Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

7 Okt 2012

Kek Marble Yang Sangat Gebu







Sekembali dari menghadiri majlis tahlil di rumah Sidah di Bandar Tun Hussien Onn sempena pemergian beliau ke Tanah Suci pada 10 Oktober, saya hanya berehat sambil melayan layan blog dan facebook. Mata cepat jer terpandang Kek Marble yang ditayang di blog Intai Dapur. Hmm dikatakan kek yang sangat gebu dan lembut membuatkan saya terus ke dapur kerana amat pasti semua bahan diperlukan memang tersedia. Lagi pulak, anak saudara saya Farhan dan As akan berkunjung, boleh juga dibuat hidangan dan bekalan mereka balik nanti. Nak tengok antara resepi  yang telah saya cuba dan sangat saya suka, klik di SINI.


Oh oh gula kaster tak cukup, mula lah buat muka seposen kacau laling hubby yang tengah dok asyik menonton rancangan perlumbaan F1 minta supaya ke kedai runcit membeli gula kaster. Mana mungkin dia menolak walaupun dengan beratnya, dia ke dapur dulu untuk check sendiri kalau masih ada stock gula kaster dalam kitchen store. Haaa kan dah kata, tak ada gula tu, hati saya berdetik sorang sorang....  





Saya memang suka kek mentega atau kek marble atau apa apa kek yang simple macam ni. Kalau kek Coklat atau kek Red Velvet tu, agak kuranglah sikit walaupun makan juga. Maklumlah kek kosong macam ni adalah kek yang dimakan sejak kecil kecil dulu. Orang kata dah sebati dengan tekak lah.

Resepi ini agak remeh juga kerana perlu menggunakan banyak bekas untuk memukul telur putih secara berasingan. Jadi saya memang tak suka membuat kek yang remeh ni kerana kadang kadang rasanya tak banyak beza pun. Jadi kali ini, saya membuatnya mengikut cara membuat kek biasa jer. Mentega dan gula diputar sehingga kembang, kemudian masukkan ovallete, susu dan vanila. Pecahkan telur sebiji sebiji sambil terus diputar. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kalau buat kek marble, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai. Tuang dalam adunan dan loreklah sesuka hati. Haaa hentam gitu. Kek tetap naik dengan gebunya dan sangat moist. Jangan marah ya, tuan punya resepi. Lain kali memang boleh guna resepi ini lagi untuk membuat kek marble atau kek mentega.....





Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)



Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega






154 ulasan:

  1. nengok pun tau sedap.. boleh tlg convertkan oz to gram tak deae.. tq

    BalasPadam
  2. woww..mmg nampak moist banget kak!! leh try nih..daapnyer!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ina, inilah kek mentega yg dicari cari, gebu dan moist. Wow wow tengah meraikan cinta ni...

      Padam
  3. Balasan
    1. Betul cakap Azie, kel ni mmg tak pernah jemu dimakan. Ingat masa kecik dulu cukup suka makan cecah air oren.. Hehee..

      Padam
    2. Betul tu. I pulak suka cicah kek dengan teh O. Asal makan kek atau biskut, mesti nak mencicah.

      Padam
    3. Kak azie kalau gram ke cup brape eh

      Padam
  4. memang nampak lembuuuttt sangat.. dari semalam dah geram nak try resepi ni, tapi mengenangkan butter jek tak cukup.. hasihh sabooo dulu, telur dah ready 5 biji dalam fridge tu.. hehe.. rasa nak ngap jek kek tu, cantik mcm kat kedai warne bakar atasnya tu.. tq share resepi :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izah, resepi asal telur putih dipukul berasingan, itu sebab perlu disejukkan. Tapi semalam, saya hanya memasukkan telur satu persatu mengikut cara membuat kek biasa. Jadi telur sejuk tu menjadikan ianya tak bergaul sebati dengan adunan butter dan telur. Jadi kalau ikut cara saya, rasanya telur tak perlu dimasukkan di dalam peti sejuk.

      Padam
    2. Saya dah cuba dan rasanya sgt marvellous. Customer suka dan repeat order.

