Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 14 April 2012

Kari Mamak Kepala Ikan Merah


 
Hari ini saya memasak Kari Mamak lagi untuk hidangan makan malam. Kebetulan hari ini kakak saya, Cik gu Asiah dan keluarga ada di rumah kami. Sementara mereka keluar menghadiri kenduri kawin, saya mula masuk dapur kerana kari sedap disediakan lebih awal supaya ianya lebih mesra.

Resepi ini lain dari resepi kari mamak yang saya sediakan sebelum ini. Lihat di SINI untuk resepi Kari Mamak yang disediakan.  Resepi ini saya minta dari Rusila kerana hari saya memasak kari mamak, Rusila juga membuat posting dalam facebook yang dia juga memasak kari mamak. Menurut Rusila, resepi ini dipelajari dari hubby dia sendiri.  Terima kasih Rusila kerana resepi yang sangat ringkas dan sedap ini.

Jom layan...


Kari Mamak Kepala Ikan Merah

Kepala ikan jenahak/tenggiri
2 keping isi badan ikan di atas
1 cawan santan, (tak payah yg pekat pun tak apa)
5 sb rempah kari ikan Baba's
2 sb serbuk ketumbar Babas
3 sb cili serbuk Babas
1/2 sk jintan putih
2 sk biji sawi
3 sb halia + bawang putih (yg diblended)
5 ulas bawang merah kecil (dimayang)
2 biji fresh cili merah besar (belah dua)
2 tangkai daun kari
Asam jawa, sampai rasa cukup masam 
2 biji bawang besar merah & 1 biji buah tomato (diblended hancur)
Bendi dan terung

Cara Memasak:-
Tumiskan biji sawi, daun kari, bawang merah yg dimayang dan cili besar sampai wangi. Kemudian masukkan blended halia + bawang putih, serbuk2 kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.




Kemudian masukkan blended bawang besar + tomato, biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan menambah air.


Biarkan sampai hampir2 mendidih, masukkan ikan. Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yg menarik.


 



Taaaaraaaa... kari ikan mamak siap! Masak siang, utk makan malam lagi best. Kari lebih mesra.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.