Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 28 July 2012

Masakan dari Azie Kitchen Dalam MIDI 1 Ogos 2012




Jangan lupa layan masakan Kelantan dan Terengganu kegemaran Azie dalam majalah MIDI 1 Ogos 2012 yang diambil dari blog Azie Kitchen. Walaupun hampir 28 tahun saya mula tinggal di Kuala Lumpur dari belajar di universiti sehingga bekerja, berkahwin dan menetap di sini, saya tetap menpunyai selera dan tekak Kelantan. Bila melihat sahaja masakan Kelantan, muka saya akan bercahaya dan semuanya menjadikan saya berselera. Tambah tambah kini, peluang untuk balik kampung adalah terhad. Hanya sekali atau dua kali sahaja dalam setahun. 


Saya merasakan famili saya adalah famili yang hidup dalam adab dan susila Kelantan, anak anak saya pulak comel seperti gadis manis Cik Siti Wan Kembang tapi tidak jadi begitu kerana mereka tidak dilahirkan di Kelantan dan mereka merasakan mereka adalah anak Kuala Lumpur. Citarasa mereka bercampur baur kerana ada yang suka makanan Kelantan ada juga yang suka masakan ala mamak mengikut my hubby yang suka nasi kandar, kari, roti canai dsb selain masakan moden dan western. Saya merindui kampung halaman, bonda dan adik beradik di sana, masakan dan segalanya di sana yang akan kekal selamanya di hati. Rindu untuk bercakap loghat Kelantan di rumah ini tapi sayang saya hanya bersendirian. Hanya saya seorang sahaja orang Kelantan di rumah ini. Saya kena terima hakikat ini dengan pasrah...



Selepas tamat pengajian, saya bekerja sekejap dan terus kawin. Bila kawin pulak dengan orang bukan senegeri, menjadikan peluang untuk balik kampung selalunya tak lama dan pada hari raya pulak dibahagi pada dua kampung. Saya memang tak puas balik bercuti di kampung selepas bekerja. Semasa kecil, kita mana boleh ke sana ke mari, membeli itu ini kerana belum mampu untuk bergerak sendiri dan membeli sendiri. Tapi bila dah mempunyai gaji sendiri, kesempatan pulak yang tidak ada.


Saya sentiasa berbangga menjadi anak Kelantan walaupun ramai yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap orang Kelantan. Tapi jika ingin dicari yang negatif, pasti ditemui tapi jika ingin mencari kelebihan, pasti banyak sekali. My hubby pun agaknya tak menyangka akan mengahwini mek Kelantan seperti saya. Apa apa pasti dia mengakui kerana saya orang Kelantan lah, dia menjadi seperti sekarang dan kami mempunyai apa yang kami punyai. Kerana semangat bekerja dan cita cita yang tinggi serta usaha yang gigih untuk menrealisasi sesuatu impian. Hahaha agak jer sebab pasti dia tak akan komen apa apa nyer.


Di dalam MIDI kali ini ditampilkan 3 resepi dari blog Azie iaitu Nasi Kerabu Kelantan di SINI yang merupakan resepi yang dipelajari dari sepupu saya Cik gu Wan Faizah yang memang handal memasak, Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai di SINI dan Nasi Dagang Terengganu di SINI dan lauknya di SINI yang saya pelajari dari internet. Kepada sesiapa yang resepinya telah saya cuba, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ini. 





Selain resepi dari blog Azie dimuatkan juga resepi dari blog CT Delima, Jintan Manis dan dari Dapur Bonda. Tahniah kepada semua. Terima kasih kepada sahabat saya, Che CT yang walaupun baru kenal sangat terasa keakrabannya di hati yang telah memaklumkan pada saya berkenaan perkara ini. Terima kasih juga kepada Ayu dari majalah MIDI dan maaf juga kerana tak dapat memenuhi permintaan Ayu untuk menyediakan juadah dek kekangan masa. 


Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saya samada yang telah sign up as follower atau sebagai silent follower kerana jumlah kunjungan blog Azie meningkat hampir 180,000 dan juga follower yang telah mencecah 200 orang. Terima kasih atas sokongan anda. Love uolls so much. Jom dapatkan naskhah anda hari ini....

14 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih, Ina. Selamat berpuasa dan berterawih

      Delete
  2. Tahniah sis muncul di majalah.sy pun kalau masakan Kel mmg favorit....byk masakan Kel yg sy suka.kalau sesekali balik cuti akan ambil peluang ke pasar2 pagi utk lihat pelbagai makanan.....mulalah terasa nak beli semua. betul tu sis bila dah bekerja dan berkeluarga mmg peluang balik kg lama dah tiada....balik cuti sekejap ...tak puas rasanya.
    re; di Cairo tempat2 jualan makanan semasa Ramadan suasana sama saja mcm bukan bulan Ramadan...cuma akan dibuka lewat.tak da gerai2 khas jual makanan. cuma gerai2 roti panas yg jadi tumpuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamasya, kita sama ya. Memang susah dipisahkan. oh depa tk ada kuih kuih khas utk berbuka puasa ke sebab roti tu makanan biasa mereka jer kan

      Delete
  3. Tahniah kak Azi... semua menu2 lauk pauk kelantan yang best... ;)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Azie, D5 bukan org kelantan but mmg suker mkn makanan kelantan.. :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, skrg ni kita lebih versatile. Mcm saya pun suka juga masakan noghori.

      Delete
  5. Tahniah Azie! Apa pun tentang Kelantan dan bukan Kelantan, kita adalah 1Malaysia, kongsi budaya, agama dan bangsa demi untuk perpaduan hidup. Tahniah sekali lagi... tambah meriahlah dunia masakan tanahair kita ye Azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie, betul sekali tu tapi tempat kita dibesarkan tentunya banyak mempengaruhi selera dan tekak kita. Saya sendiri byk memasak masakan noghori dan juga lain lain negeri dalam hidup seharian. Jarang memasak makanan Kelantan kerana anak anak dan hubby suka semua masakan. Saya makan makanan Kelantan sepuasnya waktu balik kampung kerana yg ada di sini tak sama dengan masakan ori di Kelantan.

      Delete
  6. Salam dan tahniah Azie, masakan Kelantan unik dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, bro. Kelantan banyak sekali makanan tradisi yg tiada di tempat lain. Kuih muihnya yg pelbagai. Kalau naik ke Pasar Siti Khadijah memang rambang mata dibuatnya. Saya tak jumpa di tempat tempat lain. Lebih unik.

      Delete
  7. Sy pun suka masakan kltan trutama nasi kerabu n laksam..pencuci mulutnya pn sy suka spt biji nangka, lompat tikam n akok..di tempat sy tinggal mmg da jual nasi kerabu tpi kuah tumis tak pure n same goes dgn kuah laksam+smbal tumbuk..ada jga kwn2 kltn tpi xnk le nyusahkn diorg bab tlg masakkn utk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm masakan Kelantan sentiasa membuatkan selera saya terbuka.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.