      Padam
  5. Kalau pepagi dihidang kek marble memang siok lah....nak satu potong jer...taknak byk2 hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, kalau kek yang gebu gebana macam ni, 1 potong tak cukup sebab sangat gebu dan moist. Tak terasa pun satu persatu hilang dari pinggan

      Padam
  6. Terima kasih Azie...Sy dah cuba petang tadi, gembira sgt2. Memang sedap dan gebu...anak2 dan suami pun puji..sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ross, tahniah kerana menyediakan masakan yg mendapat pujian suami dan anak anak. Itulah kegembiraan buat kita kan? I pun teringin nak makan lagi tp balik dr Egypt nanti baru boleh buat lagi.

      Padam
  7. teringin nak cuba walaupun dh tak boleh makan makanan manis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasida, cubalah sb tak manis sangat. Atau boleh dikurangkan lagi sukatan gulanya

      Padam
  8. KEK MENTEGA AKAK CANTIK2 DAN GEBU, MEMEY BERBALOI GUNA KITCHEN AID, SY MIXER CAP AYAM JER KAK...:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah menjadi wp guna hand mixer. Zaman dulu, saya hanya pukul menggunakan whisk besi jer. Dipukul secara manual. Hahaha itu zaman kanak kanak lah

      Padam
  9. Terima kasih share resepi,,saya dah try mmng gebu kek marble ni.......

    BalasPadam
  10. Syok to the max...!!! Terima kasih!!!

    BalasPadam
  11. Sy br cba tadi kak...mmg best...cair di mulut...blh ke kak cr bt kek ni utk kek coklat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, masukkan semua dg coklat, tambahkan lah coklat.

      Padam
  12. salam kak Azie..dah sihat? saya doakan akak sihat selalu..kak..cuba akak adjust timbangan bahan2 kek nie ke sukatan cup..umah saya xde penimbang tapi saya sangat suka makan marble kek. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Liza,
      Insya Allah bila saya membuatnya lagi, saya cuba sukat dg cawan ya. Tapi lebih tepat jika diguna penimbang. Saya cadangkan supaya beli penimbang. Tak mahal pun. Sangat banyak gunanya dalam membuat kek dan kuih muih

      Padam
  13. kek mabrle nie memang sedap sangat-sangat sis...

    BalasPadam
  14. Askum kak...sy nk try cara ni utk kek pelangi...boleh ker?...kek tetap rasa butter kan?

    BalasPadam
  15. Salam..kak azie..saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas resepi2 kak azie..memang tg terbaik.bila saya menggoogle resepi..saya pasti cari azie kitchen.saya dh cub hampir 10 resepi dr azie kitchen..semuanye terbaikkkk....tq vry mch...

    BalasPadam
  16. Salam kak..mentega tu guna butter ke planta? Terconfius jap..hehe..sy nk try buat kek ni sblm pose..nti klo jadi,bole buat sehari sblm raya bw g umah mertua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maila,
      Tak kisah brand apa. Nak sedap guna pure butter brand dr luar negara . Byk ada kt Giant

      Padam
  17. Slm kak.. tumpang tnya.. dh cuba resepi akak.. mmg best kek sedap lembut je rasa. Sy guna loyang kotak 8".. tpi cuma mcm pendek sikit.. apa cadangan akan.. patut tmbah bahan ke? Tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak faham apa yg dikatakan pendek? Ini adunan asas, kalau nak besar bolehlah double atau buat 1 1/2 adunan jer

      Padam
  18. Maksudnya ketinggian kek tu mcm rendah sikit. Oh ye ke.. ok tq atas cadangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Loyang 8 inci persegi perlukan adunan yg lebih berbanding dengan loyang bulat 8 inci untuk menghasilkan ketinggian kek yang sama. Kalau rasa tak tinggi, maknanya kena tambah jadikan 1 1/2 adunan atau menggunakan loyang lebih kecil

      Padam
  19. Salam k.azie...sy slalu gak dok intai2 dapur k.azie ni.resepi mmg best2..kli ni nk try wat kek marble plak.tp umah xde oven..klu kukus jadi jugak x kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagen,
      Banyak resepi kek boleh dibakar dan dikukus. Jika dikukus, ianya lebih moist. Apa kata you cuba dan share hasilnya nanti.

      Padam
    2. salam kak..saya pun x ada oven..igt weekend ni nk try kukus..thanks for the resepi.. :)

      Padam
  20. Salam kak . Kalau takde ovalette , blh ke ?

    #gadiskasutconverse .

