Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

26 Jun 2012

Yeaaayy Pau Gebu





Minggu lepas semasa menghadiri kursus, kami dihidangkan dengan pau yang sangat gebu sehingga my friend bertanya kalau saya pernah membuat pau. Bila saya beritahu yang saya belum pernah, dia terus suggest untuk saya mencuba. Inti pau yang dimakan hari tu menggunakan kaya yang berperisa kacang hijau yang sangat sedap. Kebetulan, beberapa hari lepas terpandang sahabat saya Fauziah yang membuat posting Pau Gebu dalam facebooknya. Aduh, lagi teruja untuk mencuba sendiri. Orang kata tak lengkap kalau saya yang mempunyai blog masakan tapi tak pernah membuat pau sendiri.

 

 


Resepi ini saya ambil dan olah dari Ieza myresepi dan tertarik selepas membaca komen komen positif dari mereka yang telah mencuba yang membuatkan saya tergedik gedik tak sabar untuk membuat pau. Sebenarnya banyak resepi pau proven yang ditemui seperti Pau Gebu, Pau Bagus dsb. Apa yang ditulis, Ieza dapat resepi ini dari tokey Kedai Yummi Bakery Bandar Baru Bangi. Aduhaaaiii...Mula lah menanya my friend cara cara bagi menjadikan pau yang permukaannya cantik dan licin. Tak mahu lah fail dalam percubaan pertama..



 

Untuk pau hari ini, saya hanya membeli readymade inti kacang hijau sahaja. Bukan apa, kesuntukan masa untuk menyediakannya sendiri. Saya sampai di rumah dah pukul 7 petang dan hubby terus ke pejabat kerana mempunyai mesyuarat. Saya terus ke dapur membuat doh dan sementara adunan diperap, saya menunaikan solat. Selepas itu, terus membuat pau dan mengukus sambil menonton drama Devaju di Kinabalu di TV3. Hmm watak Bazli yang sangat romantis tu, memang mencairkan hati wanita seperti ku.. hahaha. 

Puashati...sangat puashati dengan resepi ini. Walaupun percubaan pertama, kejadian pau saya ini dikira cantik jugak lah dan yang penting gebu dan sedap. Kenapa saya tidak boleh memuji resepi dan hasil masakan saya sendiri kerana pada akhirnya, terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Saya sendiri akan memilih resepi berdasarkan feedback penulis blog dan rakan rakan yang telah mencuba. Jika mereka menulis sebagai sedap, gebu dsb, maka itulah resepi yang saya cari cari dan yang akan saya cuba. Jika tiada penilaian dibuat kepada hasil masakan, pastinya saya tidak tertarik kepada resepi sebegitu. Itu sebab saya suka membaca resepi di Myresepi kerana mereka yang telah mencuba akan menghantar laporan. Ianya membantu kita membuat keputusan dan pilihan resepi. Untuk pau hari ini, saya hanya membuat separuh adunan sahaja dan dapat menghasilkan 21 biji pau. Jom layan...




Pau Gebu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan (60 biji)

Bahan-bahan (A)
300 gm air suam
220 gm gula kaster
18 gm yis segera - Mauripan/Kijang

Bahan-bahan (B)
920 gm tepung pau
60 gm vegetable fat (special for pau)
180 gm air
1 sudu teh bread softener
2 sudu teh crescent baking powder
2 sudu teh minyak masak

Cara-cara:
Masukkan air suam ke dalam mangkuk, tambah yis segera dan gula. Campur hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

Ayak tepung bersama baking powder. Kemudian campurkan tepung tadi bersama bahan B yang lain dan campur dengan bahan A tadi. Uli dengan tangan atau masukkan ke dalam mesin buat roti atau kitchen mixer sehingga sebati dan menjadi doh. Saya guna kitchen mixer dalam 10 minit.

Rehatkan doh 20 minit, kemudian bahagikan kepada 40 gram ke 45 gram. Rehatkan lagi 10 minit.

Bulatkan doh dan leperkan atas tangan, kemudian masukkan inti yang disukai, tutup doh kemas kemas dan bulat bulatkan. Lapik dengan baking paper. Tutup dengan plastik  semua doh. 
 

 


Rehatkan lagi selama 20 minit ke 40 minit supaya doh mengembang 2 kali ganda. Terus dikukus sebaik doh mengembang untuk mengelakkan pau menjadi kecut selepas dikukus.

Kukus atas air yang mendidih selama 10 ke 12 minit dengan api yang besar.

 



Nota 
Pau ni boleh goreng juga kalau tak mahu dikukus. Memang sedap..

Untuk mendapatkan kulit pau cantik dan tidak menggerutu, balut penutup pengukus dengan kain, kalau boleh, guna tudung atau kain empat segi. balut seluruh tutup kukusan, lepas tu ikat lebihan kain dgn getah kat atas penutup agar wap air tidak akan jatuh atas pau. 

