Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 26 August 2012

Ayam Masak Kicap Pedas Yang Sedap





Hari jumaat lepas, saya memasak Ikan Bawal Emas Masak Kicap Pedas di SINI. Di situ rakan blogger saya di Engineers Love Cooking beri komen yang jika diletak susu pekat dan sedikit lada hitam menjadi Ayam Masak Black Rose. Pagi semalam semasa ke masjid, tanya hubby apa nak masak ayam tapi dia hanya mendiamkan diri bila saya menyebut Kari Ayam atau Ayam Masak Merah. Oleh kerana tak tahu apa yang dimasak dengan ayam yang hubby beli di Pasar TTDI, saya pun terfikir untuk mencuba apa yang disarankan. Hmmm boleh tahan juga sedapnya. 

Kalau semasa memasak ikan, saya meletakkan sedikit gula tapi hari ini digantikan dengan susu pekat manis. Satu kuali besar yang dibuat, laju jer hubby dengan anak anak makan. Aween makan menambah nambah dan makan berulang ulang kali. Saya rasa sungguh seronok bila mereka suka apa yang saya masak. Kebetulan saya mengupas ubi kentang untuk dibuat begedil, jadi sebiji saya hiris nipis, goreng dan masukkan sekali ke dalamnya. Sedaaap ni, tak tipu nyeer. Kalau tak caya, cuba buat sendiri dan rasa sendiri. hahaha boleh gitu pulak ya...




Di samping Ayam Masak Kicap Pedas ni, saya juga membuat Masak Lemak Putih Terung dan Begedil Ayam di SINI untuk hidangan tengahari kami di hujung minggu.  

Jom kita tengok resepi dulu...




Ayam Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.




Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.





Selamat mencuba....




23 comments:

  1. wow nie pebret D5 nie..Nampak sedap sgt masak kicap Azie nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, musim raya ni memang sedap lauk lauk macam ni sebab kalau asyik berlemak pun dah tak berselera juga, maklumlah perut kita masih dalam mood puasa,

      Delete
  2. Salam sejahtera Azie

    terimakasih Azie. Ni nak pi dapur nak buat sbgmana saranan, macam sedap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Ju, buat jangan tak buat. Masih dalam suasana raya ni, jadi lauk begini sangat sedap. Kalau ikut bro Engineers Love Cooking, namanya Ayam Black Rose

      Delete
  3. susu pekat tu nak letak byk mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ianya berfungsi utk mengganti gula. Tapi berlemak. Jadi masuklah sedikit dulu dan rasalah manisnya

      Delete
  4. susu pekat tu yg mcm mna ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu pekat manis biasa yg org guna utk buat teh tarik tu

      Delete
  5. dh cuba dh n mmg sedap.... tengs azie share resepi 2...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Kami sgt suka resepi ini. Harap you juga menggemarinya

      Delete
  6. kalau x nak taruk susu pekat tu pon boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer. Ganti dg sedikit gula

      Delete
  7. Boleh azie share resepi Ayam Masak Merah Pedas..

    ReplyDelete
  8. boleh try ni, lain cket resipinye sbb letak susu pekat ... heee tQ share resipi

    ReplyDelete
  9. lapa pulak mlm2 ni tgok blog akak..best3 masakan akak...sedapnyeee....... ;)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak... wish me luck ye.. Nk masak ni...
    (*¯︶¯*) nanti da post kat blog saya bg link ye.. tunggu resultnya..

    ReplyDelete
  11. salam.. akk nk tnye bahan sos tu nk bubuh banyak mne ye? lada hitam pun bnyak mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Bubuh agak agak dan kemudian rasa lah. Kalau belum cukup pedas tambah lagi lada hitam.

      Delete
  12. kak, ayu share kat blog. somi ayu masak ritu. hihi

    ReplyDelete
  13. Susu manis nk letak bape byk??

    ReplyDelete
  14. nk wat skrg gak ni...nmpk menyelerakan

    ReplyDelete
  15. Nk test ptang ni...bka posa

    ReplyDelete
  16. Kak Azie, thank u sgt2 sbb share resipi ni.. Hasben & anak2 really enjoy :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.