    Terima kasih kak . :D

    BalasPadam
  21. salam..boleh ka kalau pukul mentega/butter then gula n telur dalam satu adunan?ada 1 mixer je..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun buat mcm tu baca apa yg saya tulis di atas. Saya tak ikut resepi

      Padam
  22. Salam akak..
    Telur tu akak guna saiz ape ey.. A ke B

    BalasPadam
  23. Salam Kak,

    Telur telur tu nk guna saiz ape ye.. A ke B

    BalasPadam
  24. Nak tanya.. kalau guna serbok koko tapi bukan emulco , boley kerr

    BalasPadam
  25. salam..akak law gune gram kpada sukatan biasa or sukatan cwan...cthnya 227 gram mntega..law nk sukt guna cwan..brape erk

    BalasPadam
  26. akak..cmne nk sukat guna gram kpda cawan je?

    BalasPadam
  27. salam kak. semlm sy dh cuba. rasanyer memg sedap sangatttt..
    tapikan kak, kena kek saya mengecut n nmpk turun cikit.
    ada tips tak kak?

    BalasPadam
  28. kak, sy dh cuba semlm. memg sedap sangattttt... lembut n moist.
    tk sampai 1 jam, terus licin. hahahaaa... sebb anak sy 4 org baru blk sekolh terus ngappp.
    tapikan kak, nape dia kecut n turun cikit. ada tips tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek berkedut dan kecut selepas membakar.
      Puncanya:-Kek tidak dibakar dengan sempurna ataupun kek disejukkan secara mendadak.

      Padam
  29. Kek butter @ marble tak boleh dibiarkan sejuk dlm loyang. Lps 5 minit mesti keluarkan, biarkn sejuk atas redai/ wirerack.

    BalasPadam
  30. Saya baru je dpt tip
    1. Telur mesti sejuk
    2. Jgn biarkan kek disejukkan di dalam loyang, maksudnya slps 5 minit mesti dikeluarkan.

    Tq sis.
    Ps: saya bagi 5 star untuk kek ini.

    BalasPadam
  31. sis, kek ni boleh masak secara kukus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutnya boleh tapi hasilnya mungkin tak sama

      Padam
  32. Ptg td bt,,mmg gebu,,ank2 suka sgt,xsampai sejam dh hbis,,lpas tu ada pmintaan lg..tq azie :)

    BalasPadam
  33. Thanks Kak Azie...mmg sedap kek ni...anak2 pun suka..saya pun dah try resepi laksa & nasi ayam Kak Azie...alhamdulillah memang terbaikkk....:-)
    T.q sbb share resepi yg best2...

    BalasPadam
  34. Kak...nak try resepi ni..akak halal kan ilmu yer..tq

    BalasPadam
  35. kak azie guna api atas bawah ke..?api bawah saja..oven kat umah tue xde api atas bawahlh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna api atas bawah tapi kalau dah oven mcm tu, blh cuba. Mana tahu menjadi. Boleh share hasilnya nnt di sini.

      Padam
  36. Thanks kak azie!!sy dh try!mmg gebu~! Family sume puji~aww!!hehe

    BalasPadam
  37. aritu penah dh buat kek nie..bakar..menjadi n sedap..tapii malam nie xmjadi ..baru letak 5 minit dh hangus atas..benciinyee...
    kek dh sedap..nk adjust oven lak tak menjadi cam aritu..pelik tul..

    BalasPadam
  38. Terima kasih kak Azie.. Saya dah buat kek Marble nie .skluarga smua cakap lembut Dan Gebu .. Syukran

    BalasPadam
  39. AsSalam Kak Azie. Saya daj baked kak marble mmg lembut. Cuma next time around saya nk gunakan cocoa 2 sudu besar saja. Terima Kasih share resipi. Shukran Jazilan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Kalau suka bahagian coklat sikit, guna 2 sudu jer.

      Padam
  40. Assalamualaikum...salam perkenalan Azie.....dah lama dah mama mengikuti blog Azie nie....masa tu xde blog lagi, dah banyak juga mama mencuba resipi2 diblog Azie.....terima kasih banyak2 diatas resipi2 yang semuanya sedap....
    Resipi kek nie mama ambil dulu ....nanti senang2 InsyaAllah akan dicuba.....Suka bc komen....semua kata sedappp..

    BalasPadam
  41. As salam, Azie, kak Amie dah cuba dan memang sedap...gebu..lembut....boleh buat selalu...
    Terima kasih atas perkongsian resepi tersebut.

    BalasPadam
  42. Slm kak azie...selalu buat kek marble gne rsepi akk..mmg sedap..senang plakk tu..kengkwnpun xcye sy yg buat hihiji thanks ye...harus jd resipi rujukan ni...

