Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

23 Ogo 2012

Rendang Daging Perak Hidangan Di Nur Qaseh





Resepi rendang Perak ini adalah resepi yang saya pelajari dari kakak ipar saya, Norazleen yang memang sangat saya gemari. Beliau selalu membuat rendang ini untuk dibawa balik ke kampung setiap kali hari raya untuk dimakan dengan lemang atau nasi impit. Saya pernah memasaknya dulu tapi sebab tak menyalin resepi, semua main ingat di kepala, akhirnya lupa apabila lama tak membuatnya.

Bila berkunjung ke rumah mereka pada hari raya ketiga baru ini, saya terus menanyakan resepi dan menyalinnya ke dalam ipad supaya tidak lagi lupa dan boleh dijadikan rujukan oleh anak anak di masa hadapan. Saya suka rendang ini kerana bahan bahan yang digunakan sangat ringkas tapi rasanya sedap. Bukan apa, kadang kadang rendang yang dimasak dengan pelbagai bahan dan berbagai cara masakan tapi hasilnya lebih kurang sama sahaja kesedapannya. Saya sukakan sesuatu yang mudah dan ringkas tetapi sedap kerana masa untuk memasak bukan lah selalu ada. Terpaksa mencuri curi masa yang ada untuk memasak.


Sebenarnya rendang hari ini, saya memasaknya sebanyak dua kali selepas saya membuka kuali untuk mengambil gambar untuk dimuatkan dalam blog, didapati rendang telah kehabisan. Baru saya teringat yang sejak raya, anak anak saya belum lagi makan nasi putih yang dimasak di rumah. Ada lah sekali makan di kedai mamak yang pastinya tak sama dengan homecooked food.

Saya memang bercadang untuk membuat rendang kerana daging pun telah dibeli sebelum balik kampung lagi. Cuma tak pasti rendang apa yang ingin dimasak, samada rendang biasa atau rendang Minang atau rendang Tok. Tapi apabila sahabat kami, Dr Sabariah dan famili singgah beraya dalam perjalanan balik ke Segamat, saya terus memasak rendang Perak ini kerana ianya lebih ringkas dan cepat disediakan. Di samping rendang ini, saya menyediakan juga sayur kacang panjang yang digoreng dengan telur dan ikan terubuk masin dari Sarawak sebagai hidangan ringkas tengahari. 

Jom layan resepi dulu...




Rendang Daging Perak

Bahan bahan:
1 kg daging - potong kecil
1/2 kg santan pekat
1/2 kg bawang merah - kisar
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
Kicap pekat secukupnya
Sedikit gula
1 - 2 asam keping
Garam, jika perlu

Cara cara:
Rebus daging dengan santan sampai empuk. Tos dan goreng daging seketika. Angkat daging dan menggunakan kuali yang sama, tumis pula bawang merah dan cili kisar hingga garing. 



Masukkan daging yang digoreng dan lebihan santan serta kicap pekat dan digaul rata. 

Masukkan sedikit gula, asam keping dan sedikit garam, jika belum masin. Masak sehingga agak kering dan pekat, mengikut citarasa sendiri. 

Angkat dan hidangkan dengan lemang atau nasi impit atau hanya dimakan dengan nasi putih panas panas.


6 ulasan:

  1. Azie, this is so delicious. Is this similar to the famous Rendang Tok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. No, rendang Tok used a lot of spices and ingredients. Rendang Tok takes a few hours to cook using slow fire until it colour turns dark.

      Padam
  2. Sedap nyer nampak rendang perak nie..mudah je cara nk buat nyer ermmmmm nnt nk cuba lah :D..

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, ini resepi rendang yang my sister in law selalu buat kalau di hari raya. sekali sekala cuba pulak resepi rendang yang ringkas macam ni. guna bawang merah banyak banyak, lagi sedap.

      Padam
  3. Assalamualaikum puan,sy syazwina.Saya mohon untuk Guna resepi Dr blog puan ye. Terima kasih 😊

    BalasPadam
  4. Terima kasih Azie, baru selesai masak resepi ni. Mudah sangat tetapi sedap. Nak makan ni..jemput makan semua..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.