Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

25 Feb 2012

Nasi Dagang Terengganu Untuk Sarapan



Aduuh adui dui dudu dui dudui kau pergi tanpa pesan. Hahahaha itu antara bait bait lagu lama yang saya sangat gemari hingga kini. Bersemangat lah kalu dengar lagu ini ke udara. Yang nak citer hari ini ialah saya dok terkenang kenang keenakan nasi dagang Terengganu yang saya masak tempohari. Tapi ya lah, hari tu, masak dan siap makan pun dah pukul 5.30 petang. Macamana nak ulang kali kedua, sebab dah malam. Kan ada disebut, breakfast like a king, lunch like a queen and dinner like a pauper. Jadi sebab tak boleh mengulang hari tu, yang jadi dok terkenang kenang ni. Kalau fikirkan balik lah, asal sihat, makan jer lah. Kalau dah tak sihat, apa pun dah tak boleh nak makan. Tapi makan tu biarlah berpada, biar berpadanan dengan keperluan kalori badan. Alahaaaii pandailah berteori, cuba praktik kalu ...


Sebab dek terkenang kenang saya bercadang nak buat nasi dagang lagi. Hari khamis malam saya sudah merebus ikan tongkol. Malam tadi, saya telah memasak gulai nasi dagang supaya kuah gulai menjadi cukup mesra. Semalam juga saya telah merendam beras. Jadi pagi ini saya cuma memasak dan mengukus nasi sahaja di samping membuat acar mentah timun.


Kalau ada yang nak tengok resepi, bolehlah klik di SINI untuk nasi dagang, gulai ikan tongkol dan juga acar mentah timun stail Terengganu. Untuk gulai ikan tongkol dengan nasi dagang hari ini, boleh tengok resepinya di SINI.  Di samping gulai ikan tongkol, saya juga merebus telur untuk dimakan bersama sama nasi dagang. Jika suka, telur rebus boleh juga dimasukkan ke dalam gulai ikan tongkol.  Untuk nasi dagang kali ini, saya menggunakan beras siam wangi jenama Pearl.









Selamat bersarapan ...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.