    BalasPadam
  43. asalamualaikum .. akak , kalu gune koko vennhaunten boleh tak ?

    BalasPadam
  44. Assalamualaikum. K azie. Tq byk2 bg rspi kek gebu ni. Seisi rmh suka. Berkatnye ilmu yg k azie curahkan. Smoga Allah merahmatimu dgn ilmu yg dikongsi. Ptg ni nk buat lg kek gebu. Blk kg pun saya kendurikan menu kek gebu ni n semua anak sedara n termasuk tok n tok wan pn suka...tq byk2 k azie

    BalasPadam
  45. Saya dah cuba. Alhamdulillah mmg sedap cuba kueh saya rendah sikit sbb mungkin loyang saya lebar 8×8. Lain kali nak gunakan loyang yg panjang.

    BalasPadam
  46. Saya dah cuba...mmg power dan mudah dibuat. Syukran kerana share resepi kak...

    BalasPadam
  47. kalau bakar setting tu top bottom or bottom ya?

    BalasPadam
  48. Br cte2 psl ni trs cr rspi...mst cb.tq

    BalasPadam
  49. Salam azie.. tq sudi share resepi. Dah lama cari kek butter sbb ayah mertua suka mkn. Nak buat tuk dia.. 😊

    BalasPadam
  50. Salam kak, saya nak Tanya coklat emulco tu yang paste atau liquid? Saya tak dapat cari yang serbuk punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya guna jenis liquid. Beli di Giant

      Padam
  51. assalam kak azie...terima kasih sudi share resepi yang sedap gilaaa ni...
    saya first time buat kelmarin...siap buat jual lagi...hehe...

    skrg ni tgh teringin nak makan lagiiii...tq kak...semoga Allah sentiasa merahmatiMu (",)

    BalasPadam
  52. Kak sy nak ucap terima kasih. Saya mmg langsung xpandai memasak. Tapi benda pertama saya cuba masak nasi ayam ikut resepi akak. Pastu now dah buat cake. Sekarang asyik nak memasak je. Thank ypu so mucj kak. Muah. Xoxo

    BalasPadam
  53. Assalammualaikum, saya mohon untuk mengguna resepi Cik Azie untuk buat kek Marble ini harap halalkan dunia dan akhirat dan dimurahkan lagi rezekhi Cik Azie sudi kongsi resepi. Terima Kasih.

    BalasPadam
  54. Mohon share resipi pn.azie.. :)

    BalasPadam
  55. AKAK.ANAK SAYA UMUR 4 TAHUN DAH JADI FAV DIA BUAT KEK NIE...SEMUA CAKAP SEDAP...BOLEH DIKATAKAN SETIAP MINGGU ANAK MINTA NAK BUAT KEK NIE....

    BalasPadam
  56. Mohon share resepi ye pn.azie...nampak sangat menyelerakan...tak sabar nak try buat. Mesti cuba!! Thanks for sharing :D

    BalasPadam
  57. Saya minta izin share resepi yea

    BalasPadam
  58. Nak try resepi ni,tp nak tanya 6oz bersamaan dgn brape cawan ye..?

    BalasPadam
  59. Nampak sedap sgt. Saya memang mencuba resepi dr pn azie, pasti sedap n menjadi. Tq for sharing.

    BalasPadam
  60. Oz bersamaan berapa cawan yaa ? Maklum laa baru nak try buat kek ..xda penimbang lg .sukat pakai cawan jaa ...hehee

    BalasPadam
  61. As salam, byk tips dari resepi Azie membantu saya. semuga Allah membalas segala usaha murni kak Azie. aminn

    BalasPadam
  62. As salam, kak azie...saya banyak belajar memasak dari resepi di blog akak...mohan dihalalkan ye kak...
    Baru ni saya buat kek marble akak...memang sedap tp kenapa ye..masa bakar, kek naik tinggi dan setelah siap di bakar dan di keluarkan dari oven..kek turun dan mengecut sikit..

    BalasPadam
  63. Salam kak azie. Alin dah try rsepi akak ni. Mmang superb lah. Dgn lembutnye, gebunye and not fogetting moistnye. Tqvm.