Mengukus pau, biasanya 5 minit aje dah cukup dengan api yang besar. Bila dah masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau tu dengan penutupnya sekali ke bawah. Baru lah buka penutupnya. Kalau kita buka penutupnya semasa masih di atas api tu yang menyebabkan kulitnya jadi mengerutu..

Boleh tukar vegetable fat special for pau dengan vegetable shortening. Crescent Baking Powder tukar dengan baking powder biasa.

Jika dibuat banyak, boleh disimpan di dalam freezer. Selepas dikukus dan disejukkan, simpan dalam bekas bertutup.








20 comments:

  1. Kreatif je akak. =)
    Pau pon pandai buat..Eheee.Gebu je pau...Kalau duk dekat, mintak tapau dah ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, kalau dekat memang selalu kita hantarkan. Indon worker kat belakang rumah kita pun selalu juga dihantarkan. Tertarik dg resepi ininyg dikatakan gebu. Resepi yang di dperolehi dari bakery

      Delete
  2. Waaahhhh gebus mebus, best nyerrr pebret D5 nie xsabo2 nk cube nampak sungguh sedap sgt, kunyah2 monitor je lah kann.....hehehheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, my hubby kata pau gebu tapi inti tak cukup banyak. Tadi macam tak pasti banyak mana inti yg perlu dimasukkan. Semasa dibentuk, paunya kecil sahaja, tapi lepas kembang dan lepas kukus, jadi besar. I suka pau yang kecil comel tu. nanti D5 cuba buat, memang menyeronokkan bila kita dah berjaya membuat kuih kuih tradisional begini

      Delete
  3. wah... gebussssss nya..... sedapppp... rajinlah pulak mengukus ni... Vitamnin M tinggi amatlah, bab2 kukus ni dua tiga hari ni... ngape ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ogyep, projek ni dah seminggu tertangguh. Malam tadi digagahkan juga utk menjayakan projek Pau Gebu. Berkat minum monavie kot, bertukar jadi mood R. Malam tadi, tidur pun hati berbunga sebab pau gebu menjadi

      Delete
  4. nak try jugak lah Zie mana tau menjadi gebus sbb kadang2 akak buat kureng gebus boleh ambik resepi ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, cubalah. Memang gebu pau ni. Malam tadi, letak kat luar masih OK cuma tak lah segebu malam tadi. Nak makan, kukus balik sekejap.

      Delete
  5. salam kak zie,nampak mmg gebu la..zila dh lama x buat pau..biasanya beli jew..teringin jgk nk buat nnt..keep resepi akk nie yer..tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zila kerana sudi singgah. I saja jer seronok nak mencuba tapi bila dah siap dimasak, ramai pulak peminat. 1 pengukus dah habis malam tadi. Jadi fikir jimat juga membuatnya sendiri.

      Delete
  6. salam ziarah kak Azie...terima kasih sudi komen di blog sy..sy dh merajuk ngan pau..buat asik kecut je..akak punya tu cun je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi, apakata cuba resepi ini. Jangan cepat putus asa. I masih seronok dengan kejadian pau ini. Selepas sehari masih lembut walaupun tidak disimpan di dalam bekas bertutup. Selepas dikukus, ianya kembali gebu dan lembut seperti baru baru dimasak. Memang puashati.

      Delete
  7. Azie, very nice. I want to try also. But 60 pau is quite a lot. If I halve the recipe will it work ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH, I did half of the recipe and made 21 pcs. After steaming for a few minutes, the pau is still as gebu as yesterday. Strongly recommended for you to try it out.

      Delete
  8. Aslmkum kak.
    Tumpang singgah ya. Jannn marah sue menyelongkar dapo pg2 ni lps nyelongkar dapo kak Ita. . Heeee. . Tertarik tgk pau tu, ble tgk ja la. Nak mntk kompem dah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Sue, kedatangan Sue dialu alu dan diraikan. Hahaha pau tu memang dah habis, ni dah tak sabar nak membuatnya lagi, boleh disimpan dalam freezer pun kalau tak habis. Bila bila nak makan, dah tersedia. Terima kasihbkerana sudinsinggah dan meninggalkan sepatah dua kata.

      Delete
  9. Salam kak azie saya dah cuba resepi mmg best. . Cik abg kata mcm kat kedai aje. .. Baru ni buat inti kcg merah dan sardin kentang mmg sedap. Tq so much share resepi. Zila mmg selalu menggunakan resepi akak. Mohon halalkan.

    ReplyDelete
  10. Tepong pau dgn tepung high protein sama tak k.zi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak sama. Boleh tanya dg kedai bakeri

      Delete
  11. salam k azie.. saya nak tanya kalau xde tepung pau bread softener and veg fat tu boleh subsitute dgn apa ya. teringin nak buat tapi x jumpa bahan2 tu. huhu,,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.