Iklan

Iklan Nuffnang

11 Jul 2015

Daging Masak Hitam Yang Serius Sedap





Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke25 Ramadhan. Ianya salah satu dari malam ganjil di 10 akhir Ramadhan. Malam ini kalau bertepatan dengan Lailatul Qadar, buat apa pun kebaikan akan dapat pahala melebihi 1000 bulan. Allah nak bagi peluang pada umat Nabi Muhammad SAW, di mana ianya bermula seawal maghrib sehingga Subuh. Pastikan solat Maghrib, Terawih hingga Subuh adalah dikerjakan secara berjemaah. Juga ianya mestilah qiyam bersama Imam bagi mendapat pahala seolah mendirikan qiam sepenuh malam walaupun ketika kita tidur di rumah. Kasih sayang Allah pada umat Nabi Muhamad SAW di mana Lailatul Qadar hanya diberi pada umat baginda. Allah SWT tidak menyuruh kita tercari cari. Hanya disuruh cari dalam bulan Ramadhan, disebut lagi pada 10 akhir Ramadhan. Ketiga, diberi petunjuk lagi iaitu pada malam ganjil pada 10 akhir Ramadhan. Jangan terlepas dengan malam Lailatul Qadar. Namun begitu, jangan kecewa jika tak nampak tanda tanda Lailatul Qadar. Imam Nawawi nampak cahaya terang benderang masuk ke biliknya pada malam 27 Ramadhan. Usahakan untuk tidak tidur pada malam ini dan malam malam ganjil. Masuk 10 akhir Nabi Muhamad SAW tak tidur. Baginda akan menghidupkan malam dengan mengejutkan isteri isteri baginda termasuk Saiditina Siti Fatimah dan Saidina Ali dan Nabi ketatkan ikatan kain. Ianya menandakan bersungguh sungguh dan baginda juga tidak bersama isteri. Menurut A'ishah, baginda makan sedikit sahaja supaya dapat berpuasa dengan baik. Nabi juga mandi antara 2 azan iaitu selepas berbuka puasa antara Maghrib dan Isyak. Semoga kita dapat mengambil manafaat dari cara Rasulullah mempersiapkan diri memburu Lailatul Qadar.





Resepi sedap ini saya belajar dari Kak Fatimah, rakan jemaah surau Ad Dhuha selepas merasai keenakannya. Faaizah telah menghulur satu bekas daging masak hitam yang disediakan untuk jemaah berbuka di surau. Bila rasa sedap, memang saya akan meminta resepi. Sejak dulu itulah perangai saya. Memang kat mana mana pun, buat muka tak malu untuk minta resepi. Hatta kat restoran pun, masih siap merisik resepi. Menurut Kak Fatimah, resepi ini dipelajari dari Bonda Chef Wan lama dahulu dan ketika Chef Wan masih muda lagi. Daging Masak Hitam ini selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sedap dimakan dengan nasi minyak juga pulut kuning. Sangat sedap dimakan sewaktu bersahur dengan nasi putih yang masih panas panas. Hmm memang berselera sekali.

Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Ianya juga sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan di dalamnya. Inilah lauk yang akan saya masak untuk juadah pagi raya kami nanti.




Daging Masak Hitam

Bahan bahan:
1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia - 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.





Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.





Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.



42 comments:

  1. Senang betul resepi ni kak azie...mohon share ye...

    ReplyDelete
  2. Sedap resepi ni..menambah mkn nasi.
    Teachersgardenhomestay.blogspot.com.

    ReplyDelete
  3. Simple je resepi kak azie. terima kasih kak azie sebab share resepi yang simple ni.

    ReplyDelete
  4. Kak azie , nak tanya sikit . Kalau guna daging pinang takpayah rebus empuk macam daging biasa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pun perlu dimasak sampai empuk. Kalau tak empuk, keraslah daging. Kalau daging batang pinang masa memasak lebih pendek. Ianya lebih cepat empuk

      Delete
  5. Kak Azie, terima kasih kerana share resipi..
    tumpang tanya jika kita masak daging betulkah kena guna api yang kecil.. Saya jarang masak daging kerana bila masak hasilnya daging kurang lembut :-/

    Tq -Jamilah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masak dg api yg besar, kuah cepat kering sedang daging belum empuk. Daging mmg memakan masa utk empuk. Bukan spt ayam. Jadi kena masak lama lama. Atau guna lah pressure cooker.

      Delete
  6. Dah try..sgt sedap ..suami saya suka

    ReplyDelete
  7. Kak azie,nk tny, daging kena rebus dl ke atau mmg direbus sehingga empuk bsama bahan kisar tu? Tq

    ReplyDelete
  8. Cili kering tu prlu direbus dlu tak

    ReplyDelete
  9. Kena masak sampai kuah pekat mcm masak rendang ke?

    ReplyDelete
  10. Akak boleh gunakam kicap jenama lain tak? Rasa nya beza ke?

    Yaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga guna apa apa jenama pun

      Delete
  11. Thank u kak azie resepi..kite kelam kabut masak before g keje pun jadi masak hitam ni..memang sdap

    ReplyDelete
  12. kak azie cili kering tue masuk cm tue je atau kena kisar?
    kicap tue masuk masa bila huju

    ReplyDelete
  13. salam kak azie.. saya baru buat tadi ikut resepi akak..mak saya makan tanpa nasi sbb sedap sangat..tq kak

    ReplyDelete
  14. Kalau guna daging cincang jadi tak ye? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga. Tapi kalau dicincang halus tak lah rasa berdaging. Tapi sedap dimakan dengan pulut kuning atau lemang

      Delete
  15. assalamualaikum, puan....boleh ke guna gula perang sekiranya tiada gula melaka?

    Adira

    ReplyDelete
  16. Tak nyatakan
    1 Bila masukkan kicap
    2 Berapa ukuran air asam jawa dan gula melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena baca resepi betul betul.

      Delete
  17. Salam Kak azie.kalau guna gula biasa boleh tak? Dan kalau tidak gunakn buah keras bole tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tak ada, nak buat macam mana kan? Kira boleh lah

      Delete
  18. Dah try resepi ni...memang sedap... satu family cakap sedapppp....tkasih ya....

    ReplyDelete
  19. Minyak perlu banyak mana ye? Kena masuk kan air tak lepas msk kn bahan tumis?

    ReplyDelete
  20. Kk azie kicap tu kicap cair ke...klo gne kicap ABC bleh ke n daging tu klo rebus dlu boleh...tq kk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer. Tp kenapa tak nak ikut resepi. Saya guna bahan dan cara spt yg saya tulis di atas

      Delete
  21. Kak azie...sini tiada kicap jalen.kicap botol merah tu manis atau masin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada, pakai jer apa apa kicap yg ada. Kalsu bukan kicap manis, tambah jer sedikit gula

      Delete
  22. Sedap gilerrrr! Baru siap masak...

    ReplyDelete
  23. insha Allah nanti boleh cuba...

    jom jejalan blog achiksuhaili.com tqsm

    ReplyDelete
  24. Dah masak today..So sedap!!!Love love all ur recipes

    ReplyDelete
  25. Kak azie masa letak bahan kisar tu sekali dgn daging tu ke? Kiranya daging tak perlu angkat dan tumis bahan kisar dlu?

    ReplyDelete
  26. Baru siap masak.. sedap sgt resepi.. Sy suka masak ikut resepi kak azie..selalu jugak.. mantap.. sedap.. husband pun suka..

    ReplyDelete
  27. Kak azie... Nak tanya buah keras tu utk apa ya? Memekatkan kuah ke?

    ReplyDelete
  28. I've try the recipes that goes with my nasi lemak (children friendly food).Thank you for sharing the recipes. Really miss all this traditional malay food.mouth watering.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.