    BalasPadam
  64. X sabo nak membaking..1st kek utk oven baru saya..hihi

    BalasPadam
  65. Salam perkenalan kak azie...saya org baru yg mengikuti blog kak azie ....izinkan saya mencuba resepi2 yg ohsem dari kak azie...
    Tq byk2...hanya Allah yg dapat membalas jasa baik kak azie

    BalasPadam
  66. trime ksih atas kongsu rsepi nyer..sy dah buat alhamdulilah sdap dn mjadi..lembut sgt..cume clour xbrape cntk..hehehe..trime kasihh ye..yg lain cube la mmg sdap

    BalasPadam
  67. tq akak atas resepi..saya dah cuba. sangat sedap!
    http://diariibuwafiq.blogspot.com/2015/01/kek-marble-lembut-dan-gebu.html

    BalasPadam
  68. Salam puan, saya dah cuba sebiji mcm resepi puan cuma tukar emulco ke serbuk koko bese. Mmg moist dan sedap. Tq.. lepas ni sy ingin cuba resepi mencabar Red Velvet Azie kitchen :)

    BalasPadam
  69. gud1...mmg turn out sedap giler....

    BalasPadam
  70. Kalo mentega tu sy gantikan dengan buttercup boleh ke? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tapi lebih sedap menggunakan pure butter

      Padam
  71. Salam kakkk.... lau nk guna cawan je bley x? Xdo timbang.... craving sgt nk mkn kek marble ni kakkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba google conversion to cawan. Kena guna cawan standard lah.

      Padam
  72. Assalaam….
    Sis nk tanya brape rm klu jual kek marble ni.. Tq

    BalasPadam
  73. TkAseh pn azie. Saya dah cuba resepi pn, oklah menjadi .tq sekali lagi.

    BalasPadam
  74. Aslm kak.. trm ksh share resepi ni sbb bru je buat ni wow mabeles lah kek gebu gebas gitu.. & semestinya sedappppp... yum2..

    BalasPadam
  75. Tq resepi.nk buat msa berbuka nt. .klu resepi sllu mmg cr azie kitchen n sllu mnjadi.sbb step by step..moga ilmu brmnfaat mndpt ganjaran dari Allah..jgn brhenti kongsi resepi ya sis!

    BalasPadam
  76. Assalam kak . boleh tak jika sukatan gram tukar ke sukatan cawan ? Mcm mana ea na sukat jika guna cawan ?

    BalasPadam
  77. Puan.. terima kasih resepi.. saya da cuba.. alhamdulillah.. menjadi.. terima kasih banyak.. izinkan saya simpan resepi ni ye...

    BalasPadam
  78. Assalamualaikum puan.. terima kasih utk resipi ni. Alhamdullilah sedap sgt dan menjadi. Saya takde oven jadi saya kukus saje tapi pakai tepung hong kong.

    BalasPadam
  79. Trime kasih atas resip2 yg simple tp sedap ni...bnyk resipi dari kak azie yg kite dh cube mmg semua yg rase ckp sedap....blh buat bk resipi ni ...kite org prtame akan bli...anyway tq kak for sharing

    BalasPadam
  80. Assalamualaikum kak azie..sy suke dgn resepi2 kak..sy dh ambil byk resepi tp sy xminta izin..huhu..sy minta maaf..sy pn ade ambil gambar..minta d halal kn ye..^_^

    BalasPadam
  81. Maaf..nk tnye..sy xde hand mixer..
    kalau sy guna whisk je..bley ke??
    manual..

    BalasPadam
  82. Memang sedap....
    Alang2 cuti sklh...ajak adik n kwn2 diaorg buat kek ni..memang moist... tq kak azie...

    BalasPadam
  83. Sye gilakan resepi akak ni...bepuluh2 kali buat dah..hilang xsedar...dari dlm oven sye merenung..hahahah bunyi ting sye yg kalut.

    BalasPadam
  84. Saya da Cuba Memang rasa lain gebu...cuma dapat sikit bila da masak. ....tapi telur guna banyak

    BalasPadam
  85. Dah cuba ... sedap & lembut. Tapi nak tanya boleh tak saya kurangkan gula sebab bagi saya ia manis sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kurang atau tambah gula ikut citarasa

      Padam
  86. Kak Azi, nk tnye. Klau nk buat kek ni 1 1/2 adunan, telurnya kena brape biji ya? Sbb resepi asal 5 biji tlur. And grade apa ya? T kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna saiz A guna 7 atau 8 utk saiz B

