Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 28 April 2012

Baking Blueberries Cheese Tarts With Love






Hari ini saya membuat Blueberries Cheese Tart sebagai memenuhi permintaan Aween. Entah kenapa dah banyak kali dia meminta saya membuatnya. Bila dia melihat saya menyediakan cheesecake pun dia masih bertanya kenapa saya tak membuat cheese tart. Oleh kerana saya dan hubby akan bertolak ke US dalam beberapa hari lagi, jadi saya fikir elok juga jika hari minggu seperti ini, saya sediakan kuih yang dimintanya.

Pagi pagi lagi saya masuk ke dapur untuk menyediakan  pastri tart. Sementara menunggu ianya disejukkan, saya keluar untuk memberi makan ikan ikan yang sedang menunggu untuk bersarapan. Selepas itu, saya menyiram pokok pokok. Rasa puas sangat bila semua kerja kerja ini dapat disiapkan, maklumlah dalam seminggu 2 hari sahaja saya berkesempatan untuk melakukan rutin ini.

Oleh kerana saya belum punya acuan tart, terpaksalah mengajak hubby ke City Bakers untuk mendapatkannya dulu. Memang sedap dan rangup sekali tart ini.  Secukup rasa semuanya. Saya pejam mata dan menghabiskan 2 biji. Kalau ikutkan hati, 5 biji pun boleh habis. Hmm kalau nak tahu bagaimana sedapnya, kena lah cuba sendiri. Mudah sangat menyediakannya dan tentu jimat jika dapat dibuat sendiri selain boleh memakan sepuasnya. 

Nampak tak cheese tu macam melimpah sedikit sebabnya kerana saya nak menghabiskan adunan cheese, jadi taruk jer lah lebih sikit. Sepatutnya penuhkan dalam 3/4 lebih sikit jer dari crust. Apa apa ianya sangat sedap apalagi di makan sejuk sejuk selepas dikeluarkan dari peti ais.  Jom cuba buat sendiri...
 
Blueberries Cheese Tarts
Bahan-bahan - 20 biji 

Pastri:
125g butter (salted)
55g gula halus
250g tepung gandum
1 kuning telur (sejuk)
1/2 sk esen vanila
1 sb air ais

Satukan dan ayak tepung dan gula.

Masukkan butter ke dalam tepung dan gaul sehingga menjadi seperti crumb/pasir.


Masukkan telur kuning, vanilla dan air ais.



Gaul sebati sehingga menjadi doh dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

 
Keluarkan doh, biarkan seketika sehingga lembut. Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart.

Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris.



Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau sehingga keperangan.

Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling.

Perasan tak yang saya terlupa untuk  mengeluarkannya dari acuan tart tu, jadi saya tambah masa membakar untuk menjadikan crust yang rangup.   


Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.

Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
 

Cream Cheese Filling:
250g cream cheese- lembut
20g butter (salted)- lembut
50g  gula halus
1 biji telur 

Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.

Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi.
 

Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri.

 
Sudukan blueberries filling di atasnya adunan cheese. 

 
Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick.
Bakar pada suhu 170C selama 15 minit



Angkat dan boleh dihidangkan. Anak saya memasukkan ke dalam peti ais terlebih dahulu kerana cheese sedap dimakan sejuk, katanya Tapi saya pula suka memakan semasa masih suam panas.


   
Nota:
Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai  ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar.

Sebaiknya mula memutar filling cheese setelah selesai memasukkan filling blueberries ke dalam crust supaya cheese tidak lama berada di luar. Siap jer, boleh terus dituang ke dalam crust.

Boleh juga dimasukkan terus adunan cheese di atas pastri. 
Kemudian titiskan blueberries filling di atas adunan cheese dan lorek untuk dijadikan pattern.

Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.


Blueberry Filling:
125g fresh blueberries
1 sk gula

Boleh juga menggunakan Blueberries filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya

Panaskan blueberries dan gula sehingga mendidih atas api sederhana sambil dihancurkan berries dengan sudu. 

Masak dalam 6 minit atau sehingga pekat dan menjadi 1/4 cawan. Angkat dan biarkan pada suhu bilik.



Sedap dihidangkan dengan teh O panas panas. Ini adalah patern bentuk LOVE yang dibuat oleh Aween. I cooked this delicious Blueberries Cheese Tarts just to make you happy coz Mama love you so much, my son.


 
Nota:
Untuk mendeko, boleh juga menggunakan sedikit filling cheese di dalam piring dan diletak pewarna yang disukai dan gaul sehingga warna sekata. Dengan menggunakan toothpicks, titis cheese berwarna dan corakkan sesuka hati.  


Enjoy....



8 comments:

  1. wah dh cantik dh pic tu....QH amik mgadap cahaya...jd pic tu terang dan cantik...lps tu edit dulu...QH guna photoscape....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang nak di edit? I dah install photoscape tak tahu macamana nak buat. Hehehe tolong lah ajar ya.

      Delete
  2. Emmmm sedapnya.. Memang feveret ni.. Tapi tangan tak berseni la nak buat... Selalunya hasben lg terer.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama aleen, terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. I pun sama juga, tangan keras tak berseni. Dah isi filling cheese terlebih sebab nak menghabiskan kesemua nya. Lagi lah kurang cantik. Tapi hubby sangat sebab dapat memenuhi permintaan anak.

      Delete
  3. Salam k.Azie. sedapnya cheesetart tu....sy belum pernah buat lagi...asyik bertangguh nak mencuba..acuan tat dah lama beli.nengok entry mee goreng kat bawah tu....k.Azie org Kelate...samalah kita .sy kat Ketereh.Bachok baru sekali sampai...dulu2 masa zaman sekolah.
    re; Tkasih wish bday.kek tu buat tak sempat ambil step by step...lagipun segan sy tak pandai sgt deco2 ni...mudah2 bolehlah.K.Azie dah ke Asfour....antara tempat harus singgah tu kalau ke Cairo.slmt bercuti buat k.Azie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Mamasya. Terima kasih kerana sudi memberi komen. So glad to hear from you. Wah kita statemate lah. Dalam tak pandai mendeko, pun jadi juga. Cantik pulak tu. Percaya tak, seumur hidup tak pernah lagi i mendeko kek. Teringin sangat nak belajar tapi asyik tak berkesempatan.

      Semua chandelier rumah ni, beli dari Asfour. Itulah, my daughter dah nak habis, lain kali susahlah kalau ada nak membeli lagi.

      Delete
  4. salam Azie,kak Noor dok teringat je nak buat tapi tak terbuat dah lama ni tak merasa kalau anak2 jauh balik pasti diaorang suruh buat kena tunggu ada permintaan baru lah terbuat heheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Kak Noor. Sejak minat berbloging ni, rasa semua nak mencuba. Seumur hidup, ini lah pertama kali terasa keseronokan memasak. Minat memasak teransang selepas tengok gambar gambar masakan dalam fb Kak Noor dan TeeaRa Yatie lah.

      Sanggup di dapur sorang sorang tapi kalau tak ada orang makan, rasa frust lah sikit. Itu yang selalu bawa ke pejabat. Tapi kalau kuih yang dibuat atas permintaan ni, tak perlu risau. sure habisnya, I pulak tak sanggup nak makan. Takut depa tak cukup.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.