Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

31 Mac 2012

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style




Seperti saya, hubby pun suka menjamu dan meraikan kawan kawannya. Setiap kali menjemput kawan kawan, beliau minta saya memasak yang hidangannya ikut waktu kedatangan tetamu samada makan tengahari, minum petang atau makan malam.  Esok Razali dan Liza akan berkunjung ke rumah dan seperti dijanjikan saya akan memasak untuk mereka.

Pada mulanya saya bercadang untuk memasak laksa johor tetapi memandangkan mereka akan datang waktu tengahari, ada baiknya jika saya terus menyajikan hidangan tengahari. Oleh kerana tengahari, maka saya perlu menyiapkan nasi dan beberapa lauk pauk. Oleh kerana hari ini saya bekerja dan tiba di rumah sudah hampir pukul 6 petang, saya rasa elok jika saya terus memasak Kari Ikan Tenggiri malam ini. Selain tidak mau terburu buru pagi esok, juga kerana kari ikan lebih sedap jika dimasak sehari sebelum masa mahu dihidangkan kerana ianya lebih mesra dengan rempah rempah kari.  

Kali ini saya menggunakan resepi Kari Ikan ala Mamak Style yang tidak menggunakan santan, sebaliknya menggunakan bawang bawang dan rempah yang banyak. Mengikut apa yang saya baca dari blog Madihaa, resepi ini memang  resepi pilihan kerana kari yang dihasilkan adalah terbaiiikkk...

Jom kita layan resepinya ... 




Kari Ikan Tenggiri Mamak Style
Sumber : MaDiHaA  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 keping ikan tenggiri - kepala ikan lagi sedap
5 sb rempah kari ikan - Alagappas atau Baba's 
2 sb cili kisar/cili serbuk 
2 tangkai daun kari - jangan leraikan  
1 sk halba campur  
Air asam jawa lebihkan sedikit - 1 sb pes asam jawa adabi 
Garam secukup rasa 
Air secukupnya utk kuah 

Bahan bahan Kisar  
1 biji bawang besar  
4 ulas bawang merah  
4 ulas bawang putih  
1 sk serbuk lada hitam  

Bahan bahan Mayang  
1 labu bawang besar 3 biji bawang putih  
3 cili padi - potong kecil 

Bahan Rampai  
Terung - belah tengah; atau 
Kacang bendi 
Cili hijau  
Buah tomato - belah dua  

Cara cara
Panaskan minyak dan masukkan cili padi yang dipotong. Masukkan halba campur dan bahan bahan yang dimayang.  Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan mesin. 






Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari.  Jangan ceraikan daun tu sebab batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari. Masak sehingga hilang bau rempah tu. Masukkan  air jika rempah nampak kering.  



 
Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai.  Masukkan garam.  


 
Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. 







 Sedia utk dihidangkan.






11 ulasan:

  1. Saya cuba resepi akak ni. Menu berbuka puasa. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Memang sedap..en.suami pun suka..siap cakap kari ibu ni no.1..hihihi..thnks kak azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh soo sweet. Alhamdulillah.

      Padam
  3. Tq Azie, baru masak kari resepi ni.

    Memang sedap sangat tapi gunakan ikan unga.

    BalasPadam
  4. Assalam wbt.sy byk rujuk resepibyg akak share kat blog..akak halalkan sy tiru resepi2 akak ye. Semoga akak sentiasa dimurhkn rezeki dgn perkongsian ilmu bermanfaat buat sy yg bru blajar masak..huhu

    BalasPadam
  5. Askum kak😊..selalu intai resepi dlm blog ni,arini ikut resepi kari ikan tenggiri resepi akk yg ini plk..sedapp amatt! Tq😉

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum....kari ni mmg x guna santan atau susu cair ke...nmpak sedap blh cuba ni...sy minta halal ya

    BalasPadam
  7. Kalau nak masak & carik resepi mmg resepi dari Azie Kitchen jd pilihan utama.terima kasih kak azie ntuk resepi yg sedap2 ni..halal kan yea..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.