      Padam
  87. Kak azie 11/2 adunan tu jika loyang 8" 4segi boleh tak tq😍

    BalasPadam
  88. Mohon pencerahan kak azie mengenai loyang 8"4segi bagi 11/2 adunan🤗🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna 8 atau 9 inci persegi. Saya guna adunan di ats menggunakan loyang bulat. Jika persegi, lagi besar

      Padam
  89. Kak azie saya dah try buat kek ni dgn 11/2 adunan dan mgguna loyang 8 persegi tp tak jadi sbb adunan jadi lembik sgt2 n kek lps di bakar sgt berminyak n tak tgh2 tenggelam..mohon pencerahan ye sbb guna butter yg banyak n telur 8 biji

    BalasPadam
  90. Saya dah cuba resepi kek marble kak azie nie.. mmg menjadi dan sedap.. dah banyak kali buat huhu... terima ksih kak azie.. :)

    BalasPadam
  91. Dah buat byk kali guna resepi ni. Setiap kali pun menjadi. Sedap. Tqvm

    BalasPadam
  92. terima kasih atas perkongsian daripada puan azie...memang sedap...yang bestnya buat sekali dah menjadi. anak2 pun suka

    BalasPadam
  93. Salam kak. Sudu makan dengan sudu besar sama ka?

    BalasPadam
  94. Sedap ni. Nak try later. Tq

    http://rosssafinahor.com/?p=2950

    BalasPadam
  95. Akk sy nak wat kek ni tok raya esok..tapi nak tanya telor nye bpe bini xde tulis pon..cmt ari raya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tulis kan dalam resepi tu.. Guna 5 biji telur

      Padam
  96. saya baru cuba & hasilnya sunnguh sedap & lembut. saya bagikan 3 perasa (strawberry). walaupun caranya agak berlainan kerana putih telur diasingkan, saya rasa agak skeptikle. Alhamdulillah, terima kasih Pn Azie.

    BalasPadam
  97. Saya dah try buat, gebu & lembut kek ni, ada balance saya simpan satu mlm, ya Allah lagi sedap hehe. Thank you kak azie for the resepi. Resepi you semua best-best. Ikan siakap 3 rasa ala Thai salah satu favourite saya dan suami, kalau beli ikan siakap, mesti masak 3 rasa ala Thai tu, tak pernah nak masak lain. Tak pernah jemu walaupun dah cuba masak byk kali.

    BalasPadam
  98. Kak,mentega brand apa yang sedap untuk buat marble cake?

    BalasPadam
  99. Kak azie klo nk wat kek span gebu pula mcmn ya....mta tlg share resepi

    BalasPadam
  100. Salam kak azie...sy mohon ambil resipi2 dlm blog akak ni utk rujukan time memasak ye..minta halal ya kak..trma ksih..

    BalasPadam
  101. Salam kak Azie. Kalau nk buat kek ni 2 adunan terus, seeloknya pakai loyang size berapa ye? Loyang segiempat @bulat?

    BalasPadam
  102. Admire u lah kak....selalu tgk resepi2 dari blog akak ni

    BalasPadam
  103. terima kasih saya sudah cuba resepi kek marble yang kak azie kongsikan. memang gebu dan lembut kek ni, saya suka...

    BalasPadam
  104. Saya dah try buat, gebu & lembut kek ni, ada balance saya simpan satu mlm, ya Allah lagi sedap hehe. Thank you kak azie for the resepi. Resepi you semua best-best. Ikan siakap 3 rasa ala Thai salah satu favourite saya dan suami, kalau beli ikan siakap, mesti masak 3 rasa ala Thai tu, tak pernah nak masak lain. Tak pernah jemu walaupun dah cuba masak byk kali.

    BalasPadam
  105. Assalammualaikum . tumpang bertanya kalau pakai mesin pengandum berapa yea kelajuan mesin pengandum ? terima kasih .

    BalasPadam
  106. Salam...ada sukatan dalam cawan tak

    BalasPadam
  107. Salam...sis,saya dah Cuba buat kek marble ni..anak-anak suka sekali...ni pun ingat nak buat lagi..thanks for sharing.

    BalasPadam
  108. Tak pernah failed kalau guna resepi kak azie ni. Husband and anak suka sgt. Tq kak azie =)

    BalasPadam
  109. Apabila gaul satu arah tepung tu..pakai mesin atau senduk sahaja?

    BalasPadam
  110. Bila gaul tepung satu arah pakai mesin atau senduk sahaja?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.