Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 23 August 2012

Kek Buah Buahan Campuran Kak Leen








Resepi ini saya belajar dari kakak ipar saya, Norazleen di Ipoh semasa berhari raya di rumah mereka pada hari raya ketiga baru baru ini. Kebetulan semasa kami sampai, beliau sedang merebus buah buahan campuran untuk membuat Kek Buah Buahan. Apa lagi blogger masakan macam saya memang tak melepas peluang untuk bertanya resepi kerana saya memang mencari tested recipe untuk dicuba dan dikongsi pula bersama dengan pembaca blog Azie Kitchen. 

Kakak ipar saya ni memang pandai memasak dan resepi yang digunakan biasanya sangat mudah. Antaranya ialah resepi Rendang Daging Perak berwarna hitam di
SINI yang selalu disediakan pada musim hari raya. Saya juga suka kek buah kukus yang disediakan sebelum ini, memang sedap kerana saya memang penggemar Kek Buah. Resepi ini adalah antara resepi yang selalu beliau gunakan dalam menyediakan kek buah terutama di hari raya.






Sedap dan moist kek buah ini dan buah buahnya juga terletak cantik selepas ianya direbus yang menjadikan buahnya lebih ringan. Aduh kek yang dipotong dalam gambar ni tak berapa kemas sebab yang mengambil gambarnya adalah anak saya Aween sewaktu saya sedang sibuk memasak untuk hidangan makan malam dan berbuka puasa. Tapi jangan pandang rupa jer kerana rasa nyer, aduhaai sedap tau... Nota: selepas 3 hari, saya ambil gambar baru. 

Jom kita tengok resepinya...




Kek Buah Buahan Campuran 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan
250 gram butter
500 gram mix fruit
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
1 cawan air sejuk
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla

Cara cara:
Rebus buah buahan campuran bersama air dan gula sehingga buah kembang. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga bahan bahan tadi sejuk.

Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan buah rebus tadi dan dikacau dengan senduk.

Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang telah disapu dengan butter.

Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Angkat dan disejukkan seketika di dalam loyang sebelum disejukkan sepenuhnya atas wire rack.









Nota:
Selepas beberapa hari, kek menjadi lagi moist dan lagi sedap. Gambar di atas adalah gambar yang diambil selepas 3 hari.

Boleh juga dikukus jika suka Kek Buah Kukus

"A keeper recipe" untuk Kek Buah versi bakar saya pada masa akan datang.


13 comments:

  1. azie...minta kongsi resepi ni...lili dah cube memang sedap...kawan opis pun kate sedap..terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Asslm.brp lama nk pukul telur tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak agak telur dah sebati lah.

      Delete
  3. hi, salam.... nak tanya, time mana nk masukkan esen vanila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esen biasanya dimasukkan sebelum dimasukkan tepung.

      Delete
  4. Salam...rajin la k.azie ni...tima kasih byk2. ..byk resepi yg saya x tau saya refer kat sini. ..Saya doakan semoga kak dipnjgkan umor, di murahkan rezeki, dan diberkati allah swt amiiiiiiiin

    ReplyDelete
  5. Assalam ... Akk nk tnye buah tu direbus sehingga kering ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehingga buah kembang sahaja

      Delete
  6. kak azie..nk tnya kek ni tahan berapa lama pada suhu bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kek lain jer. Lebih kurang seminggu.

      Delete
  7. Assalamualaikum... kak.. kalau kukus sama juga ngan resepi akak yg kukus tu.. 4-6 jam? ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kukus 1-2 jam dah masak. Dikukus lama sebab supaya tahan lama tapi pada saya, rasanya sama sahaja.

      Delete
  8. Assalamualaikum..kak leen..saya nk try resepi ni..tp nk tau bakar guna api atas bwh @ api bawah sahaja? Tq :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.