Iklan Nuffnang

Iklan

11 Jul 2015

Daging Masak Hitam Yang Serius Sedap





Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke25 Ramadhan. Ianya salah satu dari malam ganjil di 10 akhir Ramadhan. Malam ini kalau bertepatan dengan Lailatul Qadar, buat apa pun kebaikan akan dapat pahala melebihi 1000 bulan. Allah nak bagi peluang pada umat Nabi Muhammad SAW, di mana ianya bermula seawal maghrib sehingga Subuh. Pastikan solat Maghrib, Terawih hingga Subuh adalah dikerjakan secara berjemaah. Juga ianya mestilah qiyam bersama Imam bagi mendapat pahala seolah mendirikan qiam sepenuh malam walaupun ketika kita tidur di rumah. Kasih sayang Allah pada umat Nabi Muhamad SAW di mana Lailatul Qadar hanya diberi pada umat baginda. Allah SWT tidak menyuruh kita tercari cari. Hanya disuruh cari dalam bulan Ramadhan, disebut lagi pada 10 akhir Ramadhan. Ketiga, diberi petunjuk lagi iaitu pada malam ganjil pada 10 akhir Ramadhan. Jangan terlepas dengan malam Lailatul Qadar. Namun begitu, jangan kecewa jika tak nampak tanda tanda Lailatul Qadar. Imam Nawawi nampak cahaya terang benderang masuk ke biliknya pada malam 27 Ramadhan. Usahakan untuk tidak tidur pada malam ini dan malam malam ganjil. Masuk 10 akhir Nabi Muhamad SAW tak tidur. Baginda akan menghidupkan malam dengan mengejutkan isteri isteri baginda termasuk Saiditina Siti Fatimah dan Saidina Ali dan Nabi ketatkan ikatan kain. Ianya menandakan bersungguh sungguh dan baginda juga tidak bersama isteri. Menurut A'ishah, baginda makan sedikit sahaja supaya dapat berpuasa dengan baik. Nabi juga mandi antara 2 azan iaitu selepas berbuka puasa antara Maghrib dan Isyak. Semoga kita dapat mengambil manafaat dari cara Rasulullah mempersiapkan diri memburu Lailatul Qadar.





Resepi sedap ini saya belajar dari Kak Fatimah, rakan jemaah surau Ad Dhuha selepas merasai keenakannya. Faaizah telah menghulur satu bekas daging masak hitam yang disediakan untuk jemaah berbuka di surau. Bila rasa sedap, memang saya akan meminta resepi. Sejak dulu itulah perangai saya. Memang kat mana mana pun, buat muka tak malu untuk minta resepi. Hatta kat restoran pun, masih siap merisik resepi. Menurut Kak Fatimah, resepi ini dipelajari dari Bonda Chef Wan lama dahulu dan ketika Chef Wan masih muda lagi. Daging Masak Hitam ini selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sedap dimakan dengan nasi minyak juga pulut kuning. Sangat sedap dimakan sewaktu bersahur dengan nasi putih yang masih panas panas. Hmm memang berselera sekali.

Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Ianya juga sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan di dalamnya. Inilah lauk yang akan saya masak untuk juadah pagi raya kami nanti.




Daging Masak Hitam

Bahan bahan:
1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia - 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.





Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.





Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.



64 ulasan:

  1. Senang betul resepi ni kak azie...mohon share ye...

    BalasPadam
  2. Sedap resepi ni..menambah mkn nasi.
    Teachersgardenhomestay.blogspot.com.

    BalasPadam
  3. Simple je resepi kak azie. terima kasih kak azie sebab share resepi yang simple ni.

    BalasPadam
  4. Kak azie , nak tanya sikit . Kalau guna daging pinang takpayah rebus empuk macam daging biasa ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua pun perlu dimasak sampai empuk. Kalau tak empuk, keraslah daging. Kalau daging batang pinang masa memasak lebih pendek. Ianya lebih cepat empuk

      Padam
  5. Kak Azie, terima kasih kerana share resipi..
    tumpang tanya jika kita masak daging betulkah kena guna api yang kecil.. Saya jarang masak daging kerana bila masak hasilnya daging kurang lembut :-/

    Tq -Jamilah-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau masak dg api yg besar, kuah cepat kering sedang daging belum empuk. Daging mmg memakan masa utk empuk. Bukan spt ayam. Jadi kena masak lama lama. Atau guna lah pressure cooker.

      Padam
  6. Dah try..sgt sedap ..suami saya suka

    BalasPadam
  7. Kak azie,nk tny, daging kena rebus dl ke atau mmg direbus sehingga empuk bsama bahan kisar tu? Tq

    BalasPadam
  8. Cili kering tu prlu direbus dlu tak

    BalasPadam
  9. Kena masak sampai kuah pekat mcm masak rendang ke?

    BalasPadam
  10. Akak boleh gunakam kicap jenama lain tak? Rasa nya beza ke?

    Yaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga guna apa apa jenama pun

      Padam
  11. Thank u kak azie resepi..kite kelam kabut masak before g keje pun jadi masak hitam ni..memang sdap

    BalasPadam
  12. kak azie cili kering tue masuk cm tue je atau kena kisar?
    kicap tue masuk masa bila huju

    BalasPadam
  13. salam kak azie.. saya baru buat tadi ikut resepi akak..mak saya makan tanpa nasi sbb sedap sangat..tq kak

    BalasPadam
  14. Kalau guna daging cincang jadi tak ye? Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga. Tapi kalau dicincang halus tak lah rasa berdaging. Tapi sedap dimakan dengan pulut kuning atau lemang

      Padam
  15. assalamualaikum, puan....boleh ke guna gula perang sekiranya tiada gula melaka?

    Adira

    BalasPadam
  16. Tak nyatakan
    1 Bila masukkan kicap
    2 Berapa ukuran air asam jawa dan gula melaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena baca resepi betul betul.

      Padam
  17. Salam Kak azie.kalau guna gula biasa boleh tak? Dan kalau tidak gunakn buah keras bole tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah tak ada, nak buat macam mana kan? Kira boleh lah

      Padam
  18. Dah try resepi ni...memang sedap... satu family cakap sedapppp....tkasih ya....

    BalasPadam
  19. Minyak perlu banyak mana ye? Kena masuk kan air tak lepas msk kn bahan tumis?

    BalasPadam
  20. Kk azie kicap tu kicap cair ke...klo gne kicap ABC bleh ke n daging tu klo rebus dlu boleh...tq kk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. Tp kenapa tak nak ikut resepi. Saya guna bahan dan cara spt yg saya tulis di atas

      Padam
  21. Kak azie...sini tiada kicap jalen.kicap botol merah tu manis atau masin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada, pakai jer apa apa kicap yg ada. Kalsu bukan kicap manis, tambah jer sedikit gula

      Padam
  22. Sedap gilerrrr! Baru siap masak...

    BalasPadam
  23. insha Allah nanti boleh cuba...

    jom jejalan blog achiksuhaili.com tqsm

    BalasPadam
  24. Dah masak today..So sedap!!!Love love all ur recipes

    BalasPadam
  25. Kak azie masa letak bahan kisar tu sekali dgn daging tu ke? Kiranya daging tak perlu angkat dan tumis bahan kisar dlu?

    BalasPadam
  26. Baru siap masak.. sedap sgt resepi.. Sy suka masak ikut resepi kak azie..selalu jugak.. mantap.. sedap.. husband pun suka..

    BalasPadam
  27. Kak azie... Nak tanya buah keras tu utk apa ya? Memekatkan kuah ke?

    BalasPadam
  28. I've try the recipes that goes with my nasi lemak (children friendly food).Thank you for sharing the recipes. Really miss all this traditional malay food.mouth watering.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum, sis. Sy copy ye resipi nye.. Tqvm.. 😘😘

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum kak Azie!! Sya duduk Kat USA ...bila nak masak masakan Msia ..mesti masuk blog kak ni..semua sedap..Ada jugs Google resipi Yg lain tapi x sesedap kak Azie punya!! Thank Tou so much..😘😘

    BalasPadam
  31. Tapi x semua bahanx2 Ada..what I do substitute certain things..me duduk Kat bandar kecik je ..not bandar besar Yg boleh dapat semua bahanx2 tu..😝😝😝

    BalasPadam
  32. sy sdh terai.. mmg sedap.. daging je yg masih keras cepat sgt angkat (dah tak sabo nak makan)

    BalasPadam
  33. Salam.. terima kak azie.. halalkan ye.. tak pernah tak sedap resepi kak azie share..

    BalasPadam
  34. Da try,mmg sedap,,asben pon mtk msk kn lg.setiap kli nk msk wajib gugel resepi kak azie dlu..tq kak

    BalasPadam
  35. Mohon share ye.. TQ
    Ms Nora

    BalasPadam
  36. Salam Kak Azie.. nampak menyelerakan. Mohon share ye. TQ.

    BalasPadam
  37. Sedang mencari resipi daging untuk dimasak hari ni. Resipi ni nampak ringkas dan yang paling penting kurang pedas sesuai untuk anak-anak. Terima kasih atas resipi ini ya puan

    BalasPadam
  38. Dah cuba hari ni..sedap.. saya olah ikut kesesuaian sendiri..tambah cili padi je..u tuk rasa pedas������
    Nak upload gambar xpandai pulak..

    BalasPadam
  39. Terima kasih atas resepi kak.. Sy xpandai masak dok tiru jer resepi yg akak buat hampir semua dh sy cuba mang terbaik... Ada fb x

    BalasPadam
  40. Kak zie klu xde buah keras cmne yer??..first time nk buat nh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kurang lah sedikit sedapnya dan kerana buah keras memberikan rasa lemak.

      Padam
  41. Salam akak... Kalau x letak buah keras boleh x???

    BalasPadam
  42. Kak azie..kalau daging stgh kg,kuantiti tu bahagi 2 ke? Sy masak utk makan berdua je,hehe..

    BalasPadam
  43. Selalu follow resepi kak azie..trima kasih share...:)

    BalasPadam
  44. tak pernah mengecewakan kalau ikut resepi Pn.Azie.Terima kasih.Semoga dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa.

    BalasPadam
  45. Simple nye resepi nie.. Mohon share yer kak zie..

    BalasPadam
  46. Tahun lepas buat...
    Perghhhh keluarga belah suami semua puji...tambah lagi masak daging RUSA masak hitam...abg ipar sampai suh masak kali kedua sbb dia nak bawak balik sarawak...tahun ni pun atas permintaan ramai...������ insyaAllah akn buat jgk...menu yg sama cm tahun lps...tq kak azie...��������

    BalasPadam
  47. salam...tumpang tnya sukatan utk gula/gula melaka tu berapa byk..dan resepi ni x pakai garam ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk secukup rasa. Masuk sikit dulu dan rasa. Sebab secukup rasa antara seorang dg seorang yg lain adalah berbeza. Kicap dsh masin. Kalau belum cukup masin, tambah lah garam. Gula, garam kan perkara basic.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.