Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 8 April 2012

Beriani Daging Kambing




Resepi asal menggunakan daging tapi oleh kerana saya hanya mempunyai stok daging kambing, saya menyediakan Beriani Kambing. Lebih lebih lagi Aween sangat suka makan daging kambing. Setiap kali ke Restoran Nasi Kandar, pasti lauk daging kambing yang akan diminta.

Kalau di kampung saya, senang saja nak mendapatkan daging kambing. Tapi di sini memang payah nak mendapatkannya, apalagi daging segar. Jadi terpaksa lah membeli daging frozen dari Giant jer.

Lauk ini memang sedap sekali. Sebenarnya ia boleh juga dimasak menggunakan resepi Beriani Pakistan yang yang saya sediakan dulu tapi untuk kelainan, saya menggunakan rempah beriani segera sahaja. Lauk ini saya gandingkan dengan Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Acar Timun. Kira geng rapat lah ni. Serasi bersama lah. 

Jom layan resepi dulu...

BERIANI DAGING KAMBING
sumber: Hanieliza

Bahan 
1 kg daging  kambing  ] 
4 s/b rempah beriani    ] bancuh dgn sedikit air 
1 cawan yogurt 
3 s/b tomato puree 
3 biji kentang potong kecil] 
2 biji tomato buah [belah 4] 
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air] 
3 biji cili merah 
2 biji cili hijau 
2 labu bawang besar [belah 4] 
4 biji telur - rebus, kupas & kelar1 pokok daun ketumbar [potong kasar] 
Garam 

Bahan tumbuk 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 

Bahan tumis 
2 cm kulit kayu manis 
5 kuntum bunga cengkih 
2 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
1 tangkai daun kari 
Minyak 

Cara 
Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 




Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak. 
 


Masukkan buah tomato yg telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut. 


  
Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. 



Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, jika terlebih kering, tambahkan sedikit air panas. 



Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.