Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

1 Apr 2012

Daging Masak Hitam




Hitam hitam si tampuk manggis, walaupun hitam ku pandang manis. Hitam hitam si daging hitam, namun hitamnya, sedap sekali. Hmm apa punya pantun ke apa ke ni. Bukan apa sebab warna daging ni, hitam betul. Hitam melegam gitu. Agaknya kicap pekat yang saya gunakan menjadikan warnanya yang sangat sesuai dengan nama resepi  ini.


Selain lauk berkuah dan sayuran,saya juga menyediakan 2 jenis lauk kering iaitu sambal tumis telur rebus seperti yang saya sediakan semalam. Klik jer di SINI untuk melihat resepinya dan juga Daging Masak Hitam.  


Kami memang jarang membeli daging, tak tahu kenapa begitu.  Mungkin juga kerana anak anak lebih gemar makan ayam berbanding dengan ayam, sedang saya sendiri sukakan daging. Jadi bila sekali sekala memasak untuk tetamu, saya mengambil kesempatan untuk memasak sesuatu yang saya jarang memasaknya. Ini bagi memastikan lauk pauk tidak membazir jika anak anak tak mahu memakan daging.


Tekaan saya silap kerana ternyata masakan ini sangat sedap sehingga anak anak saya makan berulang ulang dalam masa beberapa jam sahaja. Malahan Aween bertanya kenapa sedikit sangat daging yang dimasak dan minta supaya saya memasaknya lagi. Jom layan resepi dulu...



Daging Masak Hitam 

sumber: Hanieliza's Cooking

Oleh: Azie Kitchen


Bahan-Bahan:
500 gm daging [dipotong nipis]
1 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/k serbuk jintan putih   ] bancuh dgn air rebusan
4 s/b minyak masak
5 s/b kicap pekat
1/2 cawan jus asam jawa

Gula secukupnya

Bahan Mesin
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
15 tangkai cili kering

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan jintan yg dibancuhkan hingga wangi.


Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga lembut. Bila sudah lembut, masukkan kicap pekat.




Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Rasakan garamnya.



Bila telah masak boleh hidangkan. 






16 ulasan:

  1. Salam kenal k.Azie.kalau masakan daging ada kicap gini mmg kegemaran kami sekeluarga...wpun hitam tp sedap.tahniah muncul di majalah...

    BalasPadam
  2. Salam Mamasya. Terima kasih kerana follow my blog. Kalau tengokkan warnanya tu memang menggerunkan tapi bila makan, aduhai sedapnyer. Mamasya ada blog juga ke? bolehlah I visit

    BalasPadam
  3. Assalam Azie, terima kasih sudi masuk dapur akak yang dah suam2 kuku tu..hehe.. Re: Acuan Puding Roti Karamel tuh adalah acuan silicon...akak beli di Pantry Magic, Bangsar, KL hari tu (boleh tengok entry akak masa jalan2 di Pantry Magic dulu)... Boleh la terjah ke sana pulak...mahal tp berbaloiii...bakar kek pun senang, xyah nak gris or alas dulu...jimat masa.. ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Ummi kerana sudi melawat dapur saya, budak yang baru belajar ni. Saya selalu masuk dapur akak. Banyak resepi menarik yang boleh digunakan untuk hidangan keluarga saya. Pantry Magic di kawasan mana ya? Tak apa, lepas ni nak bertandang ke dapur akak.

      Padam
  4. salam kenal dan ziarah disini kak azie.
    baru terjumpa blog nie..nice blog la..suka daging tue..ratah mcmtu pun dah sedap tau..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal untuk Zila juga. Gembira kerana Zila sudi meluangkan masa untuk memberikan komen. Sebagai orang baru dalam blogging, saya sangat menhargai kawan kawan yang sudi mengenali dan menziarahi dapur saya. Daging tu memang sedap diratah begitu sahaja. Saya pun mencuri curi juga meratahnya.

      Padam
  5. Betoi sgt2 kwn2 ..daging ni klu kena cara memasknya mmg sedap sgt..bru ni ada sy beli dn kebetulan sedap, ada pula terjumpa bahan penumis 4 bradik..mmg sedap smpai boleh diratah begitu sj..myb apa yg buat ia sedap ialah serbuk jintan2 dan kicap yg sedap(ni pun kdg2 nasib juga bila membelinya)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, daging yg lembut, memang sedap berbanding dg ayam. Tapi agak sukar utk mendapatkan daging lembut spt daging batang pinang

      Padam
  6. Hai tq share resepi yang sedap ni.

    BalasPadam
  7. salam kenal kak azie...sy yatie terngin nk mencuba masak hitam nie.
    sy dh mencuba resepi mee kari akak alhmdulillh sdp rasanya
    .thanks sbb kongsi resepinye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal. Cubalah. Saya suka masakan ini.

      Padam
  8. salam..kak nk tnye ckit..daging tu kne rebus dulu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik rebus sb daging lambat empuk

      Padam
  9. Assalam kak azie, saya dah 3x buat, memang sedap, tapi jadi xhitam pekat, macam coklat2 skit, akak pakai kicap apa ye

    BalasPadam
  10. salam kak.. memang terbaik lah resepi daging masak hitam aak nie.. bahan2 pun senang.. saya kalau nak masak, mesti ikut resepi akak.. mudah dan cepat.. bahan2 pun memang yg simple2 je..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. Saya nak cuba resepi ni. Boleh ke gantikan cili kering dengan cili giling?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.