Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

14 Apr 2012

Kek Karamel








Seperti biasa, saya membuat Kek Karamel ini tanpa dirancang. Selepas selesai memasak lauk pauk untuk hidangan makan malam, saya rasa macam ada ruang waktu untuk membuat Kek Karamel. Bukan apa, sementara tengah ramai di rumah, seronok sikit jika dapat dimakan beramai ramai. Kalau tidak, alamak saya jer lah yang akan menghabiskannya kerana budak  budak tak berapa gemar dengan kek dan kuih muih ni semua.

Penyediaan kek ini walaupun nampak panjang berjela, sebenarnya tak lah susah sangat. Kalau ada yang membantu lagi mudah tapi saya menyediakannya seorang diri, jadi bekejar juga lah ke sana sini.

Apa apa pun saya puashati kerana kek ini sangat sedap walaupun karamel yang saya hasilkan tak berapa cantik kerana memasak dalam keadaan tergesa gesa. Rasanya masa melorek adunan dengan chopstick, saya dah terdalam sangat sehingga ianya mengena karamel. Itu sebab permukaan karamel saya macam ada garisan pecah pecah, agaknya ler. Lagi pulak, saya tak tunggu lama untuk keluarkan kek ini kerana ingin menghidang pada Kak Yah dan familinya. Kalau dicuba lagi di lain kali, Insya Allah pasti menjadi dengan lebih baik. 

Tapi kalau saja saja nak membuat kek ini di lain kali, tanpa majlis tertentu, mungkin saya tak berapa berminat. Ya lah saya orang berkerjaya, saya hanya mempunyai ruang waktu yang terhad, jadi untuk menyiapkan kuih yang agak banyak proses nya ini, rasa macam banyak masa yang sepatut diperuntukkan kepada perkara lain, tak  terjadi.

Jom layan gambar gambar dan resepi di bawah...





KEK KARAMEL
Sumber: Masam Manis

Bahan:

A - Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas (tak letak)

Cara-Cara:-
Sediakan loyang bulat 8 inci.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.

Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.




B - Adunan Karamel
1/2 tin susu cair (susu sejat)
70 gram gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Cara-Cara:-
Kacau susu dan gula hingga gula larut. 
Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.

Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.

Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )





C - Adunan Kek 
70 gram gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-Cara:-
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.

 
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


D - Bahan Meringe
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70 gram gula castor
1 sudu teh serbuk cream of tar-tar

Cara-Cara:-
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.

Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)



Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.


Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.

Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.


Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)





Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna

Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

 
Panaskan oven terlebih dahulu (panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)


Kaedah Steam Bath: 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.

Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi

Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.

Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. 

Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.

Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)

Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.

Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.






 


13 comments:

  1. knock..knock....
    balQis datang nak satu slice....
    he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha slekan slekan. Silakan silakan.

      Delete
    2. Balqis, jemputlah makan. Makan sejuk sejuk lagi sedap

      Delete
  2. aduhh takde yang buka pintu ni Qis akak pun nak jugak kalau boleh 4 slice sorang satu anak beranak..heheeee

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Noor, sedap sangat. Kalau dimakan dengan ais krim, rasanya lagi nyaman, bah

    ReplyDelete
  5. ada ni aiskrim tapi kek ni tkde pulak zie nampak nya kena buat jugak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jangan tak buat ya, Kak Noor

      Delete
  6. Rasa nya kalau Noor buat mesti cantik sebab kerja kerja Noor selama ini halus dan berseni. Cara Noor ambik gambar pun membuat orang yang melihat nya menjadi terliur sangat.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nampak kek ni.Nanti i pun nk cuba buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek nya yang berwarna meriah menambahkan selera kita. Kak Ina, kalau nak buat, biar puding tu tebal sikit dengan tambah susu dan telur

      Delete
  8. HMMM.. nampak sedap sungguh, nak cuba gak nii, akak memang suka makan, boleh tak simpan resepi azie ni dalam blog akak..t.q

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.