Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

26 Mei 2012

Puteri Mandi





Puteri mandi kalau masa kecik kami panggil Terri Mandi jer mungkin sebab ianya seperti seorang puteri yang sedang bermandi manda kot. My mom selalu lah buat kuih ni, jadi dah rasa biasa sangat, dah tak ada keistimewaan pada saya. Tapi bila dah dewasa, baru terasa ingin makan puteri mandi yang dimasak sendiri. 





Kuih ini senang di dapati masa bulan puasa di bazar bazar ramadhan. Kalau bulan puasa, saya suka kuih muih yang basah basah seperti kebanyakan kuih muih Kelantan berbeza dengan hubby dan anak anak yang makan kuih biasa samada bulan puasa atau hari hari biasa contoh karipap, putu mayam, laksa penang dsb. Saya pula suka macam nekbat, butir nangka, sekaya telur, puteri mandi, sira pisang, lompat tikan yang semua basah basah dan banyak dijual hanya pada bulan puasa. 

Sebenarnya saya membuat kuih Puteri Mandi ini bagi menghabiskan baki kelapa parut yang digunakan untuk membuat sambal kelapa Nasi Kerabu Kelantan yang saya buat pagi tadi klik di SINI. Tapi biasalah susah nak cari kelapa parut muda dan yang putih sahaja. Tapi bila beli di kedai runcit ni, mereka main parut jer dan nak cari kelapa muda, memang lupakan lah. Itu sebab kejadiannya kurang menarik sikit. hahaha itulah yang saya tanam sendiri pokok kelapa di belakang rumah. Kot nanti boleh dapat kelapa muda untuk dibuat kuih muih dan juga diminum airnya. 

Apa apa pun sangat sedap dan menghilangkan rindu pada kampung halaman. Jom layan resepinya....


Puteri Mandi

Oleh: Azie Kitchen
 

Bahan kuih:
1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Pewarna
Sedikit air


Bahan kuah:
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut
2 helai daun pandan
Garam

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. Biasanya warna hijau dan putih.

Sementara itu, didihkan setengah periuk air.

Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya. 





Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.







Untuk kuah, masakkan air, gula, garam dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat.

Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata. Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.





9 ulasan:

  1. rajinnya Azie buat puteri mandi ni kak Noor selalu beli je tu pun time puasa malas sbb sorang je yg makan,anak2 tak reti nak makan lah pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, buat semangkuk jer untuk dimakan sendiri. dua tiga kali ulang semasa masuk dapur, dah habis. Yang penting, dapat menghilangkan keinginan nak memakan puteri mandi

      Padam
  2. Biasanya time bulan puasa lah baru dapat makan kuih ni...Yummy~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, kalau dibuat sendiri, boleh makan bila bila masa jer. Tak payah tunggu bulan puasa. Lagi pun sangat menjimatkan

      Padam
  3. Family mertua dari kelantan nak datang, Boleh cuba resipi ni. Nampak mudah jew. Tapi kan kak boleh ke sy buat awal dan hidang untuk esok.(tanpa bergaul kelapa)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum k. azie.. sy byk jgk ambil resepi dri blog k. azie ni kalaw nk msk.. hope k. azie halalkan yep.. klaw nk msak pape je mesti tgk yg k. azie dlu hihi.. alhamdulillah menjadi

    BalasPadam
  5. Thanks kak azie for your sharing...saya suka cuba resepi2 daripada blog kak azie...semuanya sedap2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih juga kerana singgah di blog azie kitchen

      Padam
  6. Kak azie, puteri mandi x sama ke dgn kue badak berendam?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.