Iklan

Iklan Nuffnang

3 Nov 2012

Kek Karot Dr Nana Ain Yang Sangat Sedap






Sebenarnya dah lama saya teringin untuk makan Kek Karot lagi setelah lama tak membuatnya sendiri ataupun membelinya di kedai. Hubby pun dah beli karot seperti yang saya minta. Tapi satu demi satu karot tu saya gunakan untuk memasak sayuran atau pun dimasukkan dalam nasi goreng. Sementara Nana ada di rumah, saya minta dia membuatkan kek karot, lagi pulak kawan kawannya akan datang bermalam sebelum mereka bercuti ke Singapura pada pagi Ahad. Bolehlah dihidang sebagai hidangan petang kawan kawan Nana juga nanti.








Setakat ini saya telah mencuba 2 resepi untuk Kek Karot iaitu resepi ini yang pernah Nana buat sebelum ini di SINI dan resepi yang keknya saya sediakan sendiri di SINI. Cuma dulu Nana tak memasukkan walnut kerana tiada stok. Kedua duanya sama sama sedap, cuma saya lebih suka jika kek tersebut tanpa walnut. Saya suka sangat makan Kek karot kerana kandungan karot di dalamnya lebih baik untuk kesihatan berbanding dengan kek biasa. Jadi kalau ke mana mana kedai kek, saya pasti memesan Kek Karot. Hmm tidaklah rasa bersalah sangat selepas memakannya....

Jom tengok resepi Kek Karot yang disediakan oleh Nana dengan dibantu adik adiknya tengah malam tadi....






Kek Karot Nana Ain

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.


Cara cara
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
2.Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3.  Masukkan karot, walnut dan kismis.
4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
5.  Sapukan cream cheese apabila telah sejuk.   






25 comments:

  1. yummy~best2;)
    bestnyaaaa kalau rajin buat kek..huhu~
    ni rajin makan je..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, i pun tak rajin juga sebab memikirkan tak ramai yang suka makan kek di rumah ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Azie.. wah Nana pun berbakat membuat kek.. pasti seperti ibunya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choco Ani, dia lagi dulu memasak semasa di Egypt. Saya hanya mula membuat kuih muih selepas tengok dia lah. Anak kami yang seorang lagi di rumah ini pun minat memasak juga

      Delete
  3. lama dah tak buat carrot cake. sy pun suka... senang dan sedap, cuma leceh part nak parut carrot tu je... nak dapatkan secawan dah lenguh tangan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. FnF, bahagian tu biasanya saya outsource kat anak anak. Tapi boleh bayangkan lah bagaimana penatnya tu kerana kalau buat kuih berasaskan ubi kayu, sayalah yang kena memarut ubi tu. Tapi penat memarut karot berbaloi baloi kerana kek karot yang terhasil, sgt sedap dan juga bagus untuk kesihatan.

      Delete
  4. Baru2 ni ada seorg pelajar bwakan kek karot utk guru2 rasa mmg sdap tpi tak sempat tya resepinya..nk tya Azie karot tu kita parut n kena perahkn airnya ke? Atau lepas parut blh msuk dlm adunan terus? Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus masukkan jer. Barulah masih berkhasiat dan moist

      Delete
  5. baking soda tu baking powder ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain...baking soda tu bicarbonate of soda manakala baking powder tu serbuk penaik.

      Delete
  6. Ada kawan saya dah buat dan bawa ke kesekolah aritu, fuh memang sedap resepi azie. Kami kat sekolah pun nak kongsi pakat buat.

    ReplyDelete
  7. da lma xmkn kek ni.mmg sdp.dlu ska sgt bli.nk tnya la..cream cheese yg digunakn tu jnis n jnma ap yer?

    ReplyDelete
  8. Puan nk tya la.....mmg x de letak gula ke....saya br nk blaja wat kek jdi curious sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Gula kaster dan gula perang

      Delete
  9. Dah 2 kali buat..rasanya mmg tak mengecewakan..trimakasih puan azie

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum wbt salam perkenalan kak azie
    alhamdulillah pagi2 doktor di makmal kami bawa kan kek carrot
    resepi hasil perkongsian dari kak azie dlm blog nie..

    rasanya sangt2 tidak mengecewakan...semua yg makan gembira kerana keanakannya

    tq kak dgn resepi yg ohsem nie..

    alhamdulillah teruskan memberi perkongsian

    lepas nie giliran saya pula nak buat untuk anak2 dan suami serta family
    seronok kan masakkan untuk mereka

    ReplyDelete
  11. Salam kak azie... saya baru try resepi kak azie ni. dah la mudah sedap pulak tu... Saya tak ada minyak jagung so tukar dgn minyak kelapa dara sebab itu sahaja yang ada kat rumah. Masya Allah sedapnye rasa kelapa campur kacang2 tu. Terharu, sebab saya tak pandai bake tapi resepi ni senang buat sekali terus jadi <3

    ReplyDelete
  12. Salam. Dah buat guna resipi ni. Memang ternyata sedap,gebu dan moist. Siap buat 2 biji lagi. Semua puji hihi. Terima kasih kak azie :)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat ikut resepi di atas. Kalau nak buat resepi sendiri, bolehlah nak masukkan apa apa pun.

      Delete
    2. Hehe tq. Sorry nak tnya lgi,akk letak apa kt loyang supaya kek x melekat

      Delete
    3. Boleh lenser butter atau guna cooking spray

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. Salam. Puan.. Boleh saya tau.. Utk adunan ni, puan guna size berapa ye?

    ReplyDelete
  15. sis kalau guna minyak lain tak sesuai ke macam bunga matahari ke contoh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.