Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

25 Ogo 2012

Begedil Ayam Untuk Nana







Semasa berchatting dengan Nana dari Dublin melalui bbm, dia meminta dimasakkan pelbagai jenis masakan bila dia balik nanti. Antaranya ialah soto. Bila sebut tang Soto ni yang selalu jadi penghalang ialah begedil. Kalau dulu dulu, bahagian penyediaan begedil di bawah tanggungjawab bekas pembantu rumah kami, Sri Handayani. Memang tak susah membuat begedil ni tapi saya ni agak al malas sikit walaupun memang suka sangat makan begedil. Dulu pernah buat begedil, tapi Nana yang membuatnya di SINI.

Tapi kali ini saya mesti menyediakan sendiri begedil untuk Soto yang diminta Nana. Hari ini saya sediakan begedil awal awal dan digoreng separuh masak sebelum disimpan dalam freezer supaya time nak makan, tinggal goreng sekejap aje. Saya memang tak suka buat last minute terutama perkara yang saya agak tak gemar membuatnya.

Saya sertakan gambar gambar membuat begedil langkah demi langkah. Hahahaha bukan apa tapi sebab hari ni terlebih rajin. Dah lah pagi pagi tadi dah kejutkan hubby ajak ke masjid. Pergi ke satu masjid masih berkunci, pergi lagi satu masjid, masih gelap. Akhirnya tunggu dalam kereta sehingga ianya dibuka. Jadi balik dari masjid, saya tak tahu apa nak dibuat, saya pun mula memasak begedil serta lauk pauk lain untuk hidangan tengahari nanti. Saya menyediakan Ayam Masak Kicap Pedas di SINI dan Masak Lemak putih Terung di SINI. Sempat juga saya membuat Agar agar Jagung Berkrim di SINI. Untuk sarapan pula, saya sediakan nasi goreng kampung.

Jom layan resepi dan gambar gambarnya......




Begedil Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji ubi kentang
Isi ayam - potong kecil
1 biji telur
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang goreng
Garam
Serbuk lada sulah

Cara cara:
Kupas dan basuh ubi kentang dan potong nipis. Goreng ubi kentang tadi sehingga empuk.





Semasa masih panas panas, tumbuk atau lenyekkan ubi yang di goreng tadi bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah sehingga lumat.




Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng seketika dan kemudian ditumbuk.

Masukkan ayam dan telur, gaul rata. Masukkan pula daun bawang dan sup serta bawang goreng yang ditumbuk atau diramas. Gaul hingga menjadi seperti doh.







Bulat-bulatkan doh tadi dan kemudian leperkan sedikit. Buat sehingga habis.





Panaskan minyak dalam 3/4 adunan sahaja bagi mengelakkan menyerap minyak dan digoreng sehingga garing.





Jika suka, boleh juga dicelup ke dalam telur yang dipukul bersama sedikit garam sebelum digoreng.




Boleh lah dihidangkan samada dimakan dengan nasi putih, soto atau dimakan begitu sahaja. Selamat menjamu selera.





Nota:
Jika ada lebih, boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam freezer. Bila nak makan, dikeluarkan dan goreng seperti biasa.


4 ulasan:

  1. thanks kongsi resepi. nak cuba nanti :)

    BalasPadam
  2. cantik dan nmpk sedap sis :)
    saya ada buat baru ni, tapi bila goreng jadi pecah2..sis ada petua ke yang boleh dikongsi. tq :)

    BalasPadam
  3. nak cuba la...free2 visit instagram saya ya beautiful borderlace..tq

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.