Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 21 May 2012

Nasi Arab Hadramaut




Saya ada mencadangkan sahabat saya, mamasya supaya belajar resepi masakan Arab dari orang orang Arab sementara beliau sekarang berada di Mesir.  Kemudiannya beliau memberitahu saya berkenaan resepi Nasi Arab Hadramaut yang memang diajar oleh orang Arab. Saya pun terus menyalin resepi dan meminta hubby membeli ayam. Rasa macam lama betul saya tak memasak nasi arab. Sebelum ini saya memasak Nasi Kabsah juga mengikut step by step video yang dimasak oleh orang Arab juga. Lihat di SINI untuk resepi Nasi Kabsah Arab tersebut. 

Nasi ini saya sediakan untuk makan tengahari hari Ahad. Kalau hari Sabtu, saya tak memasak, hanya menyediakan Pai Ayam Melbourne di SINI yang diidam idamkan oleh Aween sejak sejak kami balik dari States. Hari hari dia meminta saya membuatnya, siap merajuk lagi bila dia bangun pagi Sabtu melihatkan pai belum dibuat. Anak anak umur macam ni memang kuat makan sikit. Maklum umur tengah meningkat remaja.



Berbalik pada resepi ini, memang sedap nasi hadramaut ni. Tapi saya tak punya serbuk pewarna merah tu. Jadi ayam kami hanya berwarna kuning sahaja. Tidak seperti  nasi Arab yang ada sedikit kemerahan. Saya juga mengasapkan nasi ini kerana sedap nasi yang diasap seolah kita membakarnya dengan arang. Sebab nak memudahkan, saya hanya memasak menggunakan rice cooker jer. 

Kalau nak tahu macam mana sedap nyer, kena lah cuba sendiri. Terima kasih pada mamasya kerana telah berkongsi ilmu dengan kita semua. Tengok resepi dan step by step blog Mamasya di SINI. Di sini saya kongsikan pulak dengan kawan kawan yang lain....



Nasi Arab Hadramaut
Sumber: mamasya
Olahan: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam - potong 2 atau 4
5 cawan beras basmathi - basuh dan tos
Air secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong
2 labu bawang besar  - potong bulat
2 biji lada hijau - potong 2-3

Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
5 biji buah pelaga
2 helai bay leave
3 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk jintan putih

1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)
2 sb serbuk mellah farolah ( tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive


Cara cara Nasi:
Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan  masak selama 1/2 jam.

Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.

Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 labu bawang besar dan cili hijau.

Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.

Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.

Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.

Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.

Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.

Siap untuk dihidangkan.



Nota: saya asapkan nasi dengan cara meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak. Tuang sedikit minyak olive ke dalam foil dan letakkan arang yang telah  menjadi bara supaya mengeluarkan asap. Cepat cepat tutup permukaan periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk)




Cara cara Menyediakan Ayam:
Renjiskan ayam dengan sedikit air sejuk.

Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.

Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.


Salatah:
3 biji buah t omato masak
3 biji cili hijau
3 bawang putih
Garam
Sedikit air

Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.


Zabadi:
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot

Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Nasi Arab Hadramaut:
Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan hidangan.





Selamat menjamu selera...




Enjoy ...

16 comments:

  1. Salam k.Azie.wah dah terhidang nasi hadramaut...nampak menyelerakan.nasi hadramaut ni sy mmg suka...itu yg belajar cara membuatnya. pewarna merah kalau tak letakpun tak pa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time buat nasi hadramaut. Sebelum ni mandy dan kabsa jer. Tapi yg mamasya punya lagi nampak real arab.

      Delete
  2. Tq for the recipe. Nak cuba tis week..Jazakallah

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie,

    Salam perkenalan....Saya Haida...silent reader blog akak....saya nak tanya akak bahan utk masak ayam...dekat mana saya boleh beli pewarna mellah farolah? if tak ada pewarna tu boleh gantikan dengan pewarna lain tak? Syukran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dibeli di kedai yg jual rempah masakan arab atau pakistan? Kalau tak ada, pun tak apa. Atau letak jer pewarna merah

      Delete
  4. Tq Kak Azie...Nanti saya cuba cari...:)

    ReplyDelete
  5. Slm kak azie..ns arab ni nk msk dgn dagig resepi sama juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi sama tp daging kena rebus bagi empuk dulu sebelum dibakar

      Delete
  6. nmpak mmg sedap...pas ni kte orng nk try buat....thanks againn...

    ReplyDelete
  7. Salam. Resepi kak azie ni mmg berguna sgt, menjadi sy buat. Ni da masuk kali ke 3 sy buat. Family sy smua suka. Diorg ckp takyah g beli kedai lg dah. Alhamdulillah. Bila kita masak org suka mmg seronok. Thanks 4 sharing ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, glad to hear that

      Delete
  8. Assalamualaikumm.. saya Min. Hrp dpt guna resepi ini, nk try buat nasi Arab ni,, nampak sedap. Kalau guna daging kambing, macammana ye? Anyway, thanks a lot.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..sy nak try recipe ni..tqvm for sharing

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum. tyvm for thrpe recipe. sy nak try buat dan hrp menjadi dan sedap....in shaa Allah

    http://nawalherbalbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.