Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

11 Mac 2012

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap





Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Itulah yang terjadi pada saya hari ini. Memang dari pagi saya plan untuk gantung periuk belanga hari ini, nak berehat. Tapi dalam gitu pun, saya sempat buat breakfast, dalam tak nak masak, sempat lagi masak beberapa lauk untuk makan tengahari. Dah tu fikir nak keluar petang dan makan kat luar jer. Tup tup tengok anak buah saya, Farah Anis, Hariri dan si kecil Adib muncul depan rumah. Jadi plan nak gantung periuk belanga tak kesampaian, bila anak anak meminta supaya dimasakkan sesuatu selain dari Apple Tart.





Masa di OU, saya singgah ke Cold Storage mencari bahan bahan untuk memasak beriani Kambing Pakistan pulak. Tak ada daging segar, yang frozen pun jadi lah. Balik rumah jer, terus masuk dapur. Haa nasib baik sebab tiba tiba jer muncul Farah Aimi, kembar Anis yang saya panggil Along. Kebetulan Along pun minat juga memasak jadi dia yang tolong mengacau kuah dalam kuali sementara saya berhenti solat. 

Malam ini memang saya menahan godaan dan cuma makan sedikit sahaja. Rasanya memang sangat lah sedap, kalau ikutkan 3 pinggan pun boleh saya habiskan. Tapi saya berkorban perasaan dengan hanya menjamah suku pinggan sahaja. Alahaai saya yang dulu tak suka sangat dengan nasi beriani jadi betul betul ketagihan dengan beriani Pakistan ini. Makan beramai ramai lagi lah sedap. Terima kasih lah kepada Oznaini kerana mengajar resepi ini, a keeper recipe. Beberapa hari lepas, saya memasak nasi beriani Pakistan menggunakan ayam, pun sangat sedap. Kalau nak tengok, klik di SINI. Sangat berbaloi mencubanya.

Jom layan resepi dan gambar gambarnya...



Nasi Beriani Kambing Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
9 keping kambing (dg tulang)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk 
1 ½ cawan yoghurt (banyak lagi sedap)
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Lauk:
Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.





Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.





Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 





Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.





Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.





Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.





Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.





Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.




Letak pula lapisan kedua, iaitu kambing bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 






Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan kambing. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.





Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan kambing ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 





Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.





Salad


Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Sos Yoghurt


Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.


Selamat menjamu selera.



Tengok tu, tak sempat nak menghias meja pun, kira makan anak beranak jer kan...


38 ulasan:

  1. wah sedap macam nak try je ni Zie...

    BalasPadam
  2. Memang sedap, Noor. Resepi ini dipelajari dari kawan saya yang memang sentiasa memasak nasi beriani menggunakan resepi ini. Dia belajar resepi ini dari kawan Pakistan semasa dia tinggal di sana. Jadi memang resepi pure dari Pakistan

    BalasPadam
  3. Saya dah cuba masak nasi ni..seddappp!!

    BalasPadam
  4. Sedap ni...saya pun dah cuba hujung minggu baru ni..

    BalasPadam
  5. Lepas ni nak cuba guna beras basmathi yang panjang pulak. Yang ni guna beras basmathi Faiza Moghul tp tak nampak nasinya panjang panjang pun.

    BalasPadam
  6. Nampak sedap, terima kasih kongsi resepi. Insyaallah akan saya cuba resepi.
    memang anak beranak peminat nasi beriyani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummu, sama sama. Nasi beriyani Pakistan ni rasanya lain sikit dengan nasi beriani biasa

      Padam
  7. Hi.... My hubby nak makan beriani kambing lak hari nie.... Your recipe look nice... Wanna try and see.... Harap2 menjadi.... InsyaAllah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang dah mencuba. Insya Allah menjadi. Saya sendiri dah banyak kali membuatnya

      Padam
    2. Alhamdulillah.....menjadi juga akhirnya.... Hari nie masak for 2nd time.... Thank for d recipe...Memang sedap.....

      Padam
  8. assalamu'alaikum ... teruja nak try ni .. nak nanye .. slalu kat frozen section jual pieces of lamb chops tu pon bole guna utk resipi ni kan ?.. any particular bhgn kambing yg elok digunakan ? dolu2 kalu buat beriani ni pon pakai brand shah masa dok pakistan dulu .. tp heaty sket ... so , tringin nak buat from scratch ... thank you for the rcp :)

    BalasPadam
  9. alhamdulillah da buat ... cik abe kasi A+ .. hehe .. ths rcp is definitely a keeper! thank you kak Azie :) btw , sy ade satu tip utk elakkan nasi dr pecah masa nak gaulkan tuu .. x perlu kuarkan nasi dr rice cooker utk kacau .. gunakan satu chopstick dan kacau perlahan .. ths tip was gvn by a fren yg buat nasi mandy .. slmt mencuba!

    BalasPadam
  10. terima kasih....nak sgt try buat biryani kambing ni. Esok confirm buat untuk berbuka....kaki kambing pun dah beli last weekend, petang nnt cari yogurt and other stuff yg xde dalam fridge...

    BalasPadam
  11. Salam sis, kalau nak rebus daging tu boleh tak? Kalau guna daging lembu boleh ke masak nasi briyani ni?😊

    BalasPadam
  12. Awww...must try! Mintak resepinya kak azie ya!

    BalasPadam
  13. nasi briyani ni tak pakai rempah briyani ke??
    satu lg..caner sukatan beras basmati ngan air..boleh toling terangkan sket..kambing dah ada ni..tak sabar nk try..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Safarini,
      Apa kata saya cadangkan supaya you baca dan tengok gambar gambar yang disertakan untuk lebih jelas. Kalau perlu, print dulu. Semua sudah ditulis step by step termasuk bahan bahannya

      Padam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Salam Pn Azie... Sy dah cuba buat hari ni.. Sempena hari raya haji... Sy ikut every step yg ditunjuk kan... Daaaannnnnn.... Bila time makan semua kata SEDAP... !!! Serius sedap... Tq sbb sudi share resepi yg super duper superb... Hehehehhe

    BalasPadam
  16. Puan Azie, sy dah cuba byk kali resepi ni.. guna daging kambing dan ayam juga.. mmg sedap.. keluarga dan kwn2 pon sgt suka.. Tkasih bkongsi resepi..

    BalasPadam
  17. Salam...nak try jugak..dah lama cari resepi...hopefullt\y menjadi

    BalasPadam
  18. Salam kak... minta izin amik resepi yek... teringin nk cuba.. mane tau menjadi..tq

    BalasPadam
  19. Perghhh meleleh air liok pk cik

    BalasPadam
  20. Terbaikkkk...memang sedap sampai tiap kali balik kg..mesti ada permintaan nasi beriani pakistan.. 100% ikut resepi pn. Azie.. Time kasih kongsi resepi

    BalasPadam
  21. Tqvm puan..sd share rasepi..nk jd ni..sdp nmpknya..

    BalasPadam
  22. Nak try lh resepi ni...Tau mkn je...lom pernah try nasi beriani kambing lagi...Hihi...Harap2 menjadi lah...

    BalasPadam
  23. Terima kasih puan.. Saya dah buat .. Memang puas hati.. Keluarga dan kawan2 pun suka..
    Tq..tq ..tq

    BalasPadam
  24. Asslm kak zie,saffron tu sush sikit nk cri kat sini...ada cara lain xnk gantikan mcm paprika ke

    BalasPadam
  25. Salam Puan says teringin nak Bulat resipi Ni tapi nak Tanya, susu apa yang digunakan? Tai payable Petak ghee k? Air malware tu mana nak dapatkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh gunakan susu segar atau susu cair pun ok. Maaf saya tak faham soalan kedua. Semua barang boleh dpt di supermarket

      Padam
  26. 100kali bukak page ni nk buat punyer psl. Hahah. Trima kasih kak! Again, it was never a disappointment to try your recipe. Perap daging smalaman sbb smlm ade rezeki dtg bergolek. Bgn pagi td trus buat dan alhamdulillah selamat masuk perut :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percubaan kedua ketiga akan lebih baik kerana kita belajar dari pengalaman. Tahniah

      Padam
  27. Assalamu'alaikum..k azie beriani kambing ni mmg favourite kami skluarga..pandai makan je..tgk resepi akak ni mmg marvelous..kna cubala..sukatan ni utk brp orh mkn kak?

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum...nak cuba hari ini. nampak sedap. bawang putih tu bawang holland ke? Nampak mcm bawang holland.

    BalasPadam
  29. Raya ne nak buat resipi datin!

    BalasPadam
  30. sis... tq for sharing recepi..1st time try buat..rasanya Alhamdulillah.. tdak menghampakan.. sedap.. before this.. tgok org buat mcm susah jer nk apply.. tp bila dah buat.. Alhamdulillah.. senang jer..Tq..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.