you for visiting my blog. Juga terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk menulis komen di sini. Komen tersebut pasti menceriakan lagi blog saya. I pun memang minat melihat gambar step by step. Kalau blog yg ada step by step, I akan tengok gambar satu persatu. Memang mengasyikkan....

      Delete
  4. Salam Kak Azie...sedap nampak pai tu..pagi tadi tergoda tengok cheese tart..dah beli barang2..harap2 projek menjadi la.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi CW. Terima kasih kerana melawat dapur Azie pagi ini. Saya pun tengah teruja nak buat tart lagi. Tapi kali ini nak buat tart telur pula. Dan ingat nak buat tart shell tu banyak banyak dan simpan dalam freezer. Lain kali nak buat tart, tinggal buat inti saja. Cuba CW buat kulit lebih sikit.

      Delete
  5. As'alam Azie

    suka makan chicken pai, tapi tak pernah buat pun..hehehe InsyaAllah ct akan cuba resipi dari Azie ni mohon halalkan ya Azie. terima kasih segalanya Azie sebab tiada rasa jemua singgah DDCT..Alhamdulillah.

    sebenarnya kalau Azie nak letak gambar step by step elok juga Azie, just letak tulisan di SINI dan bila orang klik kat situ akan keluarlah gambar2 tu senangkan, ct bagi idea aje terpulanglah pada Azie hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. CTTTT! seronok nyer kerana CT datang berkunjung ke dapur saya. BErbesar hati sangat. Banyak benda nak kena belajar dari CT ni. Skrg dah mula ambik gambar tepi tingkap. Kalau dulu, asyik fokus pada masakan jer. Saya suka tengok close up photo. Anak saya kata, mama jangan lah asyik ambik gambar dekat dekat, tengok blog Dapur CT ni, macam ni lah cantik. Aduh Dapur CT lagi. Rasanya nak jer terjah rumah CT waktu dia sedang mengambil gambar gambar.

      Haa macam mana nak buat tu CT? Link di SINI tu pergi ke mana? Maknanya kita kena taip dan letak gambar step by step tu di mana? Page step by step tu tak dipublish by itself ke? Banyak tanya pula ya. Ini ilmu baru untuk saya ni.

      Delete
  6. salam Azie...,

    saya suka tgk blog azie ni...sbb cara azie terangkan tu step by step...menyenangkan saya yg masih dlm proses belajar...harap2 selepas ni azie akan kembali kpd konsep dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maisara, terima kasih kerana menyukai cara dan persembahan saya sebelum ini. Terima kasih juga kerana sudi mencoret sepatah dua kata di sini. Really appreciate it. Nanti I pertimbangkan sebab saya sendiri memang asyik dan ralit melihat gambar gambar step by step seperti santan mencurah, tepung bergaul dsb. Gambar gambar yang dipapar dalam entri pie tu, banyak diambil oleh anak saya, Aween juga.

      Delete
  7. Salam Cik wan, lama tak jenggah sini mak aiii.. semuanya menggoda iman sayalah... kalau dapat buat minum petang dengan teh panas2 ni alahai...sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balqis, ini bukan dapur cik wan. ini blog Azie Kitchen. salah masuk ya

      Delete
  8. Replies
    1. Ini menggunakan pastri yang saya buat sendiri. Tapi anak saya suka yang macam roti canai tu, berlapis lapis pastrinya

      Delete
  9. akak. maaf tapi nak tanya. nak buat doh tu. boleh gune mixer ke? or just simply kacau gune tangan je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,kalu tk buh yogurt bole ker?aziean

      Delete
    2. Boleh jer tapi pasti rasanya tak sama dengan jika kita menggunakan yoghurt

      Delete
  10. Sis Azie,wow...yummy....nak cuba buatlah....tq atas perkongsian ilmu.Semoga ilmu sis semakin bertambah dan diberkati.Amin....

    ReplyDelete
  11. salam, sy dah cuba tp the dough turns out terlampau lembik..kenape ye agak2nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lembik tambah tepung sikit.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.