Hmmm semuanya gara gara Sambal Tumis Telur ini menyebabkan saya makan heavy malam ni, nasi lemak lagi... Camne nak citer pasal diet bagai? Asalnya saya terbaca dalam blog Kkida pasal jenis jenis cili kering, aduhai dalam tu diselit pulak gambar gambar sambal tumis udang, sambal tumis telur yang gambar nya nampak sangat menyelerakan. Ada berani nak buat azam nak diet lagi? Atau makan jer lah apa rasa nak makan sementara masih boleh makan.
Memang saya bermasalah sekarang ini,
masalah tak boleh mengawal selera, masalah tengah seronok nak memasak
dan masalah seronok melawat lawat dapur rumah orang.
OK OK tak mahu citer lagi lah, sendiri mahu ingat lah, Azie. Nak pergi
US bulan depan ni rasanya baju semua dah tak muat, kalau tak mahu
berubah kena lah beli baju baru.
Jom
layan resepi sebab lepas ni nak dengar kuliah Ustaz Kazim nak cari
ketenangan diri, nak bermuhasabah diri sekali. Hidup untuk makan atau
makan untuk hidup?
Sambal Tumis Telur
Bahan bahan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng
Cara cara
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
Masukkan cili kisar dan goreng dengan
api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu
supaya sambal berwarna merah cantik.
Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat,
tambahkan air sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.







salam Zie apa kabar?? takde gambar sambal nye ke Zie mesti ngancam ni kan
ReplyDeleteNoor, baru jer upload gambar gambarnya. Tengah sedih ni Noor sebab dah termakan banyak malam ni semua dek sambal tumis telur nih
ReplyDelete