Kalau sebelum ini cerita berkenaan anak anak dan juga aktiviti ETHICA iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya dipaparkan dalam majalah, kali ini saya ingin memaparkan cerita berkenaan dengan kerjaya hubby pulak yang tersiar dalam majalah Keluarga. Gambar muka depan majalah itu adalah isteri Roslan Aziz, bekas suami Dato' Sheila Majid. Siapa tak kenal Sheila kan? Penyanyi kecil molek yang punya suara lemak merdu dan masih kekal muda jelita dan mempunyai anak anak lagi dengan perkahwinan kedua beliau. Hmm teringat lagi lagu Sinaran nyanyian Sheila yang mengiringi saya dan hubby berserta rakan rakan lain berdansa dan menari dalam majlis makan malam tahunan Kolej Ketiga. Ketika itu, saya berada di tahun akhir pengajian. Kita tinggalkan cerita Sheila Majid dulu ya.
Sunday, 19 May 2013
Saturday, 18 May 2013
Pertemuan Tanpa Dirancang Di Pulau Pinang
Semasa bertugas luar di Pulau Pinang selama beberapa hari pada minggu ketiga bulan April yang lalu, kebetulan pulak kakak ipar bersama suami dan anak menantu ada juga bercuti di Pulau Pinang. Oleh kerana keperluan tugas yang memerlukan saya bertugas sehingga lewat malam, jadi saya hanya dapat bertemu mereka selepas balik dari pejabat. Kami hanya singgah minum di gerai sup Hameed sambil bersembang sembang. Itupun tak lama sebab saya dah kepenatan dan perlu balik berehat untuk bekerja keesokannya pula.
Krim Mentega Yang Sangat Sedap
Semasa kecik saya suka sangat makan kek yang dilepa dengan buttercream yang dibeli kedai kedai kek. Zaman dulu, kalau ada majlis pertunangan atau perkahwinan, pasti kita akan menempah kek untuk dijadikan hantaran. Jadi selepas majlis, tibalah saat ditunggu tunggu untuk memotong kek. Semasa majlis perkahwinan, saya menempah 2 biji cake yang berwarna pink bentuk hati dan satu lagi berbentuk bulat warna kuning. Masa tu, saya memang tak pernah tahu bagaimana ianya disediakan dan tidak pernah pulak mahu belajar membuatnya.
Thursday, 16 May 2013
Makan Malam Istimewa
Makan malam di Restoran Chillis kali ini sangat istimewa, bukan makan malam biasa. Kenapa ya? Hmmm sebabnya makan malam kali ini adalah dibelanja oleh Nana sempena gaji bulan pertama beliau. Selain dari itu, ianya juga untuk meraikan Nelly sempena graduasi dan akhir sekali, bagi meraikan harijadi Ain dan Adam, anak buah kami. Sebenarnya hari pertama, mendapat gaji, Nana telahpun belanja kami di Pizza Hut tetapi malam tu, Nelly tak dapat turut serta kerana sibuk dengan urusan konvokesyen.
Tahniah Adik
Setelah bertahun tahun bergelumang dengan buku buku, dengan jadual kuliah yang ketat, akhirnya Nellisa, anakanda kedua kami yang dipanggil dengan panggilan Adik telah menerima segulung ijazah dalam majlis Konvokesyen UiTM yang ke78 semalam iaitu pada 15 Mei 2013. Saya mengambil cuti untuk hadir di majlis ini. Hahaha siap menempah baju dan tudung baru lagi untuk dipakai ke majlis ini. Semalam juga saya merasmikan handbag baru yang terperap dah setahun lamanya. Saya mahukan supaya anak anak merasa diri mereka dihargai, kejayaan mereka dirai.
Subscribe to:
Posts (Atom)

