Klik Iklan Dulu

Sunday, 13 January 2013

Kek Karamel Untuk Zatul





Kek karamel ini disediakan atas permintaan Zatul bersama sama dengan Cotton Soft Japanese Cheesecake untuk makan makan di pejabat beliau. Bila mendapat tahu yang Zatul ingin menempah Kek Karamel untuk dimakan sendiri, saya terus menghantar mesej memberitahu yang kek ini saya berikan untuk dia. 

Untuk rujukan di masa masa depan, saya ingin catatkan di sini penyediaan Kek Karamel menggunakan resepi yang menghasilkan lapisan karamel yang tebal dari yang pernah saya buat di SINI. Walaupun saya melihat gambar gambar yang dipost oleh kawan kawan, macam lebih tebal dari apa yang saya hasilkan, namun bila dibandingkan dengan resepi sebelum ini, saya harus berpuashati.

Jom layan gambar gambar yang diambil semasa penyediaannya. Saya menyediakannya dah petang iaitu sebaik balik dari pejabat, jadi gambar gambarnya tidak berapa cantik kerana terpaksa bergantung kepada lighting di dapur sahaja. Resepi yang saya gunakan kali ini adalah seperti di bawah...




Kek Karamel
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A - Gula Hangus
2 1/2 sb gula pasir

Cara-Cara:
Sediakan loyang bulat 8 inci.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.

Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak retak dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.


Bahan B - Adunan Karamel
1 tin susu cair
60gm gula castor
1/2 sk esen vanila
2 biji telur
3 kuning telur

Cara-Cara:
Kacau susu dan gula hingga gula larut. 
Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan supaya tidak berbuih.

Satukan kedua dua bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.

Bahan C - Adunan Kek 
140 gm tepung gandum
60 gm gula kaster
3 kuning telur
135 ml air
45 ml minyak
1 sk baking powder

Cara-Cara:
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.

Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.

Masukan sikit sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Bahan D - Bahan Meringue
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70 gram gula castor
1 sk serbuk cream of tar-tar

Cara-Cara:
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.

Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)

Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.

Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.

Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.




Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal awal memang akan terapung di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap)




Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna. 

Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapisan warna. Lorekkan atas adunan dengan lidi. Tapi jangan sampai ke lapisan telur. 


  


Panaskan oven pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja. 

Kaedah Steam Bath: 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.

Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.

Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam 10 minit atau sehingga kek benar-benar masak. 



Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. 

Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. Guna pisau kek sekeliling kek, jika mahu. Sendengkan loyang untuk mengeluarkan air karamel sambil tangan sebelah lagi memegang kek supaya tidak jatuh. Letakkan kertas tisu dapur supaya menyerap air.

Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan supaya tak terendam).




Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan di kala sejuk.



10 comments:

  1. Hi Kak,

    Such a lovely birthday cake and butterfly cupcakes.

    Saya nak tanya pendapat akak pasal tanam rumput di laman rumah. Ada cow grass, pearl grass, rumput filipina, carpet grass. Agaknya rumput mana yg bagus dan low maintenance?

    Ada bangla potong rumput di kawasan rumah saya. Hari itu ada tanya dia, berapa harga kalau nak tanam carpet grass. dia kata dalam RM5 ribu kerana perlu keluarkan sedikit tanah yg sedia ada, dan letak tanah/pasir baru sebelum tanam rumput.

    Regards,
    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling mudah dijaga ialah cow grass. Rumput carpet rumah kami dah bercampur dg rumput liar.

      Delete
  2. Kak, saya nak tanya la. Saya ada buat cake ni. Tapi bila dah siap bake and cake tu dah renggang, cake tu dlm keadaan goyang2 lagi. Tapi dia mmg dah masak. Lepas tu air caramel tu banyak. Bila saya nak terbalikkan, mesti cake tu jadi sembap sebab dah terkena air caramel. Ataupun memang akan jadi mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zafira,
      Bila test kek dg tester sebagai dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sehingga merenggang. Memang akan ada goyang sedikit sebab karamel tu lembut. Sendengkan sedikit loyang, tangan pegang kek dan keluarkan air. Selepas diterbalik, lap lap keliling kek dg kitchen paper.

      Delete
  3. Ok kak. Memang cara dia kena masukkan dalam loyang lagi besar dengan air panas eh kak. Saya guna oven biasa je. Mula2 saya ingatkan kena letak jarak skit dari loyang air panas. Ok terima kasih Kak Azie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air panas boleh jer masukkan dalam dulang biskut besar tu.

      Delete
  4. LISTEN LISTEN LISTEN!!! bukan pe, cume nk tarik perhatian si blogger yg murah hati berkongsi resepi ni. sy ade masalah dlm pembikinan kek ni. sy perasaan masa anda letak adunan kek atas karamel tu, adunan terapung, sy da cube buat 2x, tp adunan kek tetap x terapung, adunan macam tenggelam dlm puding susu karamel tu... TLG SY!! APE SILAP SY??? REPLY AS SOON AS POSSIBLE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akan terapung. Baca step by step atas sekali lagi. Telur putih betul betul kembang tak? Hingga adunan kental tak?

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.