Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 1 July 2012

Resepi II: Pau Gebu dan Lembut





Ini adalah entri pagi Sabtu. Pagi pagi lagi saya masuk dapur, dengan kepala masih berbelah bahagi. Apa lauk dan kuih yang hendak dimasak dsb. Banyak sangat senarai masakan dalam kepala yang ingin dicuba. Ya lah hari sabtu dan ahad, memang adalah waktu dan hari saya memasak. Semasa menyediakan bahan untuk Nasi Karot dan Rosemary grilled Chicken di SINI, hati berkata kenapa tidak disediakan pau dan diperap sementara memasak nasi karot. Bukan apa, tapi memikirkan tepung pau dan inti pau masih ada. Kalau tak dibuat, alamak terbuang jer lah bahan utama membuat pau tu. Lagipun saya tak puashati sebab baru ni, hubby bukan sekali komen tapi dua kali mengatakan pau saya tak cukup banyak inti. Katanya pau mesti penuh dengan inti. Haaa maka kuatlah alasannya untuk saya mengepau pagi semalam. Saya ambik banyak banyak gambar yang menayangkan intinya. Ambik kau. Jom kita pakat mengepau ramai ramai.... 



Saya sebelum ni dah cuba resepi Pau Gebu yang memang gebu dan sedap. Klik di SINI. Kali ini, saja lah nak cuba pulak resepi yang juga mendapat sambutan hangat dari kalangan ramai pembaca. Resepi ini diambil dari Kak Ton Myresepi. Dengan cara ini kita dapat pelbagaikan resepi pau. Bahan yang digunakan adalah sama sahaja cuma sukatan berbeza dan cara penyediaannya juga berbeza. Walau bagaimanapun, kegebuannya adalah sama. Cuma yang saya perasan, permukaan pau yang dulu  lebih licin permukaannya.


Aduhaai sebaik diangkat dari kukusan, 2 biji pau gebu ni dah hilang kerana tak tertahan melihat kelembutan dan kegebuannya. Masa panas panas, inti pun masih lembut mencair. Hmmm kekenyangan sambil memasak jer, tak sempat duduk makan beradap di meja makan pun.


Kali ini, saya masak untuk 2 adunan, dapatlah dalam 22 biji pau. Jom layan resepi pau gebu dan lembut ini pula...






Pau Gebu dan Lembut


Bahan bahan:
250 gram (2 1/2 cawan) tepung pau - ayak
3 gram (3/4 sudu teh) yis kering
2 gram (1/2 sudu teh) baking powder 
50 gram (4 sudu besar) gula kaster
20 gram (1 sudu besar)  sayuran
2 gram (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam


Cara cara: 

Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener dan gula di dalam mangkuk adunan.

Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Bahagikan doh kepada  30- 40 gram setiap satu. Rehatkan selama 10 minit lagi.

Masukkan inti dan tutup kemas. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2" x 2") dan susun di dalam pengukus. Rehatkan pau selama 45 minit sebelum dikukus.





Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk mengelak air menitis atas pau semasa dikukus.




Nota:
Air perlu lah betul betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ada pengukus).


Angkat bahagian pengukus yang ada pau dengan penutup sekali bagi memastikan pau tidak menggerutu permukaannya. 



11 comments:

  1. haisshh mengalir2 air liur terpaksa D5 telan hehehehhe sedap tul nampak nyer haiissshhh terasa nk buat je..harap2 percubaan pertama buat pau menjadik ler ek. Thanks Azie kongsi resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, kita ni sama. Sama sama budak baru belajar. Insya Allah jadi. Buat banyak dan simpan dalam freezer. Bila nak makan jer, steam sekejap. Terus mencair intinya...

      Delete
  2. mantap pau niee

    ReplyDelete
  3. saya merupakan ibu bekerjaya......saya rasa seronok dan teruja wanita bekerjaya seperti puan rajin memasak.....entah macam mana saya jadi turut sama teruja utk memasak.....banyak jugak resepi dari blog puan saya jadikan menu keluarga.....diharap teruskan dengan apa yang puan buat....

    ReplyDelete
  4. tidak letak lemak sayuran xpa x

    ReplyDelete
  5. saya,puan satiah dari kpg triso,nak tanya kalau kita buat pau kukus ni, dapatkah pau ni bakar dalam ketuhar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah cuba. Rasanya boleh. Akan jd mcm roti bakar

      Delete
  6. sedapnye tgk gambar2 mskan awk, mmg nk try wat pau ptg ni ;) thanks resipi !! n nice blog

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.minta kbnrn ambil resepi ye. tq

    ReplyDelete
  8. kertas yang ade kat bawah pau tu nak dapat kat mane??


    '

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.