Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

3 Aug 2012

Kuih Talam Cendol







Saya ambil resepi Chef Asma ini dari blog Yatie. Tertarik bila Yatie tulis Kuih Talam sebagai sedap dan lemak manis. Tak boleh tahan lagi nak tunggu hari minggu. Ikut hati nak membuatnya sebaik balik dari kerja. Tapi fikir fikir balik, sampai rumah dah pukul 6. Masa nak menyediakan dan mengukus lagi 1 jam. Masa nak menunggu sejuk lagi, mesti beberapa jam. Kuih ini kena betul betul sejuk, baru cantik bila dipotong. Haddooi, apa nak buat, kena bersabar jer..

Saya bukan apa, tapi bulan Ramadhan ni, saya bolehlah membuat kuih muih yang saya berkenan kerana saya boleh menghantar ke masjid sebahagiannya. Kalau hari hari biasa tentulah tak berhabis kerana kat rumah ni, tak ada yang suka kuih muih, apalagi kuih kuih tradisional. Yang saya pulak tengah gedik nak menalam. Kekonon nak tambah koleksi kuih talam lah. Aduyaaiii...



Sebelum lupa, saya nak kongsikan sikit amalan mudah yang boleh kita lakukan tetapi mendapat ganjaran pahala yang sangat banyak iaitu:

1. Berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, memberi ganjaran seolah berpuasa sepanjang tahun

2. Solat Isyak dan Subuh secara berjemaah memberi ganjaran seolah kita beribadat sepanjang malam

3. Membaca surah Al Ikhlas dan surah Al Kafirun memberi ganjaran seolah kita khatam Al quran setiap hari.

Masya Allah, kasihnya Allah kepada kita, berbagai ruang dan peluang diberi kepada kita. Tanpa ilmu, amalan kita banyak kepincangannya. Dengan berada dalam majlis ilmu, lebih lebih lagi di bulan Ramadhan yang barakah ini kita berada di bawah naungan Arasy dan malaikat berdoa memohon supaya kita diberi keampunan oleh Allah. Kita tidak akan dapat masuk syurga dengan hanya beramal kecuali dengan keampunan Allah. Masya Allah terasa ruginya selama ini beramal tanpa berilmu. Jom selagi nyawa masih di badan, masih ada masa untuk kita. Seperti sabda baginda Rasulullah jika telah ada tanda tanda kiamat dan masih ada benih di tangan, kena tanamkan dulu benih tersebut.

Sedap kuih talam ini dengan rasa lemak manisnya. Satu adunan menghasilkan setalam besar 10x10 dan beberapa bekas kecil. Yang dalam bekas ini kurang cantik sedikit sebab ianya melekat semasa hendak dikeluarkan dari silikon mould walaupun rasanya saya dah sapu minyak. Jom kita layan resepi dulu...





Kuih Talam Cendol
Cuba oleh: Azie Kitchen

Lapisan bawah

Bahan A
200 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 sb tepung jagung
150 gm gula caster
1 sk garam
200 gm cendol - tapiskan,ambil cendol

Cara-Caranya:-
Satukan tepung beras, tepung jagung, air dan santan pekat. Tapis kedalam periuk. Masukkan gula kaster dan garam.

Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).

Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Masukkan ke dalam loyang 10x10x2 yang telah di alas dengan plastik dan disapu dengan sedikit minyak.

Kukus selama 25 minit. Selepas masak, cakar-cakar permukaan atas dengan garpu.





Lapisan Atas

Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula kastor
500 ml air
2 helai daun pandan (opsyenal)

Bahan B
150 gm tepung gandum
1 sb tpng jagung
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 sk garam

Cara-caranya:-
Masak bahan A sehingga gula hancur dan disejukkan sebentar.

Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk.

Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja). Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit





17 comments:

  1. Cantiknya kejadiannya... lapisan cendol pun tebal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazrah, tak cantik sangat sebab masa nak dikeluarkan dari acuan tu, ia melekat sikit. Tapi yang dlm loyang nampak seimbang ketebalan kedua dua lapis

      Delete
    2. Salam..
      Untuk sukatan yg ni utk 2 loyang yer azie..

      Delete
  2. kombinasi warnanya memang menariklah Azie... rajin Azie buat talam cendol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie, tgh rajin nak menalam ni. Tu yg balik ofis, cari masa juga utk membuatnya

      Delete
  3. Assalamualaikum Azie,
    rajinnya Azie menalam sejak2 ni..cantik dan kemas je...maaf ya tak terjawab aritu...kuih ni sesuai letak di luar je,nak letak petiais boleh, tak letak pun takpe...tentang talam suji pandan tu yatie dah jawab ya kat blog yatie...harap dpt membantu..tq rajin mencuba kuih muih dari blog yatie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Yatie. Tengah mood rajin nak menalam. Lagipun kuih talam ni sesuai dibuat utk makan ramai ramai.

      Delete
  4. salam Azie..
    lama akak tak bertandang kesini sedapnya nampak talam Azie tu akak ni jarang menalam sbb kurang request dari budak2 kt umah,tapi akak mmg suka cuma belum ada waktu insyaallah mesti nak ikutkan selera sendiri jugak sekali sekala kan hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kak Noor. Samalah kat rumah ni pun tak ada yg suka kuih talam. Jadi saya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini utk membuatnya. Selamat berpuasa utk Kak Noor dan famili

      Delete
  5. Assalam Azie.. rajin sungguh laa dia.. i ni buat yang sempoi sempoi jer.. tak terkejar betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shiela, alaa sempoi sempoi Shiela pun bermake up dan berposing sakan. Kagum melihatnya. I ni masak asal siap dan sedap dimakan jer.

      Delete
  6. Salam Kak Azie....
    suka sgt kuih nie...baru buat seb Ramadhan lps,asz bwk potluck ke sekolah...cantik kaler gula merahnya...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Asmah. Kuih mcm ni elok dibuat jika utk dimakan ramai ramai, macam jamuan. Kalau makan sendiri, tak habis sedulang ni

      Delete
  7. Brp lm ye nk sejukkan sblm bleh dimakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sejuk. Klu tak, ia melekat ketika dipotong

      Delete
  8. Slm. Thx. Smlm sy menalam suji pn azie . Menjadi. Mak puji sy. Esok nk try menalam cendol. Thx ya pn azie.

    ReplyDelete
  9. assalam..k.azie,thanks sbb share resepi yg sdap2 ni..dh byk resepi yg akak share sy buat utk jualan..mmg laju..mmg sdap..mnta halal ilmu resepi ye kak..smoga Allah merahmati hidup akak sekeluarga..aaminn..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.