Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Tuesday, 17 April 2012

Kek Coklat Kukus Untuk Birthday Azie





Esok adalah birthday saya. Alahai bertambah lagi satu angka. Hmm walaupun usia meningkat tapi kita kena sentiasa berfikiran positif kerana ianya adalah perkara biasa, lumrah kehidupan. Yang muda pasti menjadi tua, yang hidup pasti merasai mati. Yang penting, saya mesti membuat persediaan dan sentiasa disemai di hati supaya tidak terleka dek keindahan dunia yang tak seberapa indah pun sebenarnya.  hahahaha hanya sedang sedang saja, jadi jom kita cari kehidupan sebenar yang kekal abadi. Berkongsi ilmu di dalam blog masakan adalah juga salah satu cara kita mencari peluang pelaburan di akhirat. Dividen nya akan berterusan di terima.

Saya memang dah lama merancang untuk memasak sesuatu dan bawa ke pejabat. Bila terpandang resepi Kek Coklat Kukus dari blog Yatie yang dia pelajari dari resepi Hanieliza, hati terus terpaut untuk mencubanya walaupun saya sudah mempunyai Keeper Recipy untuk Kek Coklat. Nak tengok? Klik di SINI. Ianya memang menghasilkan kek coklat yang sangat menepati selera saya. Masih terbayang bayang keenakannya sehingga saya tak mampu mengawal selera. Tapi macam Yatie tulis, tak salah mencuba lain lain resepi juga. Apa yang menarik bila ditulis, resepi ni boleh buat kek untuk berniaga. Haaa apa tunggu lagi, jom lah cuba terutama pada yang nak business kek tu.

Masalahnya bila dikukus adalah masalah permukaan  kek yang tak berapa cantik kerana wap dsb. Saya dah pun menutup tudung pengukus dengan tuala.  Tapi kalau dibakar, tentu tak jadi macam ni kan. Apa apa pun, kek ini sangat sedap, moist dan secukup rasa sahaja kemanisannya.

Jom layan resepinya...


Kek Coklat Kukus


Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk serbuk nescafe - opsyenal

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam gred A atau 2 biji gred B
1 sk esen vanilla


Cara cara
Panaskan kukusan.
Kacau semua bahan A supaya sama rata.
Masukkan bahan B dan kacau lagi.
Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.

Lapikkan loyang dengan plastik dan tuangkan adunan.
 



Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana. Bungkus penutup kukus dengan kain. Hiaskan dengan krim coklat, jika suka.






Krim Coklat
250 gm cooking coklat
1 sb cocoa butter [atau butter]

Cara cara
Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
Kacau coklat sampai semua telah cair.
Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
Hiaskan mengikut pilihan sendiri.

8 comments:

  1. wah Zie kek dah sedia tu,tunggu potong je lagi,apa2pun happy busday lah ya semoga happy setentunya dan mudah2an Allah permudahkan urusan hari ni esuk dan selama nya aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Noor. Amin semoga Allah permudahkan semua urusan kita di dunia dan akhirat

      Delete
  2. Selamat Hari Lahir! Semoga dimurahkan rezeki yang baik, dipanjangkan umur dalam Iman, ditambahkan ilmu yang bermanfaat,disihatkan tubuh badan agar dapat mempertingkatkan amal-amal soleh dan diberi hidayah oleh Allah untuk memahami Tasawur Islam yang sebenar. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, sahabat ku. Terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu selama ini. Hari ini, saya menjadi sangat sedih bila mendengar apa yang dikongsikan tadi bahawa harijadi menunjukkan umur kita telah dipendekkan selama 1 tahun. Semoga kita menjadi orang yang beriman dan bertaqwa sehingga ke akhir hayat. Amin.

      Delete
  3. Selamat ulangtahun k.AZie.moga sentiasa dilimpahkan Allah dgn kesejahteraan dan kebahgiaan bersama keluarga tersayang.kek coklat kukus mmg moistkan...dgn letak topping yummm..
    re; Kalau k.Azie ke Alex masa konvo anak nanti,ada kesempatan jemput ke rumah..boleh kita kenal.resepi masakan Arab...ada resepi nasi hadramaut, boleh tengok sini...http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/01/kelas-masak-nasi-hadramaut-step-by-step.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mamasya atas doa dan ucapan birthday. Kek ini memang moist dan secukup rasa manisnya. Insya Allah, kami belum pasti lagi tarikh konvo tapi rasanya pertengahan Oktober.

      Delete
  4. Kak Noor memang suka kek coklat kukus daripada kek coklat bakar. Dah pernah cuba buat kek coklat kukus ini dan resepinya lebih kurang sama. Mudah dan senang membuatnya kerana menggunakan minyak atau mentega cair aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, i pulak suka yg bakar kerana cantik hasilnya. Cuba tengok resepi kek coklat di link di atas, sgt sedap.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.