Klik Iklan Dulu

Saturday, 10 March 2012

Yaa Ampuun Sedap Nyer Nasi Beriani Pakistan






Yaa ampuun sedap nyer Nasi Beriani Pakistan. Sungguh tak tahan, tak boleh tahan. Saya minta juga untuk makan walaupun hubby tak membenarkan saya makan. huhuhu tak kan lah nak tengok saja depa anak beranak makan depan mata. Sedap ... tak boleh makan sikit, tambah sikit lagi dan lagi. Hancuish lah diet malam ni.

Saya belajar resepi nasi beriani Pakistan ini dari sahabat saya Oznaini yang memang lama tinggal di Arab dan Pakistan. Walaupun banyak resepi nasi beriani Pakistan di internet tetapi saya mahukan resepi yang memang telah dicuba, diuji dan terbukti kesedapannya. Berdasarkan apa yang diterangkan, saya menyalin dan menaip resepi dan meminta beliau mengesahkannya semula. Kot kot lah ada apa apa yang tertinggal. Walaupun ada rempah segera untuk membuat beriani ini tetapi untuk kali pertama, saya ingin cuba memasak sendiri dari awal. Hajat hati nak buat beriani daging atau kambing tapi mana nak cari daging fresh waktu petang gini, jadi terpaksalah settle dengan ayam sahaja.

Terima kasih kepada sahabat saya yang telah berkongsi resepi dan semoga perkongsian ini mendapat ganjaran pahala ilmu bermanafaat. Ameen. Cuba lah memang berbaloi baloi memasak sendiri nasi beriani.  Dengan kos tak begitu mahal, kita boleh makan 6 orang dengan menambah nambah. Ye la, kalau kat kedai beriani Pakistan tu, RM5 hanya dapat 1 paha ayam jer.  Mana cukup kan? Nasi banyak tapi lauk kecil gitu. UPDATE: Klik di SINI untuk resepi Briyani Kambing pulak.



Jom layan resepi di bawah.

Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.





Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.




Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 




Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.






Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.


Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.




Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.




Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.





Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 




Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.




Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.





Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.


Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 





Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.







Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar


Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.






Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam


Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.





Selamat menjamu selera. Telur yang dikelar bagi menyerap perasa kuah telah menjadi rebutan.







Enjoy…




82 comments:

  1. Dicadangkan Puan Azie menggunakan beras faiza basmathi moghul (parboiled rice), 5 kg =RM54.80.

    ReplyDelete
  2. Hari tu memang mencari beras Faiza basmathi Moghul tapi tak dijual di kedai runcit yang kami pergi. Ohh banyak beza harganya ya. Saya mesti mendapatkan untuk memasak nasi beriani Pakistan Kambing pulak. Yang penting rasanya lagi sedap dari nasi beriani Pakistan Jalan Masjid India. My hubby bagi rating 8 of 10.

    ReplyDelete
  3. Kalau nak master chef beri rating, kenalah bawa nasi beriani pakistan (beras moghul) ke pejabat. Ha ha ha.

    ReplyDelete
  4. Kalau nak bawa ke pejabat, kena ambil cuti half day pagi. Kalau nasi malam ni, bawa esok ke pejabat, rating dah jatuh. Makan tengah tengah panas sebaik diangkat dari dapur lah sedap.

    ReplyDelete
  5. salam,,sis,,sy mohon izin resepi yg ad,,,,mdh2n ia nye mnjadi,, dan eeeerrrrmmmm sggh sedaaaaapppp!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Epy, silakan. Semoga ianya menjadi dan kongsikan pula dg rakan rakan yg lain.

      Delete
  6. salam ,saya nak cuba resepi ni utk berbuka puasa nanti,harap menjadi..........jd nak minta izin dulu pada yg empunya resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainaa, Insya Allah pasti menjadi. Senang juga sebab tak perlu masak lauk pauk lain lagi. Ringkas

      Delete
  7. Hi Kak Azie, puasa hari yg ke 17 smlm saya dah masak nasi ni, Alhamdulillah mnjadi & betul kata akak, super duper sedap...thanks for this recipe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza, terima kasih kr sudi mencuba. Lepas ni blh cuba briyani kambing pulak.

      Delete
  8. salam akak..nak tanya sikit..
    utk proses masak nasi jgn masak smpi 100% tuh, kena tutup x periuk tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu tutup. Ceduk sikit nasi dan rasalah, jangan smp masak kerana kita akan memasaknya lagi dalam rice cooker supaya takbterlebih masak. Air lebih pun tak apa kerana akan ditapis keluar masa ni

      Delete
  9. Salam kak, mintak izin copy resepi yek.. nanti nk cuba buat.. terima kasih ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Aya. Memang sedap sgt nasi beriani Pakistan ni

      Delete
  10. minta izin ambik resepi n gmbr utk simpanan peribadi...ada masa nk cuba..npk sedap sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Nnt dah cuba, boleh bagi feedback lagi di sini

      Delete
  11. assalam..
    nk amik resepi ni ye..
    tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tak jadi masalah. Silakan lah.

      Delete
  12. Kalau guna dading+ tulang2, boleh tak rebus dulu tulang dan daging dan guna stok daging masak nasi dan daging tu perap lepas diebus dlm pressure cooker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga sb lagi menjimatkan masa.

      Delete
  13. kak azie mohon kongsi..harini cuba buat utk famili..insyaallah mesti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su, silakan lah. Insya Allah mesti sedap

      Delete
  14. nanti kena cuba resepi ni..nampak sangat sedap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. NHR, telur rebus yg diletak dalam tu pun jadi sangat sedap

      Delete
  15. I give u *two thumbs up*.... my first time mask briyani. We have tried many good ones...yet my hubby rated this 9/10. :-)
    Trima kasih, moga diberkati atas perkongsian resepi Ni kak.

    ReplyDelete
  16. I give u *two thumbs up*.... my first time mask briyani. We have tried many good ones...yet my hubby rated this 9/10. :-)
    Trima kasih, moga diberkati atas perkongsian resepi Ni kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaai terima kasih kerana mencuba dan sungguh gembira kerana your hubby sukakannya... Briyani Pakistan tak sama dengan briyani Mamak.

      Delete
  17. Wah..nampak sedap. Mesti cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah. Telur pun jadi sedap dan rebutan

      Delete
  18. Tried last nIght. Sedap sangat! Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pasti anak anak suka kan?

      Delete
  19. Tried last nIght. Sedap sangat! Thanks for sharing

    ReplyDelete
  20. Tried making this last night- sedap sangat. Thanks for sharing the recipe.

    ReplyDelete
  21. Saya dah cuba resepi ni.. Sedap sangat!! Terima kasih ye kak. Salam kenal.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kr mencuba. Telur rebus pun jadi rebutan di rumah kami

      Delete
  22. Tengok pun dah rasa sedap belum makan lagi nak cuba buat la tak pernah seumur hidup buat nasi beriani

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK nnt boleh cuba buat. Insya Allah

      Delete
  23. wow nmpk sedap tp byknye step

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpk jer banyak step tapi penyediaannya simple

      Delete
  24. assalam,

    minta izin salin resepi, untuk meniaga, mudah-mudahan diizinkan Allah menjadi kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Mudah mudahan dimurahkan rezeki. Ameen

      Delete
  25. Salam. Bulan puasa hari tu dah try.. Tapi terlembik sket nasinye. Hari ni nak cuba sekali lagi. Kalau nak letak badam dan cashew nut kat step mana ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lembik, tengok beras juga. Kalau saya, lebih baik letak badam semua selepas nasi dah masak supaya ianya kekal rangup

      Delete
  26. salam.terimakasih sudi share resepi..dapat banyak info berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Semoga ianya berguna

      Delete
  27. mohon izin kong si resepi ye sis...tq...

    ReplyDelete
  28. Replies
    1. Dah buat, bolehlah bagi feedback

      Delete
  29. Salam, sy dah 2 kali masak beriyani dg resepi blainan. esok nak try resepi awak pulak, nampak sedap dan ada telur pulak, lain drpd yg lain.... Esok ada tamu nak diner kat rmh.
    Doakan ye spy sedap mcm awak buat:-)

    ReplyDelete
  30. Miftahul Jannah20 February 2013 17:14

    Salam K.Azie,

    Saya pun pernah buat beriani style lapis macam ni untuk Hari Raya tahun lepas dan kebetulan pakcik saya dan keluarganya datang bertandang maka nasi beriani ayam lapis habis licin!Seronok kalau hasil air tangan kita dinikmati sepuas-puasnya kan?
    Cuma saya gunakan rempah beriani Shan dan cairkan minyak sapi serta taburkan kacang gajus+badam+kismis gorenh dan tuang ke atas nasi masa melapis tu.Baunya..memang harum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, ada juga rempah beriani Pakistan segera yg dijual, lebih mudah menyediakannya.

      Delete

  31. salam Pn .mohon copy resepi nie nak try buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Silakan. Tak jadi masalah

      Delete
  32. Salam..

    Sangat suka sbb ada tunjuk step by step dan gambar jelas dan besar2 pulak tu..senang nak paham..teima kasih..saya nak cuba nampak sangat sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, resepi kawan saya yg dipelajari dari jiran Pakistan semasa tinggal di Jeddah

      Delete
  33. salam..susu tu susu cair ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna susu segar. Apa apa susu pun boleh lah.

      Delete
  34. akak thanks so much...dh try... mmg sedap kebabooom!! tp sy buat mcm terkurang masin hehehehe.. walaubgaimana pun.. mmg TERBAIKK!!!!

    klo rajin ushar2 la fb sy ye.. sy niaga product instant.. so far ada 50 jenis product instant yg sy buat..

    fb :
    1)AcasiaZone Trading
    2)Nadasia Resources
    3) House of Nadasia Dessert
    4) Insight Design Partnership

    ReplyDelete
  35. Salam..Macammana nk agak kuah briayani masa kita nk campur dengan nasi? Any tips tak? Saffron tu boleh ke kalau kita ganti dengan pewarna merah? Atau pun tak payah bubuh safron?

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum Kak Azie,...saya mohon untuk share resepi ni yea..saya banyak belajar dari blog akak..masak macam2..dan presentation blog akak jelas dan senang nak faham dan saya aka refer blog akak bila nak masak yang special utk family..thanks a lot kak..

    Julia Rosman
    SriSemerah, Pontian Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan, Julia. Semoga famili memyukainya

      Delete
  37. Sedapnye..mintak ižin kongsi resepinye ye..ptg ni nk bli bhn then bley la cube

    ReplyDelete
  38. hujung minggu ni nak try.. maceh.. maceh

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum azie, resepi yg azie upload kan di sini amat tulus dan ikhlas, sb apa akak katakan cm tu , selain azie beri resepi nya azie tunjuk gambar yg begitu terang jelas dari satu langkah ke satu langkah. tidak semua orang beri resepi buat macam azie ni. maklum lah kadangx ada orang x faham walau dapat resepi dari manax. bila tengok carax yg azie berikan insya Allah mereka dapat masak dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas feedback. Insya Allah, akan terus berkongsi resepi dari masa ke semasa demi kebaikan kita semua

      Delete
  40. Nampak macam sedap sangat....nanti saya cuba dan beri feedback. Saya percaya kata2Azie sejak saya mencuba resepi pizza dan menjadi sesangat. Sedap pulak tu. Anak saya tak henti2 memuji. Hilang penat saya menguli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Effa,
      Alhamdulillah, saya pun tumpang gembira

      Delete
  41. kak, tumpang tanya sikit. Bila membuat lapisan nasi dan ayam bersilih ganti, bahagian paling atas itu akak mention letak ayam. Bila lapisan atas merupakan ayam dan bila kita masak dalam rice cooker, will the chicken become too dry? Sorry kak, budak baru belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,
      Sebenarnya letak ayam di lapisan atas supaya nampak lebih cantik. Boleh juga diletak nasi paling atas. Tapi ikut pengalaman, tak kering pun sebb sekejap sahaja kerana nasi itu sudah 98% masak.

      Delete
    2. Thank you kak azie for the prompt reply. I akan cuba resepi kak apabila balik hometown hujung minggu ini and will let u know the outcome. Terima kasih banyak banyak sekali lagi kak kerana sudi meluangkan masa untuk menjawap petanyaan saya. Really appreciate it. God bless you and your family.. :-)

      Delete
  42. Thanks kak azie fr the resepi.My hubby say memang sedap.This saturday buat lagi sekali kerana hubby request lagi.Resepi ini memang sedap.Tak rugi mencuba.Thanks again.Blog kak azie memang super.Take care kak azie.

    ReplyDelete
  43. Salam.. mohon izin akak utk sy mencuba resepi ini :) cuma sy nak tny, bile nasi dah 98% masak. Akn dpindahkn ke periuk lain utk buat lapisan, perlu ke tambah air mcm kte msk nasi biasa ? Maaf, sy bdk baru nak belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,
      Tak perlu. Nasi akan masak dg kuah ayam

      Delete
  44. kak azie...saya copy resepi..nak try jugak..mintak2 menjadi la..tq ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izan, silakan lah. Insya Allah menjadi

      Delete
  45. Salam.. Kak azie sy dah try dah resipi ni..wah..menjadi n nila pestime sy masak nasi beriani tanpa pertolongan makabah..memang ya ampuuun bestnya..wlupun nasa lapisan 1st saya lupa ltak bwg goreng

    ReplyDelete
  46. Kak azi saya dah try buat ni..menjadi n sdap..thanks kak azie..firsttime saya buat n menjadi..sy konpius skit masa masak ayam tu.. Kene letak rempah beriani ke tp sy belasah je ikut bulat2 rempah beriani tak ada..jadivgak rasa lg sedapbdr yg beli hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.