Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

22 Sep 2012

Kek Coklat Lembab Kukus "To Die For"







Haaa sesiapa pun kalau nampak apa yang ditulis sebagai To Die For Chocolate Cake, pasti akan teruja untuk mencuba kek Coklat versi kukus yang resepinya dikatakan sangat popular di kalangan blogger. Lagi pulak cara menyediakannya pun sangat mudah. Kek ini sangat moist, gebu dan pendek kata memenuhi kriteria yang saya cari dalam sekeping kek coklat yang dimakan. Tidak perlu dibuat frosting pun kerana kek ini memang sangat rich dengan rasa coklat.

Kalau sebelum ini saya mempunyai a keeper recipe untuk Kek Coklat versi bakar, yang ini pula boleh dijadikan a keeper recipe untuk Kek Coklat versi kukus pula. Klik di SINI untuk melihat resepi the best moist ever chocolate cake yang saya biasa guna sebelum ini dan akan selalu digunakan di masa hadapan. Saya juga pernah menyediakan Kek Coklat Kukus di SINI sempena hari jadi saya dan mengikut komen yang diberi oleh kawan kawan sepejabat, ianya sangat sedap. Jadi kalau teringin nak membuat Kek Coklat samada versi bakar atau kukus, pilih sahaja mana mana resepi yang berkenan di hati ya sebab semua pun sedap sedap. 

Kek kukus ini disediakan oleh Juita dan Nana selepas makan malam. Bila terpandang resepi dari Chef Zubaidah ini, tiba tiba teringin nak makan kek coklat kerana tak sempat pun untuk makan kek yang disediakan semasa majlis makan makan di rumah kami hari Isnin lepas. Itu yang saya minta mereka membuat kek ini sebagai hidangan petang atau kudapan sahaja. Hahaha dapat juga menambahkan berat badan ya. Jom kita semak resepi dulu....



Kek Coklat Kukus Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan dimasak:
1 tin susu  cair 
200 gm minyak sayuran 
250 gm susu pekat 
100 gm serbuk koko

4 biji telur
250 gm gula kaster 
150 gm tepung gandum 
1sk soda bikarbonat 
1 sk baking powder

Campurkan kesemua bahan masak  dan masak dengan api perlahan sehingga licin.  Tak perlu sampai mengelegak. Angkat.

Pukul telur hingga kembang. Tuangkan adunan yang dimasak ke dalam telur. Satukan adunan tadi dengan mixer. Akhir sekali, masukkan bahan kering sedikit demi sedikit sehingga sebati.

Masukkan ke dalam loyang yg di lapik dan diminyakkan. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Minyakkan juga aluminium foil supaya tidak melekat di kek.

Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.


Untuk Chocolate Ganache
3/4 cawan susu
1/3 cawan butter
8 oz chocolate chips

Cairkan butter  dan masukkan susu. Panaskan di atas dapur tapi jangan sampai mendidih. Tuang ke atas coklat chips dan tunggu sekejap sehingga chocolate chips cair, kemudian dikacau rata. Boleh disapu pada kek yang telah disejukkan.









64 comments:

  1. salam kak azie..mmg betui resipi kek cekelat ni mmg terbaekk..saya dh cuba tp sbb maleh nk kuarkan pengukus..saya wat cara bakar jer..hehe! tapi rasa menten mantopp!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina, ohh nanti boleh cuba bakar pula

      Delete
  2. salam k. azie..adunan yg d msk tu nk kna tnggu sejuk dulu ke baru blh d cmpur dgn telur n bhn kering lain? .....sy bdk br bljr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurjaja, tak perlu tunggu sejuk pun

      Delete
  3. salam k. azie..adunan yg d msk tu nk kna tnggu sejuk dulu ke baru blh d cmpur dgn telur n bhn kering lain? .....sy bdk br bljr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu tunggu sejuk pun

      Delete
    2. tq k azie...rcp sume best2...nnt nk cba....fyi sy ni rakan fb akak jgk... eza saleh

      Delete
  4. Salam sejahtera,

    Mama memang suka sgt buat kek guna kukus. lembut dan gebu! tkasih kerana resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm saya suka bakar sebab leceh bila dikukus, kena sentiasa lap lap penutup pengukus.

      Delete
  5. Salam Kak Zie, wow simple yet so good...mohon copy recipe nya ya...

    ReplyDelete
  6. nampak sedap kek kukus tu akak pun nak try jugak lah mesti malatoppp

    ReplyDelete
  7. K.Azie nk pitam nih...adoiiii sedapnya kek coklat nih..tolong anta 1 slice kt cheras ni bleh x? kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda, I pun nak pitam gak selepas masuk sesuap, tarik nafas dulu

      Delete
  8. Salam Kak Azie, saya peminat baru ni. Baru jumpa blog akak. Wahh..banyak nyer resepi best. Kek ni saya dah buat and mmg sedap sungguh. Tapi versi bakar la. Tq for sharing..anak2 suka. puas hati...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Mmg resepi ini, boleh juga dibakar.

      Delete
    2. berapa suhu nya dan berapa lama bakar ye?

      Delete
    3. Utk resepi ini, saya kukus

      Delete
  9. Kak azie tq resipi mmg mantap dan sedap.

    ReplyDelete
  10. kak azie..sye da lme nk try wt kek coklat yg versi lembap nye..yg rsepi akk ni memg siyez jd lembap ke wlau dikukus or bakar??huhu truja nk wt ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sahaja lembabnya. Lepas sehari, lagi lembab apabila butter mula menyerap

      Delete
  11. Salam. Dah buat.... memang super moist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. Anak anak mesti suka

      Delete
  12. Salam Kak, tepung tu sume nak kene ayak ker? saye xde yempat ayak tu. campor teros bLeh x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tepung seeloknya di ayak supaya mudah diadun

      Delete
  13. salam akak.. Kalo nak bakar camne plak.. Bp lama nk kne bakar n bp 'C?! Bahan2 sme je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna oven dalam 170-180C dan bakar selama 45-50 minit. Selepas 40 minit, check. kalau belum masak, tambah lagi. Macam tu lah sb ia bergantung pada oven. kalau saya, biasanya saya letak 170C jer

      Delete
    2. will try..thanx kak^^

      Delete
  14. memang kena pakai chocolate chip ker?ta bule pakai cooking chocolate?

    ReplyDelete
  15. Salam..sy xde mixer blh ke anyak pakai yg manual punya..hehe..pas2 kalo kukus cmne nk keluarkan dr loyang? Maaf sy msh bru :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna manual. Kita masukkan dalam loyang dan loyang tu dimasukkan ke dalam pengukus. Bila masak, keluarkan loyang dan biarkan seketika. Lepas tu terbalikkan lah dan sejukkan atas redai. Ok tak?

      Delete
  16. salam, 8 oz coklat kira mcm mn ek ? susu plak pakai susu pekat ka susu cair....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk coklat ganache ke? Boleh guna susu cair atau fresh milk. Coklat itu ditimbanglah sebanyak 8 oz.

      Delete
  17. Dalam byk resepi ni resepi plg sedap tq azie.

    ReplyDelete
  18. Salam azie..

    akak dah cuba resepi nie..versi bakar dan kukus..sangat2 sedap dan moist sgt2..cumanya akak ada kemusykilan..kenapa masa memasaknya terlalu lama..kalau 1 jam x masak2 lagi..kene kukus 1 jam 45min..bakar pun sama...resepi akak ikut dengan tertip...minta pendapat yer...terimakasih atas resepinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok keadaan periuk pengukus. Mungkin wap keluar hingga tak cukup panas.

      Delete
  19. Salam. Loyang kalau tak lapik boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan lapik supaya tak melekat di loyang

      Delete
    2. Maaf, kek saya tenggelam. Agaknya kat mana saya silap?

      Delete
    3. Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam.
      Puncanya :- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.

      Delete
    4. Sy kukus jd tenggelam. Sy bakar kena lebih 1 jam

      Delete
  20. Sy da check tekstur kek yg sy kukus tgh tak masak. Kena lebih 1 jam. Nt sy cuba lg. tapi rasa sgt sedap. Sis minyak pakai brand apa?

    ReplyDelete
  21. Salam, saya amat suka dengan semua resipi akk!thanx for sharing

    ReplyDelete
  22. Salam kak zie..smlm sy try buat 2 2 version...n the result mmg the best lah..
    Belum pernah rasa coklat kek yg penuh rasa coklat...lgpun sy tambah milk coklat. So lagi richlah rasanya

    ReplyDelete
  23. Salam kak zie.. kek ni leh simpan brape lame kalodi freeze or kt luar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau freeze, boleh simpan berbulan. Tapi kalau di luar beberapa hari jer, sebab kek nya lembab, nanti akan cepat berkulat dalam cuaca panas di negara kita.

      Delete
  24. askum azie...

    saya mmg bnyk klai la jugak buat kek coklat kukus ni... tp resepi saya simple jerk... alhamdulillah dpt respond positif dari yg makan... but saya sendiri x puas hati dgn ganache nyer.... sbb biasanya yg saya buat, topping dia jadi cair dan x lemak... klau curah atas kek dia akan menurun dan akhirnya lebih banyak atas pinggan dari atas kek...
    bahan yang saya gunakan tuk topping klau x silap saya ,
    300g cooking chocolate
    75g whipp cream
    50g gula castor
    sume bahan saya double boiled la kan..

    but hasilnya jadi x lemak dan cair... macam saya kata tadi... say suka makn topping yg x manis sgt tp lemak sbb kek dh manis.... dan klau blh biarlah x cair sgt... melekat kat ats kek bukan meleleh ke pinggan.. nk mntk pendapat azie kalau sy nk pakai cooking chocolate mcm mn saya nak hasilkan topping yg lemak dan x cair sgt.... atau sesapa yg sudi bg pertolongan pd saya...

    ReplyDelete
  25. salam kak azie. sy peminat resipi kak azie yg sgt malatopz.....sebelum ni saya buat cupcake pisang ikot resepi kak azie. satu hari 4 biji anak saya makan. 2 hari dah abis. terpaksa buat lagi. cuti deepavali nnt nak buat coklat kek resepi kak azie pulak. pasti lagi malatopzzzz....

    ReplyDelete
  26. assalammualaikum kak azie. nak tanye kak azie pakai coco powder jenama apa? nmpk cantik colour moiste cake ni.

    ReplyDelete
  27. ou ye. satu lagi.. nak pukul telur tu tahap kembang macamna eh? tahap berbuih ke (mcm nak pukul telur dadar)? atau sampai color telur tu kuning pudar?

    ReplyDelete
  28. Kak azie mmg jd and padat sgat kek...sy guna resepi ni sbgai the best resepi from sifuuu...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum kak azie. Kalau sukatan 100g tu guna cawan, berapa cawan eh ? Please jawab kak. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Maaf Natasha saya tk dpt menjawabnya. Sebab saya tak sukat guna cawan. Mungkin Natasha boleh buat sendiri. Timbang dan sukat guna cawan utk tahu sukatannya

      Delete
  30. Assalamualaikum...mohon ambil Dan Cuba resepi ni ye..tqvm :-)

    ReplyDelete
  31. Sedap resepi ni.. dan mudah.. terima kasih diatas perkongsian resepi

    ReplyDelete
  32. Untk susu buqt coklat ganace nie susu ap ye..pekat or cair or susu segar??mcm mna ye

    ReplyDelete
  33. Assalammualaiku.. akak guna coco powder apa ya.. harap akak dpt jelaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Apa apa brand pun boleh. Saya biasa guna Van Houten

      Delete
  34. Assalam...kak.azie...bleh guna mnyak maizena?

    Bleh kukus lebih dr sejam jgk